Sunday, November 9, 2014

Pokok orkid mak

Wah!! Makin menjadi2 pokok orkid mak. Dekat sebulan lebih aku balik tengok kat rumah mak oenuh orkid berbunga2. Wow!!


Bunga tak berhenti2 mak kata. 



Tanam dalam pasu jek. Mak cakap sepatutnya tanam kat tanah. Lagi hidup. 

Dahlia pun cantik. Huhu nak tanam sendiri aku rasa macam tak hidup je nanti. 

Tak pelah boleh cuba tanam nanti. Tapi kena kursus dulu dgn mak hahaha. 

Mee Bandung Muar

Hari sabtu kami bertolak balik ikut highway PLUS dari Seremban ke Batu Pahat dalam dua belas tengahari. Masa dlm perjalanan anak2 tidur. Jadi tak berhenti makan kat mana2. Sampailah kami kat Tangkak baru anak terjaga dan husband ajak perkena mee bandung Muar. Jadi kami keluar di exit Bukit gambir, Sungai Mati, untuk menghala ke arah Tanjung Agas Muar

Kedai tu terletak di deretan bangunan kedai yang  sebelah kanan di Tanjung Agas,Muar. Lokasi terletak selepas Sek.Men.Sains Muar dan stesyen minyak Shell. Nampak je signboard atas ni belok ke kanan. 

Ini dia kedai Mee Bandung Muar




Mee bandung yang asli dari Muar.

Selain mee bandung ada juga hidangan lain macam soto,lontong dan goreng2...

Soto ni untuk anak2 aku makan. 

Ok akauntan kirakan berapa bajet makan ni yek hehehe.

Hidangan makanan semuanya adalah RM4.50. Tapi bagi minuman agak mahal juga. Semua charge Rm2.00 ke atas. 

Jadi korang boleh berkunjung untuk merasa mee bandung asli Muar. Dia ada jual pes dia. Rm6 sekotak. Untuk makan 4 orang. 

Kedai Murtabak Singapura.

Dekat deretan kedai tu ada satu kedai Murtabak Singapore. Dulu kami kecil2 bila ayah dapat gaji kadang2 ayah bawa kami makan kat kedai ni. Memang sedap murtabak ni dulu. Sekarang tak tau lah. InshaAllah ada rezeki boleh try lagi bila datang sini. Nanti aku boleh share kat blog ni.














Thursday, November 6, 2014

Tanam pokok lagi

Hari rabu pagi sempat aku dan husband ke pasar tani untuk beli bberapa pokok untuk tanam kat laman rumah. Antaranya pokok pinang (Umar dan Qaireen kata pokok zombie!), pokok limau dan beberapa pokok hiasan.
Murah kalau beli masa pokok ni kecik2. Tapi kena rajin lah jaga dan baja.

Dah tanam pokok pinang yang beli sebelum ni. 

Pokok mangga madu dan delima pun dah tanam sebaris..kecik je anak poko. Kena sabar nak tggu dia besar. Umar pun tanya mana buah dia hehe kecik lagi tggu setahun dua. 

Pokok melur dgn mawar. Belum masukkan lagi dalam pasu. Pokok limau aku tukar dalam polibeg yang besar sikit. 

Anak pokok kemboja dah membesar setelah dialihkan dalam pasu yang besar. 

Pokok kemboja yang ayah bagi ni dah berbuah. Bolehlah semai benih banyakkan lagi pokok ni. Husband kata boleh jual 1 anak pokok RM5 ni hahaha iyolah tu!!


Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...