Monday, December 15, 2025

Majlis Anugerah Insan Terbilang _Ilhan Wafiq

Sabtu lepas, 13hb Disember 2025 sekolah Ilhan Wafiq ada buat majlis Anugerah Insan Terbilang. Dan Ilhan Wafiq terpilih untuk menerima dua anugerah tersebut. Satu anugerah kedudukan terbaik dalam kelas, dia dapat nombor dua. Dan satu anugerah lagi ialah anugerah Sifar ponteng. 


Dua kalilah Ilhan naik pentas untuk ambil anugerah. 




Dan dah tentu dia paksa kami datang walaupun hari Sabtu huhuhu. Sebab ada VIP jemputan jadi sokolah buat majlis bukan hari persekolahan pulak. Cuma rasa lega sebab Ilhan boleh perform dan catch up walaupun masuk sekolah baru. Masa awal tahun ni banyak juga dia punya drama, nak balik sekolah lama dia kat PD... tak best lah, tak seronok lah. Kawan2 kelas sini teruk lah, suka membuli.. adoiii. Pening ibu nak layan. 

Aku pesan jer, kalau nak cikgu nampak kewujudan kita, rajin-rajinlah belajar dan jadi yang terbaik. Once cikgu dah nampak kewujudan kita- dari segi kepandaian dan kebaikan dan kesopanan, pelajar lain tidak berani usik dan ganggu kita sebab kita sentiasa dalam pemerhatian cikgu. Percayalah cakap ibu dan ayah. 

Amboi kembang hidung dia hehehe, suka lah tu dapat naik pentas dan amik hadiah.
 
Tahniah Ilhan Wafiq, semoga terus cemerlang dan dipermudahkan urusan pembelajaran kamu. Happy2 selalu, jangan risau sangat kawan2 tu, inshaAllah kamu akan jumpa orang yang baik2 jika kita orang yang baik. Amin. 



Sunday, October 12, 2025

Rezeki Naik Pangkat.

Alhamdulilah segala puji pada Allah segala syukur kepada Nya kerana memberikan aku peluang meningkatkan lagi kemajuan hidup diri ini. 

Aku temuduga validasi pada 1 Jun 2024. Dan keputusan dia keluar pada 9 Jun 2025. Setahun juga menunggu, sampai dah rasa malas nak tunggu hahaha!! Bila ada pengumuman dari Ketua Pengarah JPPKK, kami kena check dalam keputusan di website Esis, sehari selepas cuti sambutan awal Muharam. 

Alhamdulilah. 

Dalam website esis, rasa pelik gambar muda sebab diambil tahun 2005 - time aku nak sambung belajar kat UTHM. Masa lapor diri ke Politeknik Kuching, aku cuma ada softcopy gambar tu jer. Bila admin minta salinan gambar pasport, aku bagi jela yang tu. Sampai sekarang gambar kekal tak ubah2 walhal ada jer gambar staf diambil untuk buat kad. Tapi memang setiap kali bukak esis, ko memang  akan CRINGE sebab tengok gambar sendiri tu errkkk!!

Masa keputusan keluar,  aku dah berpindah dan mula berkhidmat di Politeknik Nilai mula Januari 2025. Jadi keputusan penempatan baru tu korang boleh agaklah jawapan dia. Nak ke mana lagi kan?? Kekal lah kat Politeknik Nilai. Hehehehe. Padahal hati ni nak cuba tukar angin ke Kolej Komuniti. 

Daripada bermula 2002 di Politeknik Kulim (Tunku Sultanah Bahiyah), Kedah sebagai DG 6 . Kemudian bertukar perkhidmatan di Politeknik Kuching Sarawak dari DH29 (Sistem SSM) aku naik kepada DH42. Tahun 2012 berpindah Politeknik Port Dickson,  kemudian naik dari DH 42 kepada DH 44. Akhirnya tahun ni rezeki naik ke DH48 tapi aku dah pindah ke politeknik Nilai pula sebelum keputusan keluar. 

Cuma bila sistem Perkhidmatan dah bertukar kepada SSPA, DH48 tukar jadi DH12 pulak. Aku pun tak biasa nak sebut atau tulis gred baru ni hmmm. Untuk masa depan, aku tak tahu lah nak gerak ke mana lepas ni atau nak cuba lagi naik pangkat? Sebab letih juga nak buat fail kecemerlangan. 

Jenuh wei, dah empat kali buat fail yang bertimbun, dan kau nak menghadap validasi panel lagi. Dash saturated, mungkin??

Apa2 pun syukur sangat2 atas segala pengalaman dan pencapaian yang aku hadap sepanjang menjadi penjawat awam ni. Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah. 



Wednesday, July 30, 2025

Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast hotel sekali penginapan sebab tak payah buang masa merayau nak cari port makan pagi2. Kita nak fuel up bagi tenaga untuk sambung aktiviti seterusnya. 

Menu sarapan di hotel memang sama jer di mana-mana hotel dalam Malaysia ni.

So hari kedua agenda seterusnya adalah ke Underwater World Langkawi. Sebelum masuk, kita jejalan di kat pantai Chenang ya. Saja ambil gambar sebab Underwater world belum bukak lagi ya kui kui. Pagi benor ko datang....

Kita ambil gambar santai kat pantai jer. Nak buat aktiviti pantai malas nak main air laut. 


Santai-santai pak. . .

Apasal muka nak senyum paksa jer hahaha



Suruh dia senyum, boleh buat muka cringe pulak 




Satu keluarga dah jejak kaki di Langkawi ya. 


