Sunday, December 21, 2014

Cari pokok bunga Di Nilai Landscape

Hari Sabtu lepas bangun pagi,  aku buat sarapan mee hoon goreng. Anak2 dah bangun, mandi, makan dan minum, terus kitorang bergerak ke Nilai dalam pukul 10 lebih . Hah tujuan nak ke sana sebab nak cari dan beli anak pokok dan pasu bunga. Tempatnya Nilai Landscape Sdn. Bhd. Lokasi terletak betul2 di belakang pasaraya Giant Nilai.


Nilai Landscape Sdn. Bhd.

Aku pun surf tempat ni daripada internet. Website http://nlandscape.com.my/.  Diorang ada jual anak pokok, baja, pasu secara online. Boleh dihantar dengan bayaran tambahan mengikut jarak lokasi. Macam aku kalau ke Bandar Seri Sendayan ialah RM50.00. Huh, tak payah baik aku pergi amik sendiri, bukan jauh mana pun.... Kalau jadi member diorang bagi diskaun 20% dari harga asal. Jadi ahli bayaran RM10 sekali seumur hidup. 

Pintu masuk dia,
Sebenarnya minggu lepas kami datang tapi dah tutup pulak sebab dah petang sangat.. Pukul 5 dia dah tutup rupanya!

Macam masuk taman bunga Firdausi. 

Budak yang paling teruja tengok pokok bunga, Umar Shafiy!

Pokok2 yang kat luar ni semua pokok yang nak cahaya matahari banyak, jadi kena jemur lah.
Ada yang besar sebesarnya, ada yang anak pokok kecil sahaja. Jadi harga murah, kena pandai jaga dan baja. Baru dia membesar dengan baik. 

Waouu Japanese rose!!

Menarik juga pokok bunga ungu ni, namanya aku pon tak tau...
Masa kami datang ni, anak2 pokok banyak tak de, sebab ramai orang dah amik dan beli. Jadi diorang kena semai balik. 

Pokok2 yang perlu cahaya sedikit, diorang letak kat dalam bangunan kedai diorang. 

Baja dan benih sayuran pun ada. Boleh dapat diskaun 20% jika jadi ahli 

Pasu Baba, ini pun ada harga untuk member. 

Kira oklah harga dia, memang berpatutan. Sebab kalau anak pokok bunga macam melur, harga RM3.50 sepokok. Lepas diskaun RM2.80 sepokok. Memang murah. Lagi satu, harga stepping stone dia murah juga. Sebab kat Seremban aku tanya harga sekeping (1"x1") RM12.00. Tapi kat Nilai Landscape dia jual RM10. Lepas diskaun ahli jadi RM8.00 satu tuuuu....


Bestnyer kalau dapat buat taman macam ni.
Credit to http://www.diynetwork.com/

Hmmm berangan tu percuma... hm berangan lah aku nak buat stepping stone camni jugak kat laman rumah nanti hohoho :P



Hasil tangkapan hari tu... 
Aku bajet RM50 sebulan jek untuk beli anak2 pokok ke baja. Nanti dah ok, besar elok, baru beli tambah lagi. Sebab nanti ralat pulak, dah beli pokoknya tak nak hidup. 



Wednesday, December 17, 2014

Kita Dalam Golongan MANA??

Terdapat 3 golongan utama manusia di dalam dunia ini....

Pertama

sebahagian orang membuat sesuatu itu terjadi!


Kedua 

sebahagian orang yang melihat sesuatu itu terjadi!

Ketiga

sebahagian orang yang hanya tunggu dan lihat apa yang akan terjadi!





Jadi anda tergolong dalam golongan yang mana??
Pertama?
Kedua??
Ketiga???




Aku ni kan teringin nak makan strawberi atau blueberry pie. Jadi aku tengah fikir sama ada aku kena pergi cari bahan2 dan masak ker atau just pergi je beli pie kat kedai di luar sana. Sebab dah 2 bulan teringin tapi tak makan2 juga hahahaha!!

Sudahnya bila tengok ayat atas tu, memang tak makan lah pie sampai bila2!! 

OOoo Hasny, please make it happened lor!! ;|


Au revoir......:)


Sunday, December 14, 2014

Making Bento Tupperware Class

Hari Sabtu lepas, aku pergi meeting director tupperware team Mega Aces. Meeting start 11 pagi. Kemudian rest dan sambung Making Bento class pukul 2.00 petang. Syok pulak buat bento ni. Bento ni berasal dari perkataan jepun. Hidangan untuk bekalan ni mesti lengkap dengan karbo, protien, sayur dan buah. Jadi setiap team perlu sediakan lengkap 4 sumber ni dalam  hidangan satu bekal. Kami gunakan Lolly Tup Tupperware yg hot promosi bulan disember ini.

Bento class from Tupperware Malaysia. Kita gunakan Lolly Tup. 



Preparing the ingredients. Nasi dan roti untuk sumber karbo. Telur rebus untuk sumber protien. Sebab ini untuk penyediaan makanan sihat kami gunakan kaedah stim daripada mengoreng.


Group aku terdiri Kak Min dan Kak Lela hehehe. Kemain lagi..

Antara ingredients yang ada. Kita ada roti gandum, lobak merah, timun jepun, oren, epal, chess, sosej dan macam2 lagi.

Winney bagi penerangan tentang sesi penyediaan bento. 

Our SED, Kim sedang agihkan kumpulan untuk buat dan prepare bento bersama2.

So, lepas bagi penerangan apalagi masing2 tunjukkan kretiviti membuat bento. 

Hebat tak! kumpulan kami mendahului dulu. Siap dah. Licin kemas je kan. Yelah baki2 tu sumbat masuk dalam mulut kitorang. Tak de membazir, lols!
Buat bento sekejap jer sebab ada pakar dan master chef dalam group ni, Kak Min hahaha!

Ni group kami punya kretiviti.
 Kata Kak Min ini bekal untuk orang pergi menoreh. 
Atau nak bawa pergi bendang bahahaha! Banyak giler. 

Another group, Cristmas Session theme. Cute!

Wah, kretif nyer group amoi2 ni hehe.


Dah siap susun semua hidangan bento. Wah memang menariksss kan!!


Ok, untuk Lolly Tup (2 biji) harga 1 set ialah RM34.00
Untuk Large Square (4 biji)  harga ialah RM64.00

PM saya "BENTO"
untuk beli dan pos. 

Hasny 
012 759 7929
013 603 6630

PROMOSI SEHINGGA 31 DEC 2014 
ATAU SEMENTARA STOK MASIH ADA!





Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...