Tuesday, April 29, 2014

Murahnya rezeki!!

Tak sangka tak sampai dalam seminggu aku dah jual 8 set BVSM aka Bio Velocity Sleep Mate. Laju juga, dan jualan bulan ni dah cecah 11 k. Alhamdulilah, InshaAllah nampaknya boleh capai sasaran untuk tahun ni jadikan husband sebagai Sales Manager (SM). Amin...


Rasa bersyukur sebab jualan2 datang daripada kenalan dan blog. Terima kasih banyak2 kerana menyokong blog aku yang tak seberapa ni. Tapi perniagaan online ni mampu memberikan pendapatan sampingan di samping kerja makan gaji. Aku tetap berpegang teguh pada kerja dan amanah aku selain sekadar mencari sesuap nasi tambahan untuk masa depan keluarga.

Terima kasih banyak2 kepada pelanggan aku yang telah menyokong usuha perniagaan sampingan ni.  Tapi aku berterima kasih banyak2, bersyukur banyak2 kepada Allah kerana membuka pintu rezeki seluas-luasnya. Bila ada orang bertanyakan bagaimana, mestilah jawapannya dengan ILMU dan USAHA. Usaha dan usaha dan usaha. Jangan berputus asa.

Aliran harta umpama air yang mengalir. Selagi air mengalir, selagi itulah ianya bersih dan jernih. Jika ia bertakung, maka ia akan kotor dan berkeladak.


Selain itu, aku ingin tekankan sebagai seorang muslim, zakat dan sedekah jangan sesekali dilupakan. InshaAllah sebanyak mana anda keluarkan, ianya akan datang semula ganjarannya berlipat ganda. Tidak kira di dunia dan akhirat.






No comments:

Post a Comment

Ramadhan 1445 Tahun 2024