Dekat 30 minit duduk kat pantai ni baru kita masuk ke Under water World pulak. Dah bukak dah jam 9.00 pagi. 

Tahun 2013. Tempat yang sama dalam Underwater World Langkawi. 

Ni tahun 2025, tempat ni memang tak berubah banyak, 
Tak berapa sejuk, mungkin sebab ramai pengunjung pagi tu. Dan ikan dia pun tak banyak macam dulu. 

Banyak fosil, kalau kat belakang rumah mesti ingat kulit kerang mak buang lepas makan ye tak!

Stylo betul penguin ni!
 rambut ala2 reggea style Bob Marley pulak aku tengok. Jalan tergedik2, comey...

Pusing-pusing dalam ni lebih kurang sejam lebih juga. Ada pertunjukkan penguin tapi aku share dalam Instagram sahaja. Selesai je aktiviti di sini kita ke Laksa Ikan Seekor kat Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. 

Laksa biasa, laksa ikan seekor dan laksa sarang burung. 
Rasa dia - biasa je nyah!
Kalau aku sekali makan ok, tak perlu repeat dah. 

Ilhan macam biasa memang peminat laksa, jadi makan mesti habis punya. 
Qaireen dan Umar makan kiew tiew goreng jer. 

Lepas makan2, kita nak ke Ayer Hangat Village Langkawi. Tapi tempat ni ditutup atas sebab-sebab kerja pengubahsuaian yang dilakukan. Jadi kita terus ke Kompleks Kraf Langkawi. Kat sana ada pameran dan karnival macam-macam aktiviti disediakan.  
 

Mencanting batik mestilah ada. 

Banyak barang kraftangan yang dijual di sini. 
Cantik dan comel, halus kerja seni dia. 

Banyak lukisan batik dijual kat sini. 

Dalam pukul 4 petang kita bergerak ke next destination iaitu ke MAHA Tower. Menara baru siap dalam beberapa tahun lepas. Dulu kami datang belum ada lagi menara ni. 

Sini tak ramai pengunjung jadi parking kereta pun senang. Kalau ada pun sekadar nak berhenti nak beli kopi Zus. 

Sebab ada Zus Coffee kita lepak dulu minum kopi kat sini. 

Wow Ilhan memang suka betul order Frappe, dah ler harga paling mahal pulak tu hmmm. 
Aku just belikan tiket 3 keping sahaja untuk anak-anak.Jadi budak2 ni jer yang naik ke atas menara tu, ibu dan ayah just tunggu jer kat dalam Zus Coffee.

Memang betul atas ni kosong, tiada orang pun. Masa diorang naik petugas Maha Tower akan ikut sekali temankan diorang. Jadi aku tak risau nak lepaskan diorang naik ke atas sebab ada tour guide. 

Gambar ni pun tour guide yang ambilkan. Umar nampak cuak bila nak pijak lantai kaca tu. Kat situ kita boleh nampak keseluruhan Pekan Kuah dan pantai disekitarnya. 

Selesai je turun jom kita gerak balik ke hotel. Penat pulak rasanya, lepas anak-anak mengadu lapar nak makan dulu. Oklah kita bagi diorang makan kat hotel jelah sebab hotel ada bagi kupon diskaun kalau makan di cafe hotel. 

Kat cafe hotel, anak-anak order makan western. Aku dan husband tak makan, sebab rasa nak makan lagi bihun sup yang kami makan semalam hahaha. 

So lepas makan kami balik dan mandi solat dan rehat. Lepas waktu maghrib aku dan husband keluar makan bihun sup dan beli lah jajan untuk makan kat hotel. Malam tu kita just rest je tak ke mana-mana. Nak pack barang dan beg sebab besok dah nak check out hotel dan ke airport. 

Besok pagi kita sarapan, kemas beg dan check out. Sebelum ke airport kami singgah balik ke kedai TS Duty Free kat Kuah, sini coklat dia memang murah sedikit banding tempat lain. Dan ramai juga pengunjung masa kami masuk kedai ni. 



Ye haa!!
Total yang dibelanjakan semata-mata untuk coklat sahaja pagi tu hmmm. Boleh cirit ni kalau makan coklat banyak2 tu. Tapi kita memang beli dan nak bahagikan coklat kat mak ayah dan rakan opis nanti. 

Dah tengahari kta makan dulu sebelum ke Airport Langkawi. Ada restaurant dekat betul dengan Airport langkawi, nama kedainya. Jom Ikan Bakar Langkawi. Lauk pauk dia memang meriah, banyak pilihan. harga dia pun ok, murah seh. 


Jemput makan. . .

Pukul 2, kita check in luggage sebab balik ni naik Mas Airline. Semua  coklat kami letak je beg dan masuk guna luggage. Harap tak cair hahaha! Memang tak, sebab tak lama pun perjalanan. Ilhan cakap sedih nak tinggalkan Langkawi huhuhu dia happy dan suka sangat dapat bercuti kat sini. Sebelum ni dia cuma tengok gambar dan dengar cerita Umar dan Qaireen jalan2 kat sini masa diorang kecil.  Alhamdulilah selesai percutian kami selama 4 hari dan 3 malam di Pulau Langkawi untuk tahun 2025 ini. 






Majlis Anugerah Insan Terbilang _Ilhan Wafiq

Sabtu lepas, 13hb Disember 2025 sekolah Ilhan Wafiq ada buat majlis Anugerah Insan Terbilang. Dan Ilhan Wafiq terpilih untuk menerima dua an...