Sunday, November 15, 2015

Anak2 konvokesyen Pasti 2015

Biasalah dah hujung tahun, confirm kat FB ke Intagram ke atau blog (aku ler tu) ramai mak bapak dok upload gambo2 anak diorang konvo kat tadika atau pra sekolah masing2 yek!! Yang pelik, bila dah start sekolah rendah atau menengah takdelah pulak upload konvo ker anugerah pelbagai pape pun, tup2 dah abis bljar kat IPT barulah upload gambo konvokesyen lg hahaha.

So ari Sabtu 14 November bertempat di Golden Straits Villa, PD semua PASTI cawangan Teluk Kemang berkumpul untuk konvokesyen 2015. Disebabkan aku masih berpantang tak dapat nk join tengok diorang konvo T_T.
Harapkan husband whatassap gambo je kat aku banyak2 huhuhu...

On da way nk ke Port Dickson

Wah, Umar buat drama. Menangis sebab ramai orang dan panas. Aku ingat bila aku takde, dia lagi ok, tak takut. Ropanyer sama je anak lelaki ku ni huhuhu.


Ayah dia tinggalkan Umar dengan mualimah. 

Qaireen ok, boleh behave tunggu turn nak naik stage.

Ramai, sebab banyak Pasti cawangan Teluk Kemang tak silap 6 atau 7 kawasan berkumpul..


Konvo untuk lima tahun..Umar baru berani naik stage.

Qaireen konvo untuk enam tahun, yang ni special sikit sebab kena pakai jubah. Isk isk tahun depan dah darjah satu dah. Cepatnyer masa berlalu...T_T

Aku ingat konvo tahun lepas Umar kata nk sangat trofi mcm tu. Kena dia x dpt. Kami gelak jer, kalau nk trofi Umar kena jadi rajin. Rupanyer rajin dtg sekolah pun dpt trofi yek, gitew..

Hah baru boleh senyum, sebab dapat trofi. Kedatangan terbaik, tak ponteng2 tau!! Alhamdulilah tercapai hajat dia nk dpt trofi hahaha.
Qaireen pulak dia kata takpe dah ada 1 trofi kat umah (dpt masa pertandingan bercerita tahun ni)

Ok posse masing2 dgn gift konvo :)



No comments:

Post a Comment

Ramadhan 1445 Tahun 2024