Friday, November 14, 2014

Makan gaji dan berniaga...

Hari ni aku terbaca dalam facebook member post tentang perihal cerita seorang bekas pelajar Sijil Politeknik terpaksa menjadi kuli menolak troli di pasaraya bergaji RM800, gara2 dibuang kerja dari company setelah bekerja di situ pada gaji RM1600. Bila aku lihat tarikh post blog tu ialah pada tahun 2009...



So memang tahun 2008-2009 adalah 'musim sejuk' dalam ekonomi Malaysia. Cycle yang sama berulang pada 1997-1998 (tahun itu ramