Showing posts with label Kuching. Show all posts
Showing posts with label Kuching. Show all posts

Sunday, May 18, 2014

Day 2 in Kuching

13 Mei 2014, Hari Wesak. Oleh sebab takde apa2 aktiviti hari tersebut aku dan husband bawa anak2, Kak Kasma serta anak dia, Azura berjalan sekitar Kuching. Pagi-pagi bangun dan bersiap, kami ke Satok untuk sarapan di tempat favourite kami dulu, Kopi O Corner hehehe. Rupanya kedai dah ada buka branch di Kubah Ria dan Matang Jaya. Tapi kami lebin suka makan di tempat asalnya.


Kami anak beranak makan mee kolok, susah nak cari mee ni kat semenanjung. Kak kasma makan laksa sarawak dan Azura order mee jawa special. Itu adalah menu yang terbaik di Kopi O corner. Hari nak balik semenanjung, Kak Kasma ajak lagi makan me jawa (sedap ler tu) tapi petang memang dah habis.

Selain tu, makanan yang wajib aku order ialah Roti Daging Mayonis Black Pepper. 
Memang sedaaap!!! Memang terasa kepedasan lada hitam sarawak punya. Cubalah jika anda datang ke sini.

Usai je makan, kami bawa Kak Kasma ke Waterfront Kuching untuk beli nuah tangan atau ole2 anak2 dan cucu dia. Tak menang tangan sebab bila ada orang yang tahu kita di Sarawak maka banyak ler yang mengirim lols...


Boleh beli cenderahati yang berbentuk kraftangan macam manik, beg anyaman, key chain, fridge magnet dan kain batik sarawak. 


Kalau dah sampai Kuching, memang wajib ambil gambar kat tugu ni sebagai tandanya dah sampai Kuching. Sebab tu husband berhenti, suruh Kak Kasma dan Azura amik gambar kat sini, lols..


Selesai beli cenderahati dan ole2 di deretan kedai Waterfront Kuching, kami ke seberang sungai Sarawak untuk beli kek lapis sarawak pulak. Ikutkan kalau naik perahu penambang memang dekat untuk seberang sungai. Tapi kak Kasmah tak berani naik perahu hehe. Jadi naik kereta kena pusing jauh sikit ikut jalan raya. 


Mira Cakes House adalah salah salah satu kek lapis popular di sini selain Dayang Salhah. Saja je aku bawa ke dua2 kedai kat situ. Boleh rasa macamna beza dua jenama yg famous kat area Kuching. Tapi rata2 member aku yang Sarawakian memang pandai buat kek lapis sendiri. Yang membeli kebanyakan adalah orang semenanjung sebenarnya. 

Kalau kedai kek lapis Dayang Salhah letaknya di belakang masjid ni.


Macam hari raya jer kan!! 
Makan le kek lapis tu, nak taste rasa dia.  Berwarna-warni.

Dah selesai membeli kek lapis pelbagai, terus balik ke Matang Jaya untuk tengahari. Lepas makan, balim rumah dan ZZzzzz sebab semua dah kepenatan. Pukul 5 petang, aku dan husband bawa anak-anak ke Kampung Kolong. Nak jumpa Mak Me - pengasuh Qaireen masa dia baby lagi sampai lah usia dua tahun lebih. Punyalah terkejut Mak Me dan keluarga tengok kami datang secara mengejut hahaha menjerit2 diorang tengok kami bila turun dari kereta. Dah 2 tahun lebih last time datang rumah diorang.

Mak ME, semoga kalian semua sentiasa sihat-sihat belaka, amin...

Kampung Kolong, kampung mostly orang jawa di sini :)

Dan malam tu kami keluar makan malam di Kubah Ria. Tak sempat snap gambar. Selepas makan, hantar Kak Kasma dan Azura balik homestay untuk diorang berehat. Pastu kami berkunjung ke rumah Cikgu Sapiee dan Kak Dara (pengasuh Qaireen dan Umar sebelum kami berpindah ke semenanjung). Diorang pun rindu banyak kali bagitau nak tengok Umar dan Qaireen. 

Umar boleh melalak pulak bila bangun tidur kat rumah Kak Dara.


