Showing posts with label rumah baru. Show all posts
Showing posts with label rumah baru. Show all posts

Tuesday, January 18, 2022

Cari Barangan Elektrik untuk Rumah Baru.

       Sesudah selesai dapat kunci rumah dan buat check defect, kami terus call Anuwar untuk buat sedikit renovation, pasang jeriji dan buat kabinet dapur. Memang aku dan husband akan pilih si Anuwar ni sebab dia buat kerja memang laju! Janji masuk duit, kerja akan jalan hm konsep dia macam tu. Rumah kami yang sebelum2 ni memang kami guna khidmat dia je di sekitar Seremban. 

Tengah ukur untuk buat kabinet dapur. 

Hah baiya, kira-kira. Berapa ler kos nak terbang buat itu ini huhuhu!!

Cuma leceh sikit lah nak buat kerja ni, sebab apartment kan. Banyak juga prosedur dia, aku kena daftar nama dan pekerja kontraktor untuk access masuk. Lepas tu kena bayar deposit dan sewa bayar roro dengan pihak pengurusan. Dan leceh jugalah bagi Anuwar ni nanti angkut barang-barang dia bawa naik guna lif. Kalau rumah landed jer kan senang, boleh jer parking depang rumah, hah campak2 jer batu dan simen depan dan belakang rumah nak buat kerja kan!!

Nak pasang jeriji dan tinted pun kena ikut spesifikasi daripada pihak pengurusan. Mesti seragam. Tak boleh corak lain-lain. Adoii leceh noh!!

Ok, lepas tu kita cari barang-barang elektrik. Cari kat Thye Hin sahaja. Sebenarnya aku cari barang untuk kegunaan rumah sendiri hehehe sebab aku nak switch barang elektrik kat rumah tu ke rumah kat Safira ni. Macam mesin basuh dan peti ais kat rumah kami masih ok, tapi mungkin sebab anak-anak dah membesar, jadi kapisiti tu pun perlulah dibesarkan lagi huhuhu. 

Sebenarnya dah lama aim nak cari mesin basuh front loader, tapi harga dia memang letupan!!
Ni untuk basuh jer, bukan termasuk dryer. Sebab kami masih mampu lagi nak sidai dan jemur baju kat ampaian hahaha!! 

Aku pernah cerita pasal beli mesin basuh baru kat rumah kami beberapa tahun lepas. Jadi mesin basuh ni kami angkut bawa ke rumah di Safira ni. 



Kau tengoklah 10kg sahaja, lepas tu tak boleh basuh cadar berat2 atau toto. Lecehlah pulak hmmm. 
Beli mahal-mahal lepas tu tak fully swing nak basuh macam - macam tu. Lepas ada setting suhu pulak. Nak air suam ker atau air panas, wou!! 

Ni lah mesin basuh pilihan kami akhirnya. Harga diskaun sempena Tahun Baru Cina ni. Besar dowh! 
Ish. Risau pulak muat ke tak nak letak kat dapur ni nanti. 

Akhirnya pilih beli juga mesin basuh top loader. 14kg. Jenama Panasonic. Kapasiti hampir dua kali ganda dari mesin basuh lama kami hehehe!! Tapi puas hati kan, boleh basuh cadar berat ker toto dalam tu . Tak kuasa beli mahal tapi pakai sekadar basuh pakaian saja. 


Harga asal dia sebelum diskaun. Oklah, harapan kau lepas basuh nanti pakaian atau kain tu akan bau wangiiiiii. 


Besar bin dia, boleh basuh kain yang tebal2 dan berat kan. 
Ini pun kalau tak husband aku nak amik 20kg punya! Aku terkejut giler, nak basuh budak ke apa dalam tu?!!

Lepas tu cari peti ais pulak. 

Peti ais kat rumah kami husband beli di Sarawak masa aku dapat posting ke sana tahun 2008. Sampai sekarang masih ok, sangat bertahan yelah dari Sarawak pindah ke Semenanjung bawa naik kapal. Jadi oklah peti ais tu dari kahwin sampai anak dah tiga, masih berfungsi dengan baik. Jenama panasonic juga. 

Bagus freezer dia, kosong dan lapang! Untuk ais dia asingkan bekas tu, tak build in sekali dalam part ni. 

Inilah puncanya, sebab aku nak tukar semata-mata nak freezer dia di bahagian atas. Sebab peti ais lama freezer dia kat bawah. Ya dah makin tua2 ni tak larat nak bongkok tunduk selongkar freezer kat bawah tu hah! Lepas tu peti ais lama takde lampu kat bawah tu, jadi gelap tak nampak. Meraba-raba cari ikan ker daging alahai. . . 

