Showing posts with label mantin. Show all posts
Showing posts with label mantin. Show all posts

Tuesday, December 15, 2015

Kenduri Kahwin di Mantin

Hopefully dah update blog ni husband aku akan rasa lega sebab dia asyik tanya jek bila aku nk update blog! ;p

Sabtu lepas, 12 Disember keluarga mak dak aku buat kenduri kahwin kat umah mereka di Mantin. Sepupu aku, Liana bernikah pada pagi tersebut dan majlis persandingan pada waktu tengahari.

Iniler kali pertama aku keluar berjalan kenduri lepas abis hari berpantang. Ilhan pun nk jumpa nenek dan atuk serta saudara2 dia. Kami sampai sana pun dah dekat pukul 12tghari sebab sesat barat masa on da way ke sana hahaha!! Mana2 lah kami salah masuk jalan T_T. Padahal dah datang beberapa kali dah ke sini.. Sampai2 apalagi terus makan ler, lapor!! :)

Tak perlu tulis panjang2, just tengok saja gambar yg sempat aku amik. Tak cukup tangan sebab aku nak dukung Ilhan lagi, nak pantau lagi Qaireen dan Umar bermain huhuhu takut rosak pelamin orang..

Pelamin dah jadi tempat budak2 main termasuk Qaireen 


Cantik juga pelamin dia..

Qairen dan umar jumpa sepupu2 diorg, Afiq dan Adam. 

Kalau korang tengok budak2 ni makan gula2 dalam straw panjang!! Pelik sungguh, macam tali brek basikal jer T_T, 
dah ler kena gigit atau picit utk keluarkan makan gula tu. Sakit betoi jari aku nak picit keluarkan gula2 sebab Umar malas nak picit. Tau nak makan jer..

Ilhan dengan mak long...

Kalau kenduri kahwin memang heaven ler untuk Umar sebab dapat makan candy dan sweet byk2, confirm ada candy booth kat luar. Sekejap2 keluar nak amik candy dan coklat. Confirm aritu kandungan gula u'olls akan naik ler T_T

Hah pengantin dah sampai, bulat mata qaireen dengar bunyi kompang!!

Kompang dipalu, pengantin baru....

Ada pertunjukan pencak silat pulak, dahsyat betoi persembahan diorang. sampai pengantin perempuan melatah bila dengar diorg bertempik, bertempur dpn diorang :)

Renjis2 dipilis...

Fuh berpeluh pengantin menunggu bila lah nk makan :p

Time kenduri lah nak kumpul jumpa mak2 sedara dengan cousin masing2 sibuk tak jumpa2 dari kenduri umah mak ngah bulan mac aritu.

My cousin, Aisyah dan 4 org anak dara dia... 

Barisan opah dengan cucu masing2. Ilhan dan lokman (baju biru) lahir sama tarikh 22hb Oktober... 
Sofea lahir 23hb, lewat sehari dari diorang. Dekat2 je kan hehehe. 

Selesai je majlis dalam pukul 4 ptg, kami pun bertolak balik. Lagipun Ilhan dah kepenatan pasal tak tidur lena masa kenduri. Dalam kete semua anak tidur kepenatan. Selesai dah satu majlis. Minggu depan kenduri kahwin kat perak pulak. Nanti lah aku update lg.. 

Sunday, August 11, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013

Rasanya belum terlewat saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013. MAAF ZAHIR DAN BATIN. Kepada semua pembaca blog ini dan juga pelanggan2 saya. 

Kemeriahan raya tetap dirasai dengan adanya kunjung mengunjung daripada saudara mara. Raya pertama tahun kami beraya di perak. dan raya ketiga baru balik ke Seremban.

Raya semalam (raya keempat), keluarga sebelah mak berkumpul di rumah Mak Dak di Mantin untuk berhari raya. Jadi memang tradisi berkumpul di sini semua keluarga mak sejak arwah atuk dan wan tiada.



Jurufoto tengah sibuk ambil gambar :)
.

Menyiapkan makanan untuk makan tengahari. 

Adik beradik perempuan mak, cuma mak teh saja takde. Yang lelaki ada tiga orang tapi tak dapat hadir.

Ambil gambar ahli keluarga lelaki.


Ambil gambar beramai2, semua anak, saudara, cucu dan cicit, lol.

Lepas tu, keluarga mak ngah berangkat ke Sendayan nak beraya rumah sepupu dia dan rumah kami sekali. Kebetulan hari tu final badminton kejohanan piala dunia. Lin Dan vs Chong Wei.

semua khusyuk tengok final badmintoon.

Macam parti Tupperware pulak, semua orang terpegun kot tengok barang kat rumah banyak benor tupperware. lol


Qaireen dan Umar 
sempat bermain dengan sepupu dan saudara yang datang. 

Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...