Borak punya borak rupanya jam pukul 11 malam. Ish lewat dah, barulah kami balik ke rumah homestay. Fuhhh penat betul berjalan2. Tapi alhamdulilah, tertunai hajat nak melawat dua keluarga ini bila datang ke sini. 



Tuesday, May 13, 2014

Day 1 in Kuching

Actually aku akui huru hara sikit minggu lepas. Asalnya nk ke Kuching pada minggu ketiga tapi tak jadi sebab jadual terlalu pack. Jadi aku booking tiket hari Khamis, 9 Mei untuk flight pergi pada 12 Mei dan balik pada 14 Mei.

Adui. Kerja last minute memang kelam kelibut. Dah book tiket(mujur ada tiket Air Asia dari JB ke Kch). Lepas tu kalut cari penginapan dan kete sewa haha. Aku cari homestay yang ada siap dapur dan mesin basuh. Mujur ada Agoda.com. Rumah homestay aku cari area Matang Jaya sebab aku stay kat situ dulu. Familiar sikit tempat ni.

Kereta sewa ada provide sekali dgn pakej homestay ni. Jadi kira berbaloi dan senang kerja sikit. So RD Guest House Matang Jaya jadi pilihan yang di Taman Sri Perkasa. Rumah teres 3 bilik, 2bilik air. 3 hari 2 malam total RM360. Oklah tu.


Flight dr JB pada pukul 7pg dan mendarat pukul 8.40 pg. Kete sewa tiba jam 9 pagi. Lepas tu husband terus drive menuju ke Matang Jaya. Hehe ingat lagi dia jalan di Kuching ni. Singgah di Choice Supermarket beli barang untuk masak2.

Call homestay masih ada org belum check out lagi. Katanya pukul 12.30 boleh masuk lepas buat housekeeping. So aku dan husband datang ke rumah member yang kebetulan cuti pada hari tersebut. Borak2 sambil siapkan bahan nak masak, pukul 12 kami baru dpt masuk homestay. Itupun cleaner tu kelam kabut cuci dan mop rumah tu.

Dan pukul 1 hingga 4 petang baru aku dapat buat program party dan coaching dengan team Tupperware aku.

Setup water filter.

Dua leader terbaik Mega Aces.Kim dan Kak Kasmah. Love you all ao much hehe


Lepas selesai team kami setuju untuk beli 3 Nano Water filteration dan daftar ahli baru. Kemudian belajar masak guna Wok Tupperchef Inspire. Pergh hah best betul kuali ni!! Jauh Kak Kasma bawa dari Klang haha

Kak Kasmah dan ank dia, Azura bermalam sekali di homestay kami. Senang sikit aku nak bawa ke mana2, sebab ini pun diorang first time datang ke Kuching. Mujur amik keta sewa jenis Saga, luas sikit nak berjalan ke mana2.

Malam tu kitorang tapau je makan kat kedai Ket Kitchen, Mayang Jaya sebab dah keletihan perjalanan datang ke sini. Kim balik ke hotel Grand Magherita sebab dia bawa mak dan ayah sekali dtg Kuching.

So sambung besok untuk berjalan2 di Kuching  memandangkan Hari Wesak pada 13 Mei ini. Aku dan anak2 pun tidur awal sebab penat gila perjalanan dari seremban ke batu pahat. Lepas tu dari Batu Pahat ke Senai pula nak kejar flight. Fuhh letih.



Friday, May 9, 2014

PARTI TUPPERWARE DI KUCHING, SARAWAK

Salam Sejahtera pembaca blog semua,

Minggu depan saya dan team Mega Aces akan terbang ke Kuching untuk bersama-sama mengadakan Parti Tupperware di dua lokasi.

Tarikh : 12 MEI 2014
Lokasi : Taman Yen Yen, Matang Jaya
Jam : 1.00 tengahari.


Tarikh : 14 Mei 2014
Lokasi : Kolej Komuniti Kuching

Jam : 9.00 pagi



JOM WARGA KUCHING!! KITA DATANG BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH SMS ATAU WHATASSAP KAMI!!

HASNY 
012 7597929

FADZLINA 
017 9019153





Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...