Showing posts with label solid food. Show all posts
Showing posts with label solid food. Show all posts

Tuesday, May 17, 2016

Simpan baby food dalam Storage Cups.

Dah nak masuk tujuh bulan Ilhan, jadi dia dah mula makan solid food. Aku guna storage bag tapi guna untuk pakai buang jer. Ada aku citer kat sini.

http://www.hasnyjalil.com/2016/04/buat-puri-untuk-baby-ilhan.html

Akhirnya survey dalam LAZADA,  aku beli Baby Food Storage Cups. Harga dia 1 set RM18.50. Jadi aku beli 2 set. Nak simpan stok baby food banyak sikit. Sebab nak buat baby food ni banyak kerja sikit. Nak masak bubur nasi sampai betul2 lembut. Lepas tu nak kukus buah dan sayuran sampai lembut. Nak lenyek dan kisar semua bagi halus. Ilhan kalau ada tekstur kasar sikit, nanti makan sikit2 nak muntah T_T. Makan pun main2....

Beli di Lazada memang mudah tapi masalahnya bila penghantaran barang. Rumah confirm tak de orang, jadi kena guna alamat office. Tapi sejak awal tahun pengarah aku warning jangan guna alamat office untuk penghantaran barang keh keh keh. Last2 kena amik sendiri di syarikat courier.  

Yeah!! Dapat dah dua set storage cups ni, suka suka suka!!

Storage dia macam ice cube cuma besar sikit, isipadu dia boleh isi 2 oz. 

Boleh buat terus 2 minggu dan simpan di bahagian beku. Ada perasa oren, carrot, keledek, kurma dan brokoli. 

Dah siap boleh simpan dalam tempat beku. Nanti besok nak bagi taska kena keluarkan 2 bekas dan letak di bahagian sejuk fridge. Semoga Ilhan senang dan kenyang makan makanan baby ni. 





Monday, April 25, 2016

Buat puri untuk baby Ilhan.

Dah genap 6 bulan, maka bermulalah pengenalan solid food untuk baby Ilhan. Ilhan sebelum ni hanya minum susu badan sepenuhnya. Alhamdulilah. Susu sentiasa mencukupi. Jadi aku prepare nak bagi solid food ni awal seminggu lagi pada Ilhan. Sikit2 aku suapkan bagi dia rasa. Mula2 dia cebik hehehe lepas tu dia luahkan balik. Sebab tak pandai telan. Lama kelamaan Ilhan dah pandai hisap dan telan. 

Our lovely Ilhan...:)


Teruja nak bagi makan, jadi kena betul2 sediakan puri ni supaya benar2 lembut dan hancur. Jadi aku baca di dalam blog Namee Roslan , cara dia sediakan baby food untuk anak dia memang bagus. 


Antara bahan2 nak dibuat puri baby. Aku guna lobak merah, keledek, kurma, brokoli, epal dan pisang. 

Kukus semua bahan beberapa minit supaya lembut. 

Epal dan labu senang dikisar sebab tekstur dia lembut. Aku guna Turbo Chopper Tupperware :)))


Kalau buah atau sayur yang banyak serat susah sikit nak hancur. Jadi kena guna penapis kasar untuk lenyek2 bagi hancur. Jadi senang baby nak telan. 

Simpan dalam baby food storage bag. Yang ni pakai buang tapi boleh guna untuk terus dipanaskan dalam warmer dan lebih hygiene. 


Beg buatan korea. Agaknya ibu2 Korea pakai bag storage je kot sebab tu nama dia Mother-K ahaha..


Ok dah siap isi2 kan dalam beg tu dapatlah dalam 14 beg. Cukup stok untuk 2 minggu. Simpan dalam tempat beku. Besok nak bagi baru keluarkan sepeket malam tu sebelum bagi kat taska. 


Bon appetite Ilhan !! 



Saturday, April 23, 2016

Ilhan 6 months

Dah masuk 6 bulan Ilhan Wafiq. Maknanya dah boleh start makan solid food. Selama 6 bulan ni dia menyusu badan sepenuhnya, Alhamdulilah.

Baru lepas makan, burpp. Lepas makan baru mandi, comot!!

Buat puri epal, lobak, keledek dan brokoli. Nanti campur makan nestum dan susu.

Tidur kekenyangan.

Dah pandai berpusing2 bila meniarap.

Pandai bergambor ahaha.





Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...