Wednesday, January 22, 2014

PROPERTY HUNTER game!

Saya main game ni bulan September 2013, hari minggu. Kami dibuat secara berkumpulan (termasuk husband dan abang sendiri terjebak hahaha) dikendalikan oleh consultant dari DSR di Old Trafford. Untuk memantapkan lagi ilmu selepas berhari-hari menghadiri bengkel yang diseliakan oleh DSR dan anak buah beliau.

 Sesi penerangan dari peguam dalam bab SNP dan perundangan hartanah, Encik Fuad.

 Perkongsian ilmu dari otai subsale property, blogger Abang Ensem (lah sangat hahaha)

Kiranya yang hadir ketika itu dalam 50 orang, Jadi satu kumpulan adalah dalam 10-12 orang. Jadi mainnya macamana yek? Kami dapat 100 soalan!!! Mak aii banyaknya... tapi bila dah bahagikan kepada kumpulan-kumpulan kena jawab dalam 20 soalan.

Senarai soalan yang perlu dicari jawapannya dalam beberapa jam huhuhu.

Sudah tu kena sediakan gambar dan jawapan dalam slaid. Masa bermula jam 9.30 pagi dan game berakhir jam 2.00 ptg. Jadi 2.30 petang akan start present wah wah wah... Lokasi sekitar Puchong, Kinrara, Sunway, Petaling Jaya dan Damansara.

Jadi nak jimatkan masa, bila start je kami terus pecahkan lagi kumpulan kecil. Jadi adalah dua kereta. Satu kereta akan jawab 10 soalan dan bakinya kami satu group pun akan cuba selesaikan. Mula-mula bincang juga macamana nak agihkan soalan, jadi senang kita ikut kawasan. Group kami lebih ke kawsan Puchong dan Bandar Sunway.


Lokasi pertama ialah LAGOON PERDANA apartment, kami menaiki kereta dipandu oleh Kapten Firdauz.
Sesi meninjau2 lokasi dan temuramah berlangsung untuk mendapatkan jawapan tugasan diberikan. Cuma menghairankan macamana 'Awang Gelap' boleh beli unit apartment di sini. Rupanya kata guard "Sini ramai perempuan Melayu kahwin dengan diorang bang!" Wah gadis melayu banyak2 lelaki tempatan kenapa ko pilih Awang Gelap?? Tapi sungguh aku rasa macam bukan kat Malaysia bila duduk kat bahagian luar apartment tu.


Seterusnya ke Resendasi Laguna, kawasan elit pergh!! Masuk jer siap ada tasik buatan dan taman haiwan dalam tu. Sure orang ada-ada jer beli kawasan ni. Nampak jurang betul keadaan penduduk sebelah jalan kanan dan kiri.


Lokasi seterusnya ialah Puchong Hartamas, Sutramas Apartment dan Setia Walk. Pusing2, ambil gambar, tahan dan tanya amoi2 yang lalu lalang kat situ hehehe dan dah penat balik je ke Old Tranfford. Terus siapkan slaid untuk present depan coach-coach, Mr Kye Tye and Mr Yong. Kira lah ROI, pro dan con sesuatu lokasi yang kami pergi. Lepas tu diorang akan komen dan bagi pandanngan tentang jawapan kumpulan kami. Yang aku tahu semua tengok asyik nak tergelak jer...Aduiii kelam kabut sikit, siap buat video rakam hand phone tak sempat nak bagi dalam bentuk slaid hahaha.




Memang bagus juga main game property ni. Kita turun ke lokasi dan lihat keadaan sekelilingnya. Baru check harga dan ROI, pasaran dan kelebihan yang ada di kawasan tersebut. Bukan mudah nak beli hartanah jika tidak kaji betul-betul tentang pasaran, lokasi dan pulangan pelaburan. Jadi sebelum melabur hartanah, sila melabur dulu untuk cari ilmu. Itu yang paling penting.

1 comment:

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...