Ni bahagian comparment bawah, rasa biasa je sama standard macam peti ais lain. Aku tak amik saiz besar-besar pun sebab tak suka nak simpan stok banyak-banyak. Nak isi penuh2.

Peti ais ni kadang-kadang boleh tukar jadi stor untuk simpan makanan yang tak makan lama-lama dia pun expired!! Jadi beli je barang yang perlu untuk makan dan masak dua tiga hari jer. Habis, pergi beli lagi kat kedai. Jadi jangan malas ya. 


Beli microwave jenama Sharp, harga dia RM250. Kapasiti 20 liter. Oklah. 

Lepas tu cari hob dan hood. Aku cari jenama Milux. Kira brand yang sama masa beli untuk rumah di Sendayan. 

Harga dia tu harga combo, sekali pakej hod dan bob. Oklah, murah kan. 

Kipas siling pulak jenama panasonic dan KDK dah abis!!
Aku cari dua cawangan TYT, dua2 memang takde. Kena lepas cuti Tahun Baru Cina katanya. Adoi kecewanya. 

Tak boleh nak tunggu sebab nanti Anuwar nak kena pasang sekali dengan lampu. Jadi amiklah jenama mana yang ok dan ada. 

Morgan pun ok kot. . .Kipas untuk bilik tidur sahaja. 

Ok selesai beli dan bayar. Lepas tu bawa balik, nasib baik muat masuk dalam kereta. 

Peti ais dan mesin basuh nanti diorang akan hantar sebab aku nak minggu depan bukan sekarang. Aku tak sempat nak kemas-kemas lagi. Lepas aku cerita pulak pasal pembelian perabot untuk rumah baru pulak, ok bai...




























 

Sunday, November 1, 2020

Key Handover Beliza Tiara Sendayan

Lama tak update walaupun dah dekat 2 bulan terima kunci rumah ni. Masa booking rumah lagi seminggu ada tiga hari sebelum Pilihan Raya Umum 2018. Tup-tup dah siap rupanya. Memang tak follow up langsung progress rumah ni. Adalah lalu beberapa kali depan Tiara tapi bukan boleh masuk ke dalam pun. 

So 27 August 2020 Matrix call, aku kena hadir ke D'tempat Club untuk ambil kunci rumah Beliza. Kebetulan hari tu cuti sebab sambutan Maal Hijrah- 1 Muharram 1442 jadi kami boleh hadir ke sini. Kira sambutan maal hijrah tahun ni ada peristiwa besar kami dapat satu hutang baru hahaha. 


Dalam 20 minit, setelah beri IC dan isi borang semua, akhirnya dapat dah kunci rumah. Jadi admin minta datang ke Tiara Sendayan untuk check rumah. Staf mereka ada di sana untuk sama2 membantu check sekali. 

Sebelum pergi ke Tiara Sendayan, kami sarapan dulu. Makanan disediakan oleh pihak Matrix. Macam biasa dapat sekaki payung Matrix bagi. Dulu pun dapat payung juga tapi tertinggal kat Klinik Kesihatan huhuhu. 

Ilhan ikut sekali, akak dan abang dia tinggal. Malas nak ikut time2 PKPP ni. Nanti dah settle amik kunci baru balik amik diorang pergi sama2 check rumah baru. 


Staf Matrix dah ada depan rumah, jadi dia terangkan semua speksifikasi yang ada dalam di dalam unit rumah sama detail dalam SPA.

Ruang dapur dan bilik bawah. Ok. Comey. 

Keluasan dia ok. 

Point lampu dan kipas. 


Bahagian belakang rumah. Memang tak ingat macam mana design rumah ni. Sebab aku rasa macam binaan abis ke belakang, rupanya ada baki 5 kaki. Nampak gaya kena tambah porch bahagian belakang ni. 

Dari pandangan bilik utama. 

Rumah kami ni tinggi jadi ada binaan tangga kat belakang. Tapi suka sebab orang lalu lalang jalan belakang tak nampak di dalam dapur tu. 

Design binaan rumah2 baru Matrix semua buat porch sampai habis ke depan. Baguslah tak payah nak tambah duit nak buat porch lagi macam rumah kami. Porch pun separuh je. Kena tambah lagi bagi penuh. 

Depan lantai konkrit imprint. Nice. 

Bagi aku secara pandangan kasar,  rumah Matrix kali ini lebih kemas dan ok. Yela banding dengan rumah kami dulu, rasa ni lagi kemas dan teliti. So lepas ni nak check defect pulak. Kena selesaikan segera sebab musin Covid 19 dan PKPP ni rasa akan buat banyak perkara delay juga nanti. 


