Showing posts with label hadiah pelajaran. Show all posts
Showing posts with label hadiah pelajaran. Show all posts

Thursday, November 21, 2019

Hari Kecermerlangan Pelajar Sekolah 2019

Hari Selasa, 19 November 2019 ialah hari Anugerah Kecermerlangan Pelajar sekolah anak2. Dapat surat jemputan dari pihak sekolah. Jadi ibu bapa dijemput hadir untuk meraikan anak2.. Qaireen dan Umar beriya2 mahu kami datang. Kebetulan aku dan husband free (student dah habis semester) pagi tu kami luangkan masa datang ke sekolah.



Umar dapat anugerah Qari untuk darjah 3. Tahap 1 tiada peperiksaan jadi tiada hadiah mata pelajaran. Anugerah yang diberikan macam2 untuk bagi semangat anak2. Anugerah budi perkerti, anugerah adiwira, anugerah itu anugerah ini. 

Tahap 2 punya turn pulak. Beratur nak ambil hadiah. Umar sibuk nak selit sekali bergambar.

Dan sibuk dia kacau Qaireen time aku nak ambil gambar. 

Sibuuuklah!! 

Ayah dia tanya apa benda banyak2 tag kat tudung. OO Itu yang dia dapatlah nanti atas pentas. Aku pun tak baca apa benda yang tulis kat tag tu. 


Cikgu letak semua hadiah dalam paper bag, senang nak ambil masa beri hadiah. 

Amik gambar kat photo booth, bagus sekolah siap sediakan ruang bergambar lagi hehehe. 

Sekali keluarkan dari paper bag, eh banyak pulak piala. Tak menang tangan Qaireen nak pegang semua. Jadi alas atas hadiah kafa yang dia dapat tu. 

Tahun ni sekolah mereka ada banyak peruntukan pula untuk tempah piala, banyak tuuuu. Rasa tahun lepas bagi sijil dan alat tulis sahaja. Mungkin Guru Besar baru ni hajat nak bagi anak2 dan parents gembira dengan anugerah pelajar. Terima kasihlah cikgu2 semua yang mendidik dan mengajar. 

Apa yang tertulis kat piala aku pun tak sempat baca. Balik rumah nantilah baru belek. Hujan lebat masa ni. 

Alhamdulilah, Qaireen dapat tujuh hadiah untuk sekolah pagi dan termasuk sekolah agama petang. 

Walaupun comot dan letih, dia sangat gembira. Seronok kan bila dapat banyak dapat award. Ibu pun takde nak kumpul piala banyak2 macam tu, kecuali dalam sukan jelah.. 

Tahniah anak-anak ibu. Bohonglah kalau aku tak bangga. Semestinya aku bangga kerana tahun ni Qaireen ditukar kelas diletakkan ke kelas yang terbelakang sekali (sebab sekolah menyahut seruan pak menteri konon tiada pelajar yang diasingkan mengikut kemampuan mereka). Tapi aku dan husband positif (walaupun risau sedikit hahaha) tapi atas pengalaman sebagai pendidik - berlian kalau dibenam dalam lumpur tetap akan kekal sebagai berlian. Dalam ranking keseluruhan darjah 4, dia masih kekal top 3. 

Semoga kalian menjadi manusia berjaya di dunia dan akhirat. Amin......



Wednesday, November 28, 2018

Hadiah kecemerlangan

Dua minggu sebelum exam akhir tahun, Qaireen dan Umar tengok iklan Pizza Hut kat tv. "Wah macam best je, Qaireen nak pizza ibu??"  Qaireen dah start request. "Umar pun nak!!" Ooo nak pizza boleh, dapatkan 6A dalam exam akhir ni, nanti ibu belanja makan pizza.... :)))

Pizza chicken cheesy bites. 

Habis exam, selepas seminggu result keluar memang anak2 berjaya dapat keputusan yang cemerlang. Jadi aku kena tunaikan janji, nanti dah jatuh kategori munafik pulak ahahaha!!

Umar dapat hadiah mata pelajaran terbaik sains dan matematik untuk darjah dua. 

Qaireen dapat hadiah untuk tempat ke tiga dalam kelas dan keseluruhan darjah tiga.

Sementara nak tunggu kakak ambil hadiah, makanlah roti ibu dapat tu dulu. 

Dekat sejam Guru Besar dan tetamu kehormat berucap barulah upacara penyampaian hadiah. 

Baguslah dapat hadiah alat tulis. Aku lagi suka daripada dapat hadiah trofi atau plak. Bagi aku semua tu sekadar sampah, buat tayang jer huhuhu. Aku taulah sebab dapat banyak medal dan plak last2 ayah aku bakar sebab tikus beranak dalam kotak tu. Hadiah better bagi buku atau alat tulis yg boleh digunakan. 

Okey jadi ibu dan ayah tunaikan janji anak2. Bawak pergi makan pizza yang diorang nak. 

Lepas order, nak tunggu lama snap gambar satu family, jarang dapat ambil gambar. Mujur ada monopod. 

Dah sampai apalagi, Bismillah. 

Jemput makan anak2, tahniah ibu ayah ucapkan. Kalau ada rezeki inshaAllah dapat makan lagi. 



Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...