Showing posts with label engineering. Show all posts
Showing posts with label engineering. Show all posts

Monday, September 25, 2017

Lawatan industri ke Jimah Power Plant

Seperti yang dirancangkan untuk semester ni kami dikehendaki buat satu lawatan ke loji stim kuasa atau kilang sawit.  Jadi setelah sebulan buat paper work, buat surat dan tempah bas maka 21 hb September pukul 12.30 tengahari kami seramai 34 orang bertolak dari Politeknik ke Jimah Power Plant. Makan tengahari dulu di politeknik sebelum bertolak.

Jarak dari Politeknik ke Jimah Power Plant tak jauh adalah dalam sejam. Kami singgah sembahyang zuhur kat masjid Kg Chua. Lepas tu bertolak jalan tapi terlajak pulak simpang masuk ke Jimah Power Plant tu. Kena pusing patah balik kui kui kui...Engineer Jimah, Cik Aisyah call aku kat mana? Aku jawab, kejap2 lagi 10 minit kami sampai, terlajak simpang ni huhuhu..

Pass2 roti dan air dalam bas. Aku tak boleh nak makan, kenyang lagi. 
Lagipun bas terhoyong-hayang ke kiri kanan. Uwaaaa...  Aku rasa macam pergi naik motorbot jer
Nasib tak muntah hijo..

 En Fitri macam nak sakit dada naik bas ni yek hahaha!

 Mana taknyer, jalan masuk dia pun dah macam nak masuk lombong pasir. Actually tapak bersebelahan Jimah Power Plant ni tengah giat satu construction loji stim di bawah kelolaan TNB. Jadi lori keluar masuk kat sini, jalan pun mengiler tak rata. 


 Dah nak dekat sampai. Dah nampak dah cerobong dia hehehehe

Sampai2 terus daftar kat pondok pengawal. Berurusan dengan En Darwin. 


 Ketat kawalan di sini, jadi kena pastikan bilangan yang masuk plant mesti sama dengan yg keluar.
Kalau kurang kena check balik, tapi kalau lebih pulak seram tu hehehe.

 Lepas tu baru masuk ke pejabat pentadbiran, kat sana kami dismabut oleh jurutera Jimah Power Plant, Cik Siti Aisyah. 

 Introduction session, bersama2 dgn pelajar dan pensyarah  dengan Jurutera dari Unit Latihan Jimah.

 Ini dia, Cik Aisyah, wanita bosi ni!! Dah lebih 10 tahun dia kerja kat sini. Dari plant dibuka sampailah sekarang.. Sempoi jer Cik Siti ni. Tak sangka ada pompuan juga nak kerja kat site steam power plant ni. 

 Sesi penerangan dari pihak Jimah. Kira memang banyak pelawat datang ke sini. DAri PTA dan IPTS pun ada. Ada datang dari luar negara pun iya. Macam Thailand pun pernah hantar wakil NGO diorang datang utk melihat sendiri pengurusan power plant di Malaysia. Hebat juga Malaysia ni. 


 Wow, ada gaya macam lecturer juga jurutera Jimah ni. Hehe banyak yang Cik Aisyah terangkan, contoh T-s diagram utk superheated steam sini ada double stage. Nak bagi power up lagi tambah reheater kat sini, katanya....

 Gambar satelit kedudukan equipment dalam Jimah Power Plant.

 Berhenti sekejap, selepas sesi soal jawab. Ada refreshment dari Jimah untuk kami semua. Kenyang betul, asyik makan je kerja kami petang tu ... 

 Makan free lagi, makanan dipayung oleh Politeknik, Puan Enne dan Jimah Power Plant. 

 Sesi pemberian cenderahati dari PPD

 Dan pemberian cenderahati dari Jimah Power Plant.

 Gambar ramai2 depan opis admin diorang.

 Kat sini sebelah pejabat admin boleh nampak dah 3 phase system loji ni. Termasuk set up transformer dan transmission line dia. Elektrik yang terhasil akan distribute hantar ke TNB Olak Lempit dan Lenggeng. 

 Kitorang naik bas je masa buat tour melawat plant ni sebab ramai peserta, kumpulan besar. Jadi agak berisiko nak bawa jalan kaki ke setiap kawasan. Tak syok sikit tapi nak wat camna. Safety first eh!!

 Ini coal yard dia. Memang banyak arang batu longgok kat sini siap ada back up bekalan utk operasi 45 hari andai kata berlaku keputusan bekalan dari negara2 kita import. Lepas 45 hari kalau takde lagi maka system pun shut down lah.  Agak2 bergolap je kita lepas tu... kalau tak de support dari plant yang lain.

 Arang batu diimport dari Indonesia dan Australia. 

 Convenyer coal tak bergerak sebab hari ni takde bekalan dari kapal sampai di jeti. 


