Tuesday, May 7, 2013

Keep moving on!

 

 
Hari ini dah masuk ke empat selepas keputusan PRU13 diumumkan. Jadi dah tau lah barisan kepimpinan negara. Keputusan yang membuat perasaan orang bercampur baur. Kalau di tempat saya, Batu Pahat, wakil Parlimen Barisan Nasional Dato' Puad Zarkashi beberapa penggal telah tewas pada Keadilan. Mantan Menteri Besar Johor Bahru, Abd Ghani Othman pun tewas pada DAP.
 
Kenapa kalah, tentu ada sebabnya. Mereka yang tinggal di kawasan bandar atau berasal di situ dah tentu tahu siapa yang layak untuk dipilih. Saya sendiri pun tak terkejut dengan keputusan tersebut tetapi mengakui apa yang berlaku seperti satu 'miracle'! Johor mempunyai talian sentimental dengan kepimpinan BN atau lebih kepada UMNO. Sebab ayah saya kata kebanyakkan orang Johor kalau direndam dalam kolam, air kolam pun boleh tukar warna biru.
 
Jadi rakyat dah memilih, oleh itu yang menang jangan riak dan kalah jangan sedih. Jalankan amanah sebaiknya untuk berkhidmat kepada rakyat. Malaysia peace!
 
 
 
 

Sunday, May 5, 2013

Makan roti nan

Sementara nak tunggu keputusan undi malam ni saya amik keputusan keluar cari roti nan dgn husband.

Kami pergi ke bandar Batu Pahat. Restorant Nikmat yang terletak Jalan Syahbandar. Terkejut jugak sebab diorang dah start operasi di bangunan baru. Dulu mula-mula operasi diorang berniaga ada rumah papan jek. Last2 dek kerana pelanggan bertambah ramai buatlah satu bangunan kedai di depan kawasan tu.



Tapi masa nak menunggu bangunan tu siap sepenuhnya diorang beroperasi di celah2 bangunan tu. So betapa padat dan sesak lah jugak tambah2 lagi kalau hari cuti




Baguslah dah start berniaga kedai baru. Selesa sikit. Jadi dapur diorang letak kat luar. Tempat kedai hanya kerusi meja makan je. Macam biasa orang ramai betul! Menunggu jela jawabnya.



Kami order roti nan, ayam tandoori dan bungkus bubur nasi untuk budak2 kat umah.
Kalau nak makan cepat nasihat saya tak payah lah datang sini sebab waktu menunggu kadang-kadang 20 minit lebih-lebih lagi waktu puncak. 







Jemput makan...



Saturday, May 4, 2013

Selamat Mengundi

Alhamdulilah. Hari ini 5 Mei 2013 hari mengundi PRU13 Malaysia.

Saya telah melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Pagi2 ni bangun dan bersiap ke Sekolah Agama Muafakat, Parit Salam, Johor.

Kami satu family didaftar untuk mengundi di sana.


















Parti apa saya undi? Of course party Tupperware. Lol.

kita tggu keputusan malaam nanti

Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...