Showing posts with label keusahawanan. Show all posts
Showing posts with label keusahawanan. Show all posts

Wednesday, October 19, 2022

Aktiviti-aktiviti di Jabatan sendiri. . . .

     Bulan September dan Oktober banyak jugalah program yang berlangsung di jabatan aku. Kira nak menghabiskan peruntukan yang diberikan untuk aktiviti pelajar dan staf sebab adalah KPI dalam organisasi kan. . . Jadi petang pada hari 27 September, ada penyampaian Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) kepada pelajar Jab. Kej. Mekanikal. Untuk dua sesi yang lepas, sebab sebelum tak dapat buat sebab pandemik covid 19. 


Kira ramai juga pelajar JKM yang dapat AKJ kali ini yek :)

Semua dikendalikan oleh pelajar, MC pun pelajar. 


Ucapan dari Ketua Jabatan, tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya dapat AKJ. Harap berterusan di masa-masa akan datang ya. . .  

Besoknya pulak Hari Sukan dan Keusahawanan jabatan aku. Pelajar yang ambil kursus keusahawanan kena berniaga, buka booth di khemah masing2. Yang masuk acara sukan ping pong, badminton, futsal dan 
Penat weii, dah lebih 10 tahun tak main netball huhuhu!!

Ni aktiviti main ping pong. 

Bersama pengarah-pengarah program. 



Student kelas keusahawanan aku. Boleh pulak pakat2 pakai baju yang sama hari tu. 


Jual sekejap je dah abis, sebab tak de dapur nak masak di situ. Budak2 ni goreng kat rumah sewa diorang. 

Tunggu ais tak sampai2 lagi. banyak aku tanya bila kamu nak ada air ni, sy nak beli tak minum2 hahaha!! Kejap2 puan, ais on da way hahaha. . . 




Gerai2 lain ada jual macam2 kuih muih, roti, minuman.


Jajan. . . 

Karipap. . . Sedap karipap ni

Pop corn pun belum buat lagi. Tunggu juruteknik  pasang elektrik dulu. 

Roti John.


Game pun nak bermula. . .

Hah dah start. Posisi aku sebagai GK kui kui kui. . . .



Abis program, sakit badan wei. Penatnya. . . Hahaha telan panadol jelah. 




Wednesday, May 25, 2016

Bengkel Penulisan Kolokium vs Bootcamp e-Usahawan

Ikutkan hari ni aku register untuk program keusahawanan di Dewan Wawasan PPD anjuran MDeC. Antara yang hadir bagi talk ialah Fizo Omar dan adik Erma Fatima tu... bukan Umie Aida ye.



Tapi pagi tu nama aku bertindan pulak dengan Bengkel Penulisan Kolokium di bilik mesyuarat JKM. Waktu dan hari yang sama. Jadi aku terpaksa pergi ke bengkel penulisan,  petang nantilah baru turun ke dewan.


Dalam bengkel ni aku kira politeknik nak bagi peluang kat lecturer untuk buat penulisan dan presantation. Senang cakap poli tak maulah bagi staf diorang 'mereput' dalam posisi sama jer dlm organisasi sekian lama ahaha. Mungkin diorang nk bagi peluang kat kami untuk naik pangkat lah cakap mudahnya, padahal aku sendiri pun malas amik port pasal tu ahaha.


Ada 20 orang dikerahkan keh keh macam kena push-lah buat presantation paper nanti.

Masa diberikan dalam 2 minggu, aduyai. Tak tau ler sempat prepare ke tak. T_T

Tapi tak pelah kira aku nak bantu jabatan untuk capai KPI sekurang2 81% staf buat RnD. Kesian juga diorang kalut nk isi KPI dalam masa suntuk ni. Kemudian, petang tu lepas makan dan solat dalam pukul 2.00pm baru aku masuk dalam dewan. Petang ni turn Fizo Omar bagi talk rupanyer.

Fizo Omar tengah bagi talk, smart guy with smart brain hmmm.

Antara audience yang hadir, kebanyakan orang luar yang dari sekitar Port Dickson. 


Actually aku nak tengok macamana perkongsian ilmu marketing secara online, rupa2nyer seminar yg ni lebih kepada introduction. MDEC akan adakan kelas khusus percuma kepada mereka yang berdaftar pada hari Sabtu dan Ahad. So kira ni adalah soft launching untuk program keusahawanan di PD anjuran mereka. 


Dalam talk Fizo, dia menekankan marketing melalui FB perlu ada setting target. Jadi dia galakkan guna FB Advert. Contoh kalau jual produk kecantikan target kita pada siapa? Wanita, bekerjaya atau tidak, lingkungan umur dan lokasi untuk dijual. Kalau jual makanan kucing, kucing memang takde FB kan jadi owner dia yang kena ada FB keh keh keh. Mungkin boleh follow pages peminat kucing untuk kita ambil peluang jual produk di situ. Macam tulah serba sedikit perkongsian ilmu dari Fizo Omar. So dapatlah juga input sedikit daripada seminar ni kan :)







Sunday, March 6, 2016

Hari Salutasi Mechation JKM 2016

Hari Khamis lepas, 3hb Mac aku kena jadi penemuduga untuk projek2 akhir pelajar diploma kejuruteraan mekanikal. Kebetulan hari tersebut dijadikan sebagai hari terbuka JKM, maknanya jabtan ini dibuka untuk pelajar dan orang luar termasuk pihak industri datang melawat.




Ada seminar2 dari industri berdekatan dan alumni Politeknik Port Dickson yang telah datang memberikan ceramah mereka kepada pelajar2 jabtan. Selain itu ada dibuka gerai2 makanan untuk memberikan pelajar menjalankan perniagaan untuk hari keusahawanan mereka.


Nyum nyum...


Seawal pagi jam 9am dah susun semua barang2 makanan untuk dijual di khemah keusahawanan. Kupon RM4 diberikan kepada semua student untuk membeli makanan yang dijual.


Antara makan paling awal abis ialah spageti bolognese dan cabonara. Wah, dahsyat budak poli nak makan western kemain miahaha

Kumpulan first yang aku kena interview, nak buat shower air garam himalaya. Dahsyat nak bagi aku cuba rasa air dia masin ke tak ish kuasa aku hahaha. Oklah tapi sedih sikit sebab layout design diorang tak siap. Kecewa betoi, hilang markah kat situ beb.

Pelajar demo projek mereka depan kami. 

Mr Deenesh, jadi juri partner dengan aku. Siap belek2 meja ajaib ni. Boleh jual kat Ikea kot bahaha.

Kita bergambor dulu ye. Sumber dari camera syip jkm.

Pelajar sekolah pun datang melawat JKM. Teruja diorang nak tengok student JKM, eh silap projek student JKM hehehe.


Pertandingan robocon antara sekolah2. Tengah buat persiapan. 

Pukul 4 petang barulah majlis penyampaian hadiah dan penutupan. Disertai sekali majlis tandatangan MOU dengan pihak industri dan sekolah2 angkat. Pukul 5 tamat majlis dan minum petang. 

Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...