Sambung semula dari part 1,
hari kedua, kami pagi-pagi berkumpul depan hotel untuk menuju ke Chu Chi Tunnel. Perjalanan mengambil masa 1 jam setengah. Saya dan husband bersarapan dua biji telur (1 hard boil, 1 half boil hahaha) dan roti jer.
So dalam bas sementara nak tunggu sampai - jauhnyer, kami tertidur dan sedar-sedar dah sampai. Turun bas, Hanafi beli tiket masuk dan tunjuk kami tandas suruh buang ler apa yang patut. Sebab dalam tu tandas tak de, kalau ada pun jauh sikit.
Galeri senjata di hadapan pintu masuk
Masuk je ke dalam memang macam hutan belukar jek. Mula-mula sekali kami jumpa kawah bekas letupan bom yang digugurkan dari Boieng B32. Mak aiii!! Dalam betul! Mesti kuat giler kuasa ledakan dia.
Khemah pertama, kami ditayangkan video tentang sejarah Chu Chi Tunnel ni. Memang dashyat, sebab mereka membina rangkaian terowong dalam tanah. Ada dapur, bilik rawatan, bilik senjata, sistem perudaraan dan bekalan air.
Kompleks sungguh tapi terowong banyak menyumbangkan kemenangan mereka mertempur dengan tentera Amerika. Sampai tahap Amerika tak tahan dengan kelicikan diorang lalu gunakan cara keji meracun kawasan-kawasan yang disyaki dengan Agent Oren.
Perjalanan diteruskan kami dibawa melihat perangkap samar yang dibuat oleh tentera Viet Cong. Tentera Viet Cong mendapat sumbangan senjata dari French tapi banyak kekurangan dan kedaifan. Mereka banyak bergantung pada kemahiran tersendiri.
Berjalan di dalam tu umpama macam menjalani latihan ketenteraan hahaha. Aduh penat giler!! Macam kena kerahan tenaga!
Lepas tu ada padang sasar, pengunjung diberi peluang menembak 10 das peluru hiduo dengan bayaran 350 000 dong. Lebih kurang RM52 gitu lah.so nak lepas gian menembak, nak rasa macamana tentera Viet Cong berperang boleh lah cuba!!
Stesyen seterusnya khemah makan, ada disediakan makanan - ubi rebus dan teh bunga. Kebetulan dah kelaparan, penat jadi kelaparan. Dah ler sarap makan roti dan telur jek huhuhu. Apalagi semua makan sampai licin.
Jadi lepas melawat tunnel ChuChi, balik ke Ho Chi Minh. Kami dibawa makan tengahari.
Jadi makan ler kenyang2. Kari ikan dia memang terbaek!!!!
Depan restaurant adalah masjid, jadi solat jamak di situ sebelum balik semula ke hotel.
Lepas makan, kami menuju ke Muziam Perang di tengah2 Bandar HCM. Di muziam ini, banyak cerita sejarah sepanjang peperangan Vietnam dan Amerika. Banyak gambar peperangan diletakkan di sini, sebab ada wartawan Amerika ikut serta semasa peperangan berlaku.
The War Museum.
Hidup bawah tanah untuk selamat.
Wartawan-wartawan ni ada yang mati semasa bertugas mengambil gambar tersebut. Yela, orang berperang diorang sibuk shot gambar. Kat sini perasaan memang bercampur baur, peperangan adalah satu peristiwa kejam. Saya lihat pelancong asing yg membaca, semua muka khusyuk dan sedih tengok muziam ini. Orang kita, haram. jalan pusing-pusing pastu duduk kat kerusi, muka bosan hmmm.
Sampai hotel, rehat dulu. Ada yang merayau shopping. Malam dalam pukul 7 lepas solat magrib dan jamak, Hanafi bawa kami makan malam di tempat yang sama. Hardy request kari ikan siang tadi tapi dah habis. tinggal kuah jek. Kuah pun kuah ler, dia siap beli roti lagi nak cicah kari kah kah kah!!
Lepas makan, terus ke Hard Rock Ho Chi Minh. dia bagi 1 jam kalau nak shopping atau ambil gambar. Tapi masing-masing dah kepenatan menjalani latihan tentera pagi tadi. Ingat katil kat hotel je nak tido hahaha.
Balik hotel memang tak ingat dah, terus tertido. Sambung besok pagi punya trip.
No comments:
Post a Comment