Monday, July 14, 2014

Berpindah ke rumah Baru..

Lama tak update blog, aku sibuk kemas rumah. Sebenarnya kami dah pindah ke rumah baru sehari sebelum puasa bermula iaitu pada 28 Jun 2014. Gambar tak sempat ambil, sebab memang kelam kabut, lori janji nak datang petang. Alih2 tukar waktu pagi sebab kebetulan diorang dalam perjalanan balik dari kerja dan lalu kat situ. Kami dah janji pada orang yang buka, servis dan pasang aircond dan pasang astro waktu pagi. Jadi ketiga-tiga datang serentak waktu pagi warghhhh, kelam kelibut kami dibuatnya..

Nasib baik mak dan ayah datang rumah awal semalam. Mak dan ayah standby kat rumah baru. Kami tunggu settle barang2 kat rumah sewa. Barang kami tak banyak pun. Sejak berpindah dari Kuching ke sini, takde beli apa2 barang atau perabot. Kotak2 barang pindah dari kompeni shipping pun masih lagi tak dibuka sampai sekarang.. Tunggu masuk rumah baru baru bukak dan susun elok2.


Lori pun 3 tan, sekali trip ambil dah cukup sebenarnya. Tapi sebab brother tu nak charge lebih juga dia buat dua trip, bayaran RM350 termasuk upah dua pekerja mengangkut barang. Sejam dah selesai, angkut dan susun sebab rumah baru besebelahan taman jek... Angkut barang2, kemas dan susun sedikit demi sedikit, seminggu tu semua kotak dah clear!! Hahaha, dulu duduk rumah single storey macam sempit jek sebab satu bilik jadi stor untuk kotak2. Ni bila masuk rumah baru, double storey punyalah terasa lapang. Bilik Umar dan bilik bawah kosong! Bilik Qaireeen baru pasang katil dan almari lama. Hall atas pun kosong! Hall bawah sekadar kabinet tv, sofa dan meja makan. Lapangnya rumah aku wahkakaka...

Petang tu pula, kabinet wet kitchen dah sampai untuk dipasang. Sebab lusa dan nak puasa, jadi kena pasang cepat2 dapur dan hood. Nanti aku nak guna jerang air panas, goreng ke masak apa2 yang patut untuk makan.







 Untuk dry kitchen pun orang Poh Seng dah pasang awal, tapi pintu almari, sinki dan granit dua minggu pula baru pasang sebab nak ukur dan potong lepas pasang kabinet.



Macam tu jela kabinet dapur, kena tunggu dua minggu untuk pasang pintu dan granit untuk table top.

Lepas pasang katil dan tilam, Qaireen pun tak sabar nak decorate bilik dia. Tau2 aku masuk je bilik dia, yarabbi bila masalah dia naik tampal huruf2 ni. Semua alphabet bersusun memanjang kat dindidng dia!! Berterabur susunan huruf, lols. Suka harilah nak oii, janji dia happy.




Kali ni nak tampal sticker, ayah dia pun tolong juga tampal susun elok2 sticker kat dinding bilik dia.  Tak nak jadi berterabur pulak.



Hah dah siap!! baru nampak kemas sikit. Ngeh ngeh ngeh..


Sunday, June 29, 2014

Perihal cat rumah..

Alhamdulilah, lepas siap semua renovation ada sedikit bajet untuk cat rumah. Sebenarnya ini permintaan dari anak-anak. Tetiba je diorang request warna untuk bilik masing-masing, gulp!

Asal pergi tengok rumah baru je Qaireen dan Umar tanya bila nak cat bilik diorang. Umar nak colour blue! Qaireen nak colour pink! Adoooi... Bila cuti sekolah, budak-budak ni balik Johor  tinggal dengan tok dan wan diorang. Asal aku call je tanya khabar, mesti diorang tanya bilik Umar dah cat ibu? Qaireen pun sama, siap mengigau jerit nak colour pink, colour pink! Hahaha! Serius lawak betoiiii.

Aku dan husband tanya kontraktor Ah Kong kalau cat rumah upah berapa, dia mintak RM2000! Belum lagi harga beli cat!! Adoi!! Dan kata dia cat anggaran dalam 18 tong sebab kena cat dua kali untuk semua bahagian dalam rumah. Warghhhh!!! Pesan Ah Kong - lu tak payah banyak2 warna, tu nanti lu ada sikit2 baki cat banyak terbuang. Tak kan nak simpan. Sayang maaa!! (OK, that good advice!)
 