 Yang ni aku tak ingat tapi fungsi dia macam electrostatic precipitation untuk menangkap ash- debu2 halus dari arang batu yang dah dihancurkan dan dibakar. 99 peratus bebas pencemaran. 
Nanti bila dah penuh dan jatuh. Nampak tak kepala lori bancuh simen kat bawah tu. Nanti lori simen akan datang amik abu2 tadi untuk bancuh buat bata atau simen. Green technology weh... 

 Sampai kat jeti ni, "Puan kami nak amik gambar sekali... "
Ooo ni diorang ni student termo aku. Saja aku pilih 5 budak ni sebab attendent diorang full, tak pernah ponteng kan... Jadi confirm diorang nak ikut pergi lawatan ni. 

 Dengan Pensyarah Termo lain, Che Ina dan Eng. Jimah, Cik Siti Aisyah. 

Ni sebelah Jimah tengah rancak construction bawah TNB untuk steam power plant baru. Dijangka siap tahun 2019. Yang ni paling besar kuasa dan operasi dia compare dengan Jimah Power Plant. 

 Amik angin petang tepi pantai sebelum balik. 

 Kami adalah pencinta Termodynamics! 
Hua hua hua... 




Tuesday, October 22, 2013

MUSIM PEPERIKSAAN BERMULA!!

Assalamualaikum...
Lama tak update blog, gara-gara sibuk nak kejar masa menanda kertas tugasan, ujian dan kuiz pelajar. Sebabnya deadline dah dekat untuk hantar markah pelajar. Biasalah pelajar-pelajar ni, saya rasa dah berbuih mulut pesan hantar assignment atau tugasan yang tak 'clear' lagi, tapi diorang mesti hantar last minute. 

Seolah-olah jadi trend sekarang, bila bagi atau buat tugasan akan jadi perkara yang membosankan bila menanda sebab semua isi dan kandungan pelajar sama sahaja. Senang cerita, bila seorang pelajar buat, yang ramai lain-lain tu pakat-pakat salin bulat-bulat. Kalau melibatkan pengiraan lagilah sakit jiwa, sebab yang salah pun diorang salin juga! Memang terdesak sungguh!! Selalunya bila hari tu hari akhir untuk hantar assignment akan nampak situasi ini-berlonggoklah mereka semua di ruang pelajar untuk menyalin jawapan-jawapan daripada rakan mereka yang dah siap (lebih rajin untuk memikirkan jawapan tugasan tersebut). Jadi markah pukul rata sama sajalah.

Hantar lewat tetap juga saya tolak markah kerana tidak punctual. Jadi tak adil jika saya berikan markah sama rata pada mereka yang hantar punctual.Pernah jugak masa mengajar, pelajar-pelajar bukan dengar atau fokus pada kita tapi sibuk menyalin tugasan subjek lain daripada rakan untuk dihantar pada hari tersebut. Alangkah geramnya, mengamuk sakan mak!! Hahaha.

Ada yang buat ala kadar sahaja, tulisan macam cakar ayam dan kelam kabut. Nak baca pun susah. kadang-kadang tak teratur (kes salin bulat-bulat), kadang-kadang terus dapat jawapan atau jalan penyelesaian melompat-lompat (kalau melibatkan pengiraan), memang tak tersusun langsung.

Saya pernah mendapat aduan pelajar mengatakan tugasan beliau hilang setelah dihantar di pigeon hole saya. Pelajar itu memang ok- rajin dan dedikasi. Bila sela beberapa jam kemudian tugasan itu muncul semula di pigeon hole tersebut tetapi dalam dua salinan, satu salinan asal dan satu salinan photostot. Yang photostot hanya ditukar pada cover- dalam tetap sama yelah photostot kan. Aduhai...

Betul kata orang, kerja mengendalikan mesin lagi mudah daripada mengendalikan orang. Kadang-kadang boleh naik tekanan darah menahan geram dan kesabaran. Saya pun tak tahu berapa lama saya sanggup bertahan sabar dalam menlayani kerenah orang-orang macam ni.... Hmmmm semput den!

Apa-apa pun dah mula minggu peperiksaan sekarang saya doakan pelajar-pelajar ni dapat buat yang terbaik. Mungkin ada kelemahan dari segi teknik pengajaran saya untuk menarik minat mereka fokus di dalam kelas. Terutama melibatkan matematik dan mekanik, sungguh mencabar.....Adoi kita pun fikir macam nak pecah kepala nak bagi diorang paham betul-betul..

Jangan hendaknya meniru, macam bawah ni tertangkap semalam sebab meniru. Dashyat gajet budak sekarang macam Detektif Conan hahaha. Mana tau masa akan datang, ada jam budak boleh tembak pengawas peperiksaan dan pengawas pula bole pengsan atau tertidur hahaha jadi senang ler kerja diorang nak meniru!!



Peace.......

Hari Projek Akhir Pelajar PNS dan PoliPD || 2026

Hari Khamis, 24 September 2026, berlangsung Hari Innomex 2026 JKM di Politeknik Nilai. Aku sebagai Supervisor untuk group student projek sen...