Monday, June 8, 2015

Komisyen Affiliate Sweet Muslimah


Pagi2 Ahad lepas aku terima email dari admin SweetMuslimah.com berkenaan komisyen yang diterima hasil pembelian daripada affiliate di blog aku ini.

Makluman ada komisyen diterima bila pembelian di affiliate di blog kita.

Alhamdulilah. Rasa teruja juga. Sebab jadi blogger sekurang2nya dapat juga income sampingan wei... Tak guna modal pape pun... Cuma affiliate SweetMuslimah.com ni tak kumpul komisyen. Asal ada pembelian dari blog, dia akan terus masukkan ke dalam akaun bank kita pada 1 hingga 7 haribulan. Kalau nuffnang, selagi kita tak usik dan biarkan akaun ianya akan berkumpul sampai satu tahap kita mohon baru dia keluarkan. 


Email dari admin bagitau duit dah transfer masuk dalam akaun kita :)


Baju-baju yang dijual memang selesa, cantik siap jaminan untuk pulangan duit atau produk andai kata saiz yang dibeli tidak sesuai untuk dengan korang. Memang superb. 


 Jubah dan blous ada dijual 


00
Untuk kanak2 pun ada, comel2 dan warna yang ceria.


U'olls kalau nak jenguk2 tengok produk sedia ada boleh ke laman website SweetMuslimah untuk shopping secara online. Happy shopping!! :)


MESYUARAT AGUNG Persatuan Penduduk Nusari Aman 2, Ttitonix

Mesyuarat tahunan ini dah beberapa kali ditunda atas sebab2 masalah untuk mengumpulkan semua penduduk di dalam Tritonix Residents ni. Teringat mula2 aku sekeluarga pindah disini, kiranya kami adalah antara keluarga yang mula2 juga yang masuk duduk di sini. Hehehe tak buang masa, lepas siap renovate je terus pindah masuk dah....

Banyak lagi penghuni yang lain belum masuk ke rumah mereka walaupun dah lebih setahun kunci diserahkan. Kebanyakkannya masih lagi menetap di KL dan bekerja di sana. Kadang2 ada juga owner sekali sekala datang jenguk rumah meraka. 

Kain rentang dah dipasang selama 2 bulan di jalan masuk taman perumahan. 

Sehari sebelum Mesyuarat Agung, khemah dah dipasang. Khemah disewa daripada Kampung Jimah. 

Pagi2 tu dah datang pasang, siap wiring pasang lampu dan kipas. Malam tu ada perjumpaan sekejap dengan AJK2 untuk pembentangan agenda mesyuarat. Husband pergi buat ramai2. Siap bancuh kopi dan makan kuih lagi hehehe. Pukul 2 pagi baru abis sembang2. 

Pagi tu pendaftaran bermula jam 9.00 pagi. Setiap owner atau penyewa diberikan reben untuk diikat di pergelangan tangan bagi wakil setiap isi rumah. Jadi sebarang undi hanya dikira pada tangan yang diikat dengan reben. 

Pengerusi memulakan majlis dan barisan AJK2 persatuan Tritonix. 

Proses mengundikan calon2 AJK baru. 

Majoriti jawatan dikekalkan pada orang yang sama hehehe. Bukan senang nak pikul tanggungjawab, jadi yang AJK sedia ada ni memang betul2 komited dan ok. Tiada masalah untuk dikekalkan :)

Sesi soal jawab, penduduk menyuarakan pendapat masing2. 

Rata2 ingin menukarkan syarikat kawalan keselamatan kerana pengurusan yang agak lemah. Terdapat masalah kominukasi antara guard dan penduduk-guard warga asing tak reti cakap Melayu dan Inggeris. Aiyooo kena guna bahasa isyarat pulok!! Guard tak tegas, kena gertak orang luar sikit terus bagi masuk. 

Lepas tu asyik bertukar2 jek. Kadang2 AJK dah ajar apa yang patut guard buat, bila dah pandai tup-tup berapa minggu tukar pulak orang baru!! PAstu guard yang dihantar ada yang tak rehat, bekerja 3 shift berturut2. Haiisshh... memang kena tukar pengurusan syarikat baru jawabnya..

Hopefully lepas ni akan sentiasa berterusan semnagat kejiranan dalam Tritonix, Nusari Aman 2 ni. Aku memang suka kejiranan ini, mesra, aman, berbilang kaum dan selamat. Lepas mesyuarat, ada makan2 sikit. Kitaorang buat potluck. Banyak juga makanan, tak sempat aku nak amik gambar. Sebuk layan anak2 makan hehehe. 





Sunday, June 7, 2015

Cuti Sekolah vs Short Sem.

Kira dan masuk hampir seminggu sekolah bercuti. Qaireen dan Umar pun dah seminggu ikut aku dan ayah dia masuk opis. Puncanya budak2 ni tak pergi ke rumah pengasuh mereka. Nak abiskan masa main dan duduk di opis kami ni.


Kerja hari2 ialah tengok PC dan laptop. Pastu berlari bekejaran dalam opis, adoi... mujur giliran aku mengajar untuk short sem dah abis..

nak wat camna layan jelah wei..., lagipun mungkin ni masanya diorang dapat abiskan masa dengan ibu dan ayah. Kekadang terpaksa bagi amaran jangan berlari meloncat2. Opis kami ni bawahnya bilik bos. Confirm bos boleh terdengar nanti bunyi tapak berlari2. Nanti dia ingat staf2 dia main kejar2 apa ker kat atas ni huhuhu.



Saja jer dia duduk terbaring melintang atas meja aku nak main PC bahaha.

Kekadang bagi jugalah main hp, bila dah abis kertas2 diconteng dengan marker. Termasuk meja dan kerusi T_T


Qaireen sibuk tengok kartun Dora The Explorer kat laptop ayah dia. Sambil2 tu ayah dia sibuk marking paper dan key in dalam sistem.

So ni citer minggu lepas, minggu ni baru nak duduk kat pengasuh. Tapi tak lama, insahAllah aku pun nak amik cuti balik kampung time cuti sekolah ni.. 
nak mintak tolong member ayah tukar cermin kereta. 

Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...