Wednesday, January 29, 2014

Sudah 99% siap.....



Saya suka dengar lagu ni, menang tempat ketiga kan dalam Anugerah Juara Lagu
2014 baru2 ni. Sebab ada menyentuh sikit dengan hal sendiri :)

Hari-hari saya lalu di sini, memerhatikan projek rumah kami siap sedikit demi sedikit. Saya ada ceritakan progress persiapan rumah dulu di sini.  Dan dua minggu lepas ternyata sudah hampir siap, lebih kurang 99 peratus dan jalan pun sudah siap ditarkan.



Bila jalan dah siap, saya dan husband tergerak hati untuk meninjau di dalam kawasan tersebut (sebelum ini kami hanya melihat dari luar sahaja).  Anak-anak paling seronok dan tak sabar nak masuk ke rumah baru. Saya dan husband lebih memikirkan keadaan rumah yang pastinya perlu menekan-menekan kalkulator- untuk bajet pasang jeriji, pemasangan sedikit kabinet dan pengubahsuaian rumah untuk faktor keselamatan keluarga.

Padang mainan dan riadah bagi komuniti di situ.

Padang futsal di bahagian tengah kawasan lapang perumahan.


Ada satu dua bahagian yang kami kurang berkenan tentang rekabentuk rumah ini. Untuk pengetahuan anda, kami membeli rumah tanpa ada showhouse yang dah siap. Jadi kami hanya berpandukan pada pelan rumah yang diberikan dan juga replika rumah tersebut. Sebab itu pihak pemaju bermurah hati memberikan rebet 15% dari harga jualan (wow sampai sekarang saya tak jumpa lagi offer yang terbaek dari mana-mana pemaju, dan tahun ini 2014 BNM sudah melarang pemaju memberikan rebet yang sedemikian kepada pembeli hartanah).


Void, dan hanya dipagari oleh glasses. Mungkin senang kalau nak bagi barang2 dari atas ke bawah, campakkan je. Lol

Pengubahsuaian rumah pasti melibatkan 'void' di bahagian tengah tingkat satu rumah. Sebelum ini setelah show house siap, saya dan suami pernah ke ibu pejabat pemaju untuk memohon agar ditutup bahagian tersebut.  Tapi pihak pemaju enggan melayan, katanya tarikh permohonan pengubahansuaian pelan dah tamat. Dan kata ejen agak sukar kerana melibatkan CF dan urusan permohonan akan membuat kita turun ke site beberapa kali. Dan saya diberitahu hanya dua unit sahaja berjaya permohonan menutup 'void' tersebut setelah melalui proses yang panjang.


Kiranya waktu ini saya dan suami akan sibuk mencari kontraktor dan menilai quatation harga yang diberikan untuk pengubahsuaian. Yang lain akan kekal seperti biasa. Saya dan suami pun tak ingin berhabis duit untuk mengubah sana sini, sudahnya nanti terbeban 'cash flow' daripada rumah ini yang hanya untuk didiami sendiri. Pemikiran pun sudah berubah sejak hadiri kelas-kelas DSR dan Ababng Abu. Semoga segala urusan ini dipermudahkan Allah. InshaAllah.


Note: Masih ternanti-nanti khabar dari ejen DSR selepas CNY ini. Harapan semoga ada berita baik. InshaAllah. Amin

No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...