Showing posts with label saman. Show all posts
Showing posts with label saman. Show all posts

Thursday, April 10, 2014

Renovation Rumah 1

Dapat pilih kontraktor untuk renovate dan sebut harga dah dipersetujui. Sudah dua minggu berlalu jadi adalah perubahan sedikit demi sedikit pada rumah. Minggu pertama, kontraktor dah bukak cermin dan pintu sliding door kat bilik bawah dan atas. Kemudian pekerja dia dah start ikat bata.


Cermin dan pintu gelangsar dah dibuka.


Ruang dinding bilik bawah dah jadi kosong bila semua cermin dan sliding door dah bukak. Jadi korang bayangkan ler berapa banyak kami nak pasang gril sepanjang kawasan bercermin tu. Dah macam penjara jadinya nanti. 


Jadi solution dia buakak semua cermin dan naik je bata. Pasang tingkap dua pintu untuk pencahayaan dan pengudaraan.


Minggu kedua bahagian belakang dapur dah mula naik bata juga. Ikutkan sebenarnya aku dan suami mula-mula plan nak pasang grill saja. Tapi tukar fikiran, terus tutup semua. Lagi jimat rupanya dari pasang grill.

Asalnya belakang rumah adalah seperti di atas. Kira dah ada asas bata dan dinding.



Kami tutup semua dan buat dua pintu dan tingkap. Kira belakang ni dah jadi wet kitchen dan tempat mesin basuh sekali.

Frame pintu dah pasang, kontraktor Ah Kong bagi free dua pintu nyatoh kat kami. Hm dia pun sudah untung banyak dapat projek sekitar BSS ni. 

Mulanya kami nak buat ikut prosedur, tapi Ah Kong memang lambat. Nak design pastu dapatkan kelulusan dari Majlis PErbandaran Nilai. Aku ingat nak balik BP nanti nak mintak kawan ayah tolong lukiskan plan rumah. Tup! Tup! petang kelmarin dah dapat surat saman dari MPN hahaha. Satu untuk owner rumah, satu lagi untuk kontraktor. Baru jer terfikir, dah dapat.  Tapi cepat-cepat kami bayar di MPN, jauhnyer. Kalau kat Seremban dekat sikit. Sebab BSS dah termasuk dalam kawasan MPN. Dapat diskaun dari RM500 jadi RM200 sahaja.



Dan bila balik rumah sewa, tengok ada majalah City Explorer sampai. Rutin tiap2 bulan diorang hantar sekitar Seremban. Aku tengok sekali lalu jer cover depan. Poh Seng ID jadi cover tu..  (kami ambil dia untuk design kabinet dapur). Lepas makan malam, capai majalah tengok. Tapi bila zoom tengok betul2 hah terkejut mak... Aku duk tenung berapa kali. Betul ker??

Kitchen cabinet Tritonix!!

Design kabinet dapur kami boleh pulak dia published dulu dalam majalah tu. Pulak!! Sabor jelah. Dah tiga kali datang ubah dan bincang design akhirnya dah setuju design dan kaler mcm tu. Eh tak sangka dia boleh keluarkan dulu published tanpa kebenaran aku grrrrr.

Tapi takpe lah. Harap design dapur yg tak seberapa boleh jadi inspirasi atau idea org lain. Mana tau kan...hmm

Dan terbaru tentang perkembangan renovation rumah ni boleh klik di sini.



Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...