Thursday, August 21, 2014

Jumaat ini-Hari berkabung 1 Malaysia #MH17

HAri ini aku berpakaian jubah hitam dan husband kemeja gelap untuk pergi kerja. Sebagai tanda berkabung sempena peristiwa MH17.

Dah thumb print kat opis, aku sarapan dengan husband kat kedai Pak Salleh. Bila nak bayar, orang kedai kata ada orang dah bayar, perempuan. Dia dah bayarkan untuk semua yang makan kat kedai Pak Salleh pagi tu.

Terkejut kami, aku pun perasan wanita tu duduk seorang sahaja sarapan kat pintu masuk kedai.  Alhamdulilah, semoga wanita yang naik kereta Volkswagen Polo Golf berwarna biru itu dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah. Mengambil berkat hari Jumaat.


Kat opis takde tv, aku ikuti majlis istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 secara streaming kat Handphone Galaxy note aku. Sayu dan sebak, semoga mangsa terkorban mendapat pembelaan sewajarnya.

Takziah kepada keluarga mangsa. Al Fatihah. 


Wednesday, August 20, 2014

Doa selamat dan Rumah Terbuka Aidilfitri 2014


Alhamdulilah dekat dua minggu selesai majlis doa selamat masuk rumah baru, merangkap sekali padarumah terbuka di rumah kami di Bandar Seri Sendayan pada 9 Ogos 2014 lepas. Aku dan husband dah plan ni sama-sama dengan mak untuk buat majlis ni sebelum bulan puasa lagi.

Bateri kereta Hardy problem malam tu tak dapat start kat KL,
 mujurlah ada Kancil sampai juga mereka di BSS.

Asalnya mak nak raikan persaraan mak dengan adik beradik mak di Batu Pahat, Johor. Tapi memandangkan lokasi agak jauh untuk family adik beradik mak datang dari Banting ke sana, tukar je lokasi kat rumah baru kami. Alhamdulilah rumah siap sebelum ramadhan jadi impian mak tercapai nak buat majlis ni.

Jadi tempahan khemah dan makanan tengahari aku dan husband uruskan. Makan tengahari sabtu tu makan nasi putih dan lauk kampung - ikan keli goreng berlado, sambal belacan, ikan masin, sayur kubis masak lemak dan ulam2. Hardy pula sponsor sate Haji Samuri. Yang tu kami tempah saja kat cawangan Senawang dalam 800 cucuk, dekat sikit nak ambil nanti. Sebagai tambahan kami akan masak nasi himpit dan rendang daging sebanyak 5kg.

Sate Kajang Hj Samuri cawangan Senawang

Dan Jumaat aku dan husband siap ambil cuti lagi hah, yela nak memborong punya pasal! First time ke pasar besar Seremban beli barang beb. Penuh tangan, jenuh angkut barang kat pasar. Dan malam tu, keluarga sebelah mak -Mak Teh, Cik Wa, Mak Long, Mak Lang dan Mak Usu pun sampai berkampung beramai2 tidur kat rumah kami. Dan malam tu aktiviti ialah buat  BBQ dengan family mak.

Otak-otak kempas, mak bawa dari Johor.

Mak bawak 200 keping otak2 Kempas untuk dibakar malam tu. Aku pula dah tempah 5kg daging kambing (yang diperap BBQ) kat Senawang. Mak Teh akan bawa sup tulang (memang sedap betul, Powerr!!) dengan salad kentang. Mak Long bawak pulut kuning dan kari daging.  Pergh macam2 makanan ada, husband, ayah dan pak2 sedara yang lain setup bara api untuk bakar daging kambing dan otak2.



Sesi bakar- membakar. Antaranya otak2


Dan bakar daging kambing BBQ


Alhamdulilah, rezeki.
Mak2 saudara aku menunjukkan kehebatan masakan hasil air tangan diorang malam tu hahaha.
Macam2 ada, aku pun tak tau nak makan yang mana satu.

Berkampung kat luar untuk buat BBQ


Mak dan Mak Teh serta anak-anak bersembang sambil menikmati otak2 dan daging kambing bakar. 

Sesi makan2 malam tu.
 Budak2 lain dah berkeliaran main kat playground sebelah rumah. Last2 dekat pukul 11 mlm, memang tak elok berembun. Mak Wah jerit "Balik oii, masuk rumah. 
Hantu kak limah pun pandai balik rumah!!!".Wahkakaka..



Kat dapur pula , hah Mak Lang tengah mempamerkan kepakaran selama bertahun2 sebgai tukang masak hotel- memasak rendang daging. 5kg daging, fuh nasib baik kuali Tupperware aku cukup2 muat hehehe. Memang rendang superb!!! Sambil tu aku pula tunjuk kehebatan dengan merebus nasi himpit jek, hohoho!

Haha Cik Wa sempat melawak lagi kat dapur.

Besok pagi, pukul 11 pagi kami mulakan dengan bacaan doa selamat dengan saudara mara dan jiran2 yang ada. Lepas tu makan tengahari, katerer hantar makanan pukul 10.30 pagi seperti yang kami mintak. 

Lepas tu aku tak sempat nak snap pape gambar, sibuk sana sini. Mujur Mak wah ada amik gambar pakai tab dia.

