Showing posts with label kitar semula. Show all posts
Showing posts with label kitar semula. Show all posts

Sunday, November 1, 2020

Jual minyak terpakai

Aku kalau masak makanan bergoreng minyak yang dah pakai tu akan diasingkan dalam botol khas. memang tak buang ke dalam tong sampah. kalau buang ke sinki lagilah tak, tak pasal2 ler tersumbat nanti. 

Simpan punya simpan dari tahun 2016 minyak CPO ni hahaha.

Last2 penuh pulak kat ruang belakang rumah. 
Kalau tengok dalam gambar ni macam minyak baru beli kat pasaraya je kan. Sticker Mydin pun lekat lagi kat botol. 

Minyak pula beli macam2 brand sebab hmm
 aku pernah buat lawatan untuk student aku ke kilang palm oil refinery. Milik FELDA di Sampadi, Kuching Sarawak. 

Lawatan tahun 2010

Lawatan tahun 2010

Lawatan tahun 2010

Throwback masa lawatan tahun 2010 di sana. Tengok macamna crude palm oil dihasilkan. 


Jadi aku call seornag pembeli minyak terpakai di area Seremban. Pagi deal, petang tu dia datang ambil minyak2 ni. 

Dia timbang. 

Dan kira. 

Hasilnya selepas trade minyak CPO since 2016 maka  dapatlah RM40.00 haha. Alhamdulilah rezeki kan. Jadilah daripada buang minyak tu merata2 dan cemarkan alam sekitar dan bilik paip sinki tersumbat, apa salahnya simpan dan kitar semula kan.  


Untuk menjual minyak terpakai sekitar bandar Ainsdale, Sendayan dan Seremban boleh contact nombor tertera di bawah ini. 

0 19-211 4621


Monday, August 22, 2016

Mengamalkan pengasingan sampah/bahan buangan

Bermula September 2015, kempen pengasingan sampah dah bermula dan dilaksanakan di area taman perumahan aku. Matrix Concepts Group siap ada buat pelancaran majlis lagi kat Bandar Sri Sendayan. Tujuan mereka untuk mendidik komuniti di sini untuk membuat pengasingan sampah.


Start awal tahun ni, aku pun nekad nak buat pengasingan sampah yang boleh dikitar semula. Contohnya bahan atau bekas plastik, botol2 kaca, aerosol dan tin makanan atau minuman. Totaly aku inspired dengan satu video menunjukkan satu perkampungan di Jepun, penduduk di sana mengasingkan sampah atau bahan terbuang kepada 33 bahagian!! Wah aku cuma boleh buat empat bahagian sahaja. 


Bekas plastik contoh bekas sabun, syampu, botol minuman. 

Botol atau bekas kaca. Banyak juga botol sos dan kicap rumah aku ni mua hahaha!!

Bahagian tin dan logam 

Untuk kertas memang takde, aku tak beli suratkhabar pun mia mia mia. Beli buku atau majalah tapi takde pun nak buang, sayang wei... 


Tempat pengasingan aku buat di belakang dapur. Tong ni aku beli kat Ikea. Tutup kemas. Biasanya aku akan bilas dulu tin atau botol yang berisi makanan supaya bersih dan tidak berbau. 


Bila dah penuh, bungkus dan ikat ketat dan letak di tong sampah rumah. Kalau sebulan adalah terkumpul macam gambar atas tu. Tong sampah rumah kami ada dua. Satu untuk sisa makanan. Satu lagi untuk barangan kitar semula. Aku ajar anak2 supaya diorang akan asingkan dan buang sampah mengikut saluran yang betul, kalau boleh jadikan ianya satu budaya :) Walau pun sumbangan kecil tapi impak dia besar untuk jangka masa panjang kan T_T


Gambate Hasny!! Save the earth. 







Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...