 Kita pun start survey kedai2 hardware sekitar Port Dickson dan Seremban 2. Code harga, sampai banyak katalog jenis cat kitorang kumpul. Kansai, Jotun, Nippon, Par dan macam2 lah. Buntu juga nak pilih warna cat. Ayah aku suruh guna ICI Dulux gulp. Cat mahal tu... Ayah pesan nak cat bagitau nanti dia datang tolong cat. Pakar cat sudah mai lah hehehe


Lagi seminggu nak pindah kami decide beli cat di Seremban 2, dan cat sendiri. Tak upah orang, lagi jimat. Beli cat untuk hall bawah, master bedroom, bilik Umar dan Qaireen serta dry kitchen. Cat ICI Dulux. Beli 5 tong 5 liter termasuk aksesori berus semua total hangus 600++.



Dah bila siap beli, aku whatassap ayah, CAT DAH BELI!! Malam tu tup-tup, ayah dan mak datang dari Johor, excited nak mengecat rumah kami. So besok operasi cat bermula, ayah ajar step by step macamna nak bancuh cat air dan cara mengecat. Kami mulakan cat bilik master bedroom.


Warna pilihan ialah light purple, supaya sejuk sebab bilik menhadap panas petang. 1 tong 5 liter dapat cover semua bilik ni, yang RM72.00 1 tin. Cat malam mula lepas isyak hampir dekat jam 2 pagi. Huhu tak sedar beb, perkena kopi lagi. Tapi cat waktu siang lagi baik sebab kita boleh nampak kesama rataan cat tersebut. Nak bilas cat kat dinding, takut terlebih pakai tak cukup pulak aiiii...

Warna light purple, ayah cat dengan cermat.
P/s: Nasib ada ayah - pakar cat import dari Johor tu hahaha.

Feature wall kami pilih warna Dark purple (Nostalgic) atau maroon. Yang ini kami amik 1 liter=RM22.00, itu pun dah cukup cover 1 dinding.

Kemudian besok kami cat hall bawah pulak,  warna pilihan ialah light blue dan turquoise. Yang ini cat type easy clean, jadi harga mahal sikit setong 5 liter RM120.00. Light blue dalam 10 liter-cover hall bawah dan bilik Umar. Ada baki lagi suku. Feature wall warba blue turquoise, 1 tong = 5 liter memang cukup untuk cover hall bawah dan bilik Umar sekali. Ada berbaki setengah tin. InshaAllah tambah satu tin 5 liter cukup untuk cat hall atas for next project.

Light blue untuk hall bawah. 

Feature wall untuk hall bawah aku amik warna Blue turqouise. Dah siap cat, baru drill pasang kayu untuk langsir.

Kemudian seterusnya bilik Qaireen dan Umar. Wah Qaireen excited bila bilik dia nak cat colour pink. Sebab kami cat bilik Umar dulu memandangkan tin cat dah dibuka, terus cat bilik Umar lepas abis cat hall bawah. Jadi dia bising, bila kami nak cat bilik dia warna kesukaannya.

 Actually bilik Umar kami gunakan cat yang sama kat hall bawah, memandangkan lebihan cat yang ada. Strategi jimatkan belanja ialah gunakan warna yang sama pada dua tempat yang boleh dicat bergantung kapasiti cat tersebut. Tapi kena kira keluasan tempat itu juga. Alhamdulilah, ada berbaki setengah tong lagi. Yang ini kami akan tambah 5 liter lagi untuk kerja mengecat hall atas (for next project), lols.


Tu dia warna pink (Pink Symphony)! Suka Qaireen.

Gambar bilik dah siap cat. Feature wall sama macam bilik master bedroom, Nostalgic atau dark purple. Memang masuk warna ni dengan pink. 


Kemudian barulah malam tu kami cat dapur kering pulak. Cat pilihan ialah hijaooo. Sebab wet kitchen tiles, Ah Kong guna tiles warna hijaooo. Seragam terus. Tong 5 liter, ada berbaki setengah tong.


Ok wet kitchen fully tiles cuma ada sedikit hanya belakang sahaja perlu dicat. Jadi bakinya kami akan guna cat di bilik bawah. Mungkin kena beli tambah lagi 5 liter untuk cover seluruh bilik bawah. Apa-apa pun, fuh penat doh! Penangan cat rumah, lenguh tangan. Dua hari, siang dan malam-mengecat saja!! Tak ingat makan dan tidur, aku siap telan panadol lagi. Cukuplah, asalkan dapat jimat. Lagipun puas hati bila cat rumah sendiri.

Ok kiranya sekarang aku dan husband dah jadi pakar mengecat kan - krik krik krik....





Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...