Showing posts with label brunsfield riverview. Show all posts
Showing posts with label brunsfield riverview. Show all posts

Sunday, April 28, 2019

Cuci dan bersihkan rumah sewa Shah Alam.

Siap kena ambil satu hari cuti untuk datang sini, kemaskan dan bersihkan bilik rumah sewa kami. Yelah waktu lain terlalu sibuk, banyak kerja nak dibuat. Anak2 sekolah jadi senang kami ke sini selesaikan apa yang patut sebelum iklankan pada penyewa nanti. Bilik2 yang lain masih ada penyewa yang terdiri student MSU dan worker.

Bilik asal, sebelum make over. 

Dinding dia dah tertanggal2 cat sebab kena tempias kalau hujan lebat. Langsir bilik pun dah repuh huhuhu. langsir tu aku jahit sendiri je, nak jimat kui kui kui.. 


Dah make over dah.

Terpaksa aku kikis cat asal sebelum cat baru. Penat siot... Fuh cat, vakum dan mop bilik ni pun dah dekat dua jam. 

Langsir tak jahit daa, beli je kat Nilai 3 ahahaha. 
Ni bilik sudah jadi premium ni, bilik dah elok so sewa kena upgrade sikit. Tapi tak lah banyak mana pun tak tergamok ler kita nak tekan penyewa. Sewa master bedroom (ada bathroom) dalam RM550. 

Bilik satu lagi, yang kami bubuh 3 katil. Asal ada dua jer, sebab bilik luas boleh muat tiga katil dan almari. Siap ada balkoni lagi. 

Tu alas cadar tilam tu pun kami beli kat Nilai 3, kira special sikit tau. 

Langsir sliding door pun dah reput, kami ganti yang baru.  Hah ni pun beli kat Nilai 3. 
Sewa bilik ni kami bagi rate RM600. Fully Furnished. Katil dan almari. 

Sambil2 tu ambil angin kat balkoni, tengok depan ni track LRT3, stesen pit stop dia di Stadium Melawati. 


Kalau korang berkenan nak sewa boleh wasap no 012 5347454 (jika masih ada kekosongan lah ye). 
Update : Bilik master bedroom dah ada penyewa, kami balik dari Shah Alam dah ada  orang dah nak sewa bilik tu. Jadi tinggal bilik yang ada balkoni saja. 




Monday, August 10, 2015

Buat Sublet di Seksyen 13

           Mula2 dapat kunci unit setelah settle semua pembelian dan urusan S&P apartment di Seksyen 13 aku terus iklankan di Mudah.my dan FB. Selebihnya aku dan husband serahkan pada ejen kami, Mr Yong untuk uruskan penyewa untuk view rumah. Sebab kami tinggal di Seremban dan bekerja jadi sukar sikit nak luangkan masa untuk set masa bila penyewa nak datang view. Actually bermula bulan Jun ada beberapa prospek datang tengok view unit. Itu pun aku dan husband roger Mr. Yong untuk standby di sana.

Disebabkan lokasi dekat dengan Politeknik Premier Shah Alam dan MSU, maka yang datang untuk view adalah student dan company. Cuma malang sedikit sebab ejen aku ni tersangat "sibuk" agaknya kadang2 terlepas masa untuk bagi prospek view unit sewaan.

From balcony, sebelah kiri kelihatan pintu masuk belakang MSU dan Stadium Shah Alam, kebetulan ada pasar tani pagi tu jadi kereta berderet parking kat tepi jalan. 

Dari pandangan balkoni unit, sebelah kanan kelihatan Politeknik Shah Alam.

Ada juga company dah booking tapi cancel last2 minute sebab payah nak set masa untuk view unit dengan ejen aku... aduhai bukan rezeki kami. Last2 aku dan husband bincang, kita uruskan sendiri sajalah sebab harapkan ejen pun macam leceh jer T_T


Cuma aku dah sarat mengandung, dah masuk 30 minggu, kekangan untuk bergerak lincah sana sini memang terhad T_T. Ikutkan hati macam2 je nak buat- nak je beli cadar, pasang langsir, beli dan pasang perabot dan barang elektrik, cat rumah sikit tapi nak naik turun pun mcm semput jugak huhuhu. Last2 aku mintak tolong geng #penunggu rumah . Mintak tolong subletter, Qiu Shah handlekan unit ni.

Setelah jumpa beberapa kali dan berbincang akhirnya persetujuan tercapai. Jumaat lepas kami ke Giant Shah Alam untuk finalized agreement.



Memandangkan kita pun staf politeknik dan merangkap IPTA jadi aku bagitau tarikh2 untuk kemasukan pelajar baru. Bak kata dialog P Ramlee, 'nasib kita, kita makan, nasib dia, dia makan. Apa salahnya kita makan sama2...." Terutama bulan September akan datang ni kemasukkan pelajar ijazah julung2 pertama kali di Politeknik Premier Shah Alam yang akan dibuka pertama kalinya

Mak aii, seriusnyer muka dia hahaha!!


Semoga kali ini berjalan lancar hendaknya, jika ada anda berminat iklan boleh dilihat di sini Seksyen13. Dibukakan pintu rezeki seluas2nya... AMIN....




Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...