Showing posts with label SUKAN TAHUNAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN TAHUNAN. Show all posts

Monday, April 13, 2015

Sukan Pasti Anak2 2015

Actually dah dekat seminggu lebih sukan ni berlalu. Aku je tak sempat2 nak update huhuhu..
Sukan tahunan Pasti dibuat di Ilham PNB Resort di Blue Lagoon, Port Dickson. Asalnya nak buat kat Kompleks Sukan Telok Kemang, tup tup tukar tempat last minute. Alasan nak jadikan acara santai keluarga, ala2 macam piknik lah. Eleh aku tau diorang AJK2 sebenarnya nak bercuti duk dalam resort tu hahahaha!!

PNB Ilham Resort, sumber dari google... 


Jadi ibu bapa digalakkan bawa tikar masing2 dan bekalan untuk makan. Macam nak berkelah..







Umar minum macam baru lepas lari je kan. Padahal dia ni baru jer lepas melalak, tak nak masuk apa2 acara pun.. 
Tahun lepas ok lagi ada juga masuk 1 acara. Aku ingat tahun ni lagi ok sebab dah besar dah, 5 tahun. Ropa2 nyer lagi teruuuuk adalah ceh!! Penat pujuk dia, boleh nangis tak nak masuk apa2.. Malu aku dengan mualimah Pasti budak2 ni.... 


Qaireen tengah warming up hehehe!!
Steady Qaireen, bagus betul dia :)


Husband yang bawa Qaireen ke tengah padang setiap kali cikgu dia panggil nama untuk acara seterusnyer. Aku tak larat nak diri lama2, duduk bersila jela tunggu diorang. 


Sambil2 duduk aku membebel kat Umar, "buat pernah jer ibu datang tapi dia tak nak lari. Kesian cikgu kena cari penganti". Cikgu cakap kat sekolah Umar paling laju lari dan bersemangat bila buat latihan, alih2 ibu dia ada terus tak nak masuk apa2 T_T

Tetiba aku rasa aku jadi penyebab Umar tak mau masuk apa2, duk berkepit je dengan aku.. 

Qaireen laju betul lari hehehe. Anak pompuan yang mesra alam :)

Pukul 12.00 noon kami cabut balik, tunggu Qaireen abiskan semua acara dia yang masuk. Sebab dah tengahri makin panas, perut dah keroncong. Lapor...

Kbai...





Monday, April 21, 2014

BILA ANAK2 PASTI BERSUKAN!!

Pagi Ahad 20 April, aku bangunkan anak-anak, mandi dan siapkan dalam pakaian sukan. Sebab pagi-pagi tu Umar dan Qaireen ada sukan tahunan PAsti di Padang Pusat Sains Marin, UPM Telok Kemang, Port Dickson. Semua cawangan Pasti kawasan Parlimen Telok Kemang berkumpul untuk acara sukaneka tahunan. Mualimah diorang bagi tahu Qaireen masuk acara bawa bola dalam kon, Umar pulak masukkan manik dalam benang hahaha.


 

Qaireen dah ready nak berbaris.

Umar buat hal, tak nak berbaris langsung. Takut bunyi speaker!!

Konsep barisan Pasti Al Fateh, flora dan fauna...


Samapai sana dalam pukul 8.30 pagi, semua anak PAsti dah berkumpul berbaris dalam khemah, pakailah macam-macam aksesori bungalah, rebenlah, jadi maskot pun ada jugak. Comel2 belaka.



Alololo comelnya anak2 ni pakai maskot.. Cikgu pun turut serta

Ada lapan PASTI yang mengambil bahagian di kawasan Telok Kemang. 


Umar agak moody sikit, nak main acara pun tak mau jauh2 dari aku. Last2 aku pun terpaksa join masuk padang duduk dekat sekali dengan dia. Adoii...

Umar tekun masukkan manik dalam benang

Sampai muncung mulut dibuatnya hehehe! Cepat Umar, lagi 2 bijik jer!!

Qaireen ready untuk acara seterusnya..


Laju Qaireen, laju lari!! hehe cikgu dan kawan2 bersorak. MEriah!!

Abis je acara Qaireen, hujan panas pun turun. Umar dan menangis sebab cuaca panas, dekat dengan pantai. Suara Qaireen dah serak, penat bersorak tak hingat keh keh keh. Kami pun bawa diorang makan KFC, hadiah atas usaha diorang bersukan pagi tadi. Okay lah tu walaupun tak menang. Yang penting kita support semua aktiviti anak-anak dengan PASTI.



Hari Projek Akhir Pelajar PNS dan PoliPD || 2026

Hari Khamis, 24 September 2026, berlangsung Hari Innomex 2026 JKM di Politeknik Nilai. Aku sebagai Supervisor untuk group student projek sen...