Desert. Kek dan muffin air tangan Chef Cik Wa. (credit untuk Cik Wah sempat snap gambar pakai tab dia) :)
Mak Wah memang pandai buat kek dan biskut. Dari kami kecil lagi kalau ada harijadi anak sedara dia akan buat. memang marvellous!! 


Rakan2 sekerja di poli yang hadir memeriahkan majlis. 




Kemudian sesi amik gambar beramai2 dengan semua keluarga mak -anak, cucu dan cicit Allahyarham Hj Aman Shah dan Hajah Mariam Bok.


Sebahagian ahli keluarga yang sempat ambil gambar. 


Mak cakap kat aku malam tu dia memang happy2 sangat sebab dapat kumpul beramai2 dengan semua keluarga adik beradik dia. Alhamdulilah, lepas ni kalau ada rezeki lagi bolehlah kita berkumpul lagi yek, amin...


Wednesday, August 13, 2014

Buat slip cover dan sarung sofa baru

Sofa ni aku beli since aku mula pindah ke Sarawak, tahun 2008.. Masa tu rumah sewa kosong, aku dan husband duduk atas tikar Sarawak je hehe. Bila perut makin memboyot (pregnant anak pertama) aku tak dapat nak duduk lama2 nanti kaki kebas haha tak dapat bangun. Sakit belakang beb. Bila aku duduk atas kerusi meja solek, husband aku risau takut kerusi comel tu pecah, ceh!

Sofa ni beli kat kedai Sim Thye, Kuching. Sofa 3+2+1 anggaran dalam 3k. Tapi masa tu kami beli sekali kerusi meja makan dan almari dapur, bila bayar cash dapat ler diskaun banyak itu pun dah habis2an menawar dengan tauke kedai. Dan sofa nilah anak2 aku buat henyak, lompat2 kalau tengok tv. Melantun2 bila diorang melompat sambil tengok tv, haiiiih.

Lompat2, Qaireen dan Umar suka benor melompat dan menari atas sofa ni.
Gambar throwback Februari 2012. 
Time ni last week at Kuching sebelum kami pindah balik ke semenanjung. 

Bila dah pindah sini, sarung ni memang dah faded, lusuh dan reput. Ada juga sarung yang dah tetas dan koyak. Sofa masih ok, jadi kami cadang ganti saja slip cover dan sarung baru. Jimat kos sikit. Tak payah nak tukar2 sofa baru. So aku pun search dalam internet dapat lah no pereka slip cover, En Zaidi ni.


Kitorang pergi cari kedai dia di Jalan Kapar, Klang. Kira nak pastikan betul ke kedai ada ke tak. Jadi lepas dah sesat patah balik jalan sama akhirnya jumpa juga kedai En Zaidi. Bagi alamat, nanti dia datang ukur sofa kat rumah. Pilih fabrik sarung kusyen dulu. Malam minggu dia datang ukur, Ooo rupa-rupanya ada cara nak ukur. En Zaidi ni bekas pelajar IKBN, (baru aku tau ada juga kursus buat sofa kat situ). Dia pun cakap lepas abis belajar dia sorang je yang buat business ni. Yang lain prefer kerja makan gaji.Lepas ukur dia estimate harga dengan upah jahit, hantar dan jenis fabrik dalam RM1400. Kami bayar deposit 400 dulu.


Dekat 3 bulan dijanjikan akhirnya seminggu sebelum raya, dia datang untuk pasang. Masa ni kami dah pindah masuk rumah baru. Lambat juga dia datang dekat pukul 11 malam, sebab highway PLUS jem kat seremban ada accident kat situ. Pasang siap bawa kompressor lagi.

Slip cover lama ditanggalkan.

Anak2 tak nak tido, excited nak tgk orang pasang sarung sofa baru. Umar tutup telinga sbb bunyi kompressor kuat.

Besok, kami pula isi fiber baru dalam kusyen. Kusyen dah tak best sbb fiber dah tak kenyal lagi, jadi tenggelam. Kami suruh Zaidi belikan. 1kg dalam rm15. Zaidi kata kena tambah dalam 6kg. Mak aii.. banyak juga, tapi kami keluarkan dulu fiber lama dan lerai2kan semula sebab dah bergumpal2 maklumlah dah lama dipakai. 

6 kilo fiber, satu kilo rm15. 
Yang ni untuk ditambahkan supaya kusyen sofa jadi padat semula hokey


Sesi sumbat menyumbat fiber fiber dalam sarung kusyen. Yang lama, keluarkan dulu. Masukkan dlam besen dan lerai2kan semula sebelum sumbat balik dalam sarung kusyen.

Jahit balik tempat fiber yang sudah disumbat2kan dalam sarung kusyen. Buat sendiri jek.

Tada! slip cover sofa baru.
Fiber pun tambah lagi, dah siap pasang! Nampak molek sikit kan.

Umar sempat lena atas sofa sarung baru sebelum pergi sekolah, lols. 
Dah jadi empuk yek umar. Lepas boleh lompat2 lagi dengan Qaireen, harap tak bobos sofanyer hmmmm :)


No contact En Zaidi -Hiasan Naluri

011 27180498


Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...