Tuesday, March 26, 2019

KIsah Beli kereta kedua || Part 2

Jadi bermulalah misi mencari kereta kedua. Sebenarnya aku dah test drive kereta proton persona tahun lepas. Ok jugak lah kete tu sesuai untuk family car. Dan harga dia pun mampu milik. Sebab dalam 60k ++. Tapi tak tau lah lepas balik test drive tu, krik krik krik... senyap pulak aku tak pikir kete lagi lepas tu hahahaha. Agaknya dah puas kot bawa uji kete baru :P

Lama lepas tu dekat setahun baru tergerak nak cari kete lagi... uihhh lamanya peram. 
Mula2 cari kat Batu Pahat. Dah cuba kete baru Innova, Altis. Lepas tu test pulak kete terpakai. Nissan pun ada try. Pusing2 merata cari dan pandu uji. Lepas tu penat tak payah ler cerita. Pening juga kepala nak cari kete terpakai ni huhuhu. Banyakler kertas kira2 bawak balik rumah, ejen kete dah tolong kirakan. 


Toyota Altis tahun 2015, masih baru tapi macam bumper tak ori. Mungkin ada orang hentam dari belakang tu ngeh ngeh ngeh.. 

Yang Altis tahun 2013, tapi enjin power 2.0V tu!!


Kereta baru, lagi besar installment dia... 
Yang ni memang tak mampu huhuhu. Rasa2 installment lebih RM1k tak payah lah nak tenung lama2 


Tapi paling banyak kat kedai used car ni kereta Honda yek. Kedai promote suruh ambil Honda Civic atau Accord. Tapi aku tak minat pulak jenama H ni. Rasa banyak sangat dah atas jalan raya Malaysia Ewah ewah... 

Jadi tak jumpa kat johor, balik ke Seremban. Lepas tu kan pencarian di sekitar Selangor dan KL pulak!!!
Haa ni antara sebahagian business card kami collect sepanjang pencarian kereta kedua ni... 

Bersambung...... 

Sunday, March 24, 2019

KIsah Beli kereta kedua



Lama aku pakai avanza ni since tahun 2007. Dari bujang, dah kahwin sekarang anak dah tiga orang. Yang sulung dah darjah 4. Kira inilah satu2 nyer kereta kami pakai untuk pergi kerja, ke sekolah, berjalan2 dan shopping barang.

Qaireen nak drive avanza ker?? hehehe
Budak kecik ni dah darjah 4 dah tahun ni. 

Bila usia kete dah masuk 12 tahun, banyak part yang asas perlu diganti contoh macam bush, lower arm. Tapi enjin masih tip top. Masih ok, dan pemanduan pun jadi soft dan lancar. Tak pernah ada masalah besar sepanjang pakai kete hijau ni. Memang aku hanya servis di toyota servis dari awal sampai sekarang.

Mula2 gatal2 juga usha tengok kat showroom Toyota tu. Ada Altis, Innova, C-HR, Harrier. Tapi harga dia amboi semuanya RM100k ke atas. Huhuhu. kalau kira-kira kita bayar seribu lebih untuk installment sebulan.

Bukan apa, kalau bayar installment dah seribu lebih, mana lagi duit nak allocate untuk maintenance, service, insurans dan roadtax. Semua tu juga kena fikir woooo. Jadi aku target nak cari kete tak lebih dari 70k sahaja harga body dia. tu tak termasuk charges2 yang lain.


Bersambung....


Wednesday, February 13, 2019

Happy birthday Qaireen 10 years

Kira lambat update sebab kami sambut hari jadi pada 31 hb Januari 2019. Jadi harijadi share dengan ibu confirm meriah ler sikit. Beberapa kali celebrate daaaa... jangan jeles kui kui kui...

Kek harijadi Qaireen dan ibu.

Yang paling excited sebenarnya Ilhan sebab favorite dia makan kek. 

Bila budak tak makan kek kena potong kek ahahaha !!

Lepas tu celebrate kat KFC pulak. Amik set bufet. 

KFC memang favorite semua anak kecil. Ibu ayah biasanya takde mengidam nak makan ayam pun, semata2 nak bagi anak seronok nak makan ayam. 

Terutama Ilhan bersungguh makan ayam, potato dan cheezy wedges. 

Ayah pun ikut ecxited makan. 

Itu celebrate kat rumah sendiri, Sendayan.

Balik Batu Pahat, sambut sekali kat sana. Makan besar pulak macam sambut Tahun Baru Cina pulak. 

Makan kat kedai tomyam, tapi udang galah dia perghhh besar betui.. 
Ayah booking dah order dulu petang tu, kalau tak maunyer menunggu sejam nak makan. 

Ikan siakap masak tiga rasa, sweet sour dan stim. 

Uwan layan cucu dia makan. 
Pasai Qaireen baru pulih dari deman viral, dia request nak makan bubur ayam dulu. Lepas tu baru berselera makan nasi dengan siakap sweet sour. 

Tu dia!! Selepas sejam hah!. Ni pinggan aku ler tu hehehe. Dahsyat tak ngeh ngeh ngeh,
Alhamdulilah kenyang... 




Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...