Showing posts with label Matrix program. Show all posts
Showing posts with label Matrix program. Show all posts

Monday, January 27, 2020

Makan Dan Santai di Tiara Sendayan ||Burger LAB

Dah dekat dua minggu berlalu, baru nk update dalam blog. Mcam biasa Matrix buat lagi jamuan makan-makan!! Kali ni diorang belanja makan burger kat area Tiara Sedayan.


Terpampang iklan ni dekat billboard di pintu masuk Sendayan Tech Valley.  Siap dapat message dan sms bagai dari MAtrix jemput datang. 

So macam biasa ler, confirm kami datang ahahaha!!. Dekat dah sangat kan. Makan free pulak. Untung orang Sendayan kan. Kami sampai dalam jam 11.30 pagi. Masa tu tak ramai pun orang.

Beratur ni sebab tunggu set burger siap, sekali masak dalam 30-40 set. Jadi kena tunggu turn kalau set tu habis sebab tengah masak lagi. 


Memang tak ramai, tak penuh pun tempat. Beratur pun tak panjang mana. Matrix belajar makan limau mandarin, yelah nak dekat Chinese New Year kan.. Nak bagi banyak ong maa!!

Register dulu, lepas tu dia bagi kupon untuk kita collect makanan yang disediakan. 

Wah, dia bagi nachos ahaha, yang segera dah ada. Tinggal tuang sos atas dia je kan. 

Kupon dia bagi, ayah dan anak tak sabar nak makan hehehe. 

Operasi membakar daging burger besar-besaran. 

Bersih dan tersusun, bagus Burger Lab buat kerja.Kalau ada sesiapa nak tempah untuk buat majlis atau party sesuai sangat guna khidmat Burger Lab ni hah. 

Website Burger LAb.. 


Sangat cekap dan profesional, diorang memang biasa buat untuk event besar-besaran.


 Ok dah dapat set tu siap air sekali. Buger ni kalau tak silap aku jenis 'Say Cheese" rasanya...


Harga dia kalau ikut website dia dalam RM15.00, wow!! 

Kalau beli tak kot, nasib baik free je hehehe.syukur Alhamdulilah, rezeki kan.. Unik sebab roti burger ni warna hitam, sebab tu Ilhan tak nak makan huhuhuhu

Bismillah!! Nyummmm!!

Muka happy makan burger mahal kan... 

Sangat sedap!! Very Juicy!!
Alhamdulilah. Kenyang sungguh makan ni. Terima kasih MAtrix  :)






Wednesday, August 21, 2019

Little Ocean Explorer di Bandar Sri Sendayan

Actually aku tau aktiviti ini bila Matrix gantung banner di sepanjang jalan dalam Bandar Sri Sendayan. Jadi disebabkan anak2 excited nak join program jadi aku pun buka FB Matrix dan register pada link yang mereka berikan.

Memandangkan ianya dekat di kawasan rumah kami jadi- why not kita joined, dah ler percuma, at least anak2 ada aktiviti untuk mereka berseronok sambil belajar explorer perkara yang baru. Jadi aku pilih tarikh 17 Ogos untuk program Little Ocean Explorer classes.

Jadi kelas ada empat segmen- 5 layers of Ocean, Sea creatures inthe Ocean, Ocean Pollution Scavenger Hunt and Little Ocean Explorer Badge. 

Sedikit poster yg dapat masa register nama pada pagi program tu. 
Kelas start jam 10.00 pagi, masa datang hujan lebat. Jadi aku drop Umar dan Qaireen dahulu depan Ara Sendayan Gallery. Suruh diorang just lapor diri, bagi nama. Dun worry ibu dah register jadi nama confirm ada. Jadi aku dan Ilhan tunggu dekat 10 minit dalam kereta bila hujan reda kami pun masuk ke dalam.

Bila masuk Qaireen dan Umar dah start aktiviti. Actually aku daftar juga nama Ilhan, tapi Ilhan memang pemalu. Suruh Ilhan pergi join dengan abang dan kakak pun dia tak nak. 



Segmen pertama- Ocean Pollution Scavenger Hunt.



So Ilhan buat apa?
Dia just look around dan tengok2 house miniature display dalam galeri tu. 


Ada makanan yang disediakan untuk parents dan kanak2 yang ambil bahagian. Bihun goreng, kuih muih dan air kopi dan teh. Bihun goreng dia memang sedap, aku suka sejak makan first time bila Matrix ada buat perlancaran unit baru tahun lepas kat sini. 

So kita minum dan makan dulu ye sementara tunggu abang dan kakak buat aktiviti mereka. 

OO oo ibu snap gambar saya tengah minum teh!!




Sekarang diorang tengah belajar buat lapisan ocean... oooo berlapis2 rupanya lautan kita ye. Nampak biru je eh hijau je eh- campur2 kot?? 





Lepas tu kita buat badge pulak, warnakan dan dia akan stamping. 

Qaireen khusyuk mewarna. Nak bagi cantik2 pada badge dia.


Oooo ok staf mereka tolong buat stamping. 

Tadaaaa. Badge dah siap.. Ini Umar punya, Patrick Star hahaha. 



So dalam pukul sejam lebih baru abis program, kids makan2 dulu. Lepas tu baru aku bawa anak2 pulang rumah. Hopefully Matrix akan buat banyak lagi program2 macam ini. Seronok bila bandar kita ada program yang bermanfaat untuk komuniti ambil bahagian. It was so fun... :)



Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...