Sunday, March 6, 2016

Hari Salutasi Mechation JKM 2016

Hari Khamis lepas, 3hb Mac aku kena jadi penemuduga untuk projek2 akhir pelajar diploma kejuruteraan mekanikal. Kebetulan hari tersebut dijadikan sebagai hari terbuka JKM, maknanya jabtan ini dibuka untuk pelajar dan orang luar termasuk pihak industri datang melawat.




Ada seminar2 dari industri berdekatan dan alumni Politeknik Port Dickson yang telah datang memberikan ceramah mereka kepada pelajar2 jabtan. Selain itu ada dibuka gerai2 makanan untuk memberikan pelajar menjalankan perniagaan untuk hari keusahawanan mereka.


Nyum nyum...


Seawal pagi jam 9am dah susun semua barang2 makanan untuk dijual di khemah keusahawanan. Kupon RM4 diberikan kepada semua student untuk membeli makanan yang dijual.


Antara makan paling awal abis ialah spageti bolognese dan cabonara. Wah, dahsyat budak poli nak makan western kemain miahaha

Kumpulan first yang aku kena interview, nak buat shower air garam himalaya. Dahsyat nak bagi aku cuba rasa air dia masin ke tak ish kuasa aku hahaha. Oklah tapi sedih sikit sebab layout design diorang tak siap. Kecewa betoi, hilang markah kat situ beb.

Pelajar demo projek mereka depan kami. 

Mr Deenesh, jadi juri partner dengan aku. Siap belek2 meja ajaib ni. Boleh jual kat Ikea kot bahaha.

Kita bergambor dulu ye. Sumber dari camera syip jkm.

Pelajar sekolah pun datang melawat JKM. Teruja diorang nak tengok student JKM, eh silap projek student JKM hehehe.


Pertandingan robocon antara sekolah2. Tengah buat persiapan. 

Pukul 4 petang barulah majlis penyampaian hadiah dan penutupan. Disertai sekali majlis tandatangan MOU dengan pihak industri dan sekolah2 angkat. Pukul 5 tamat majlis dan minum petang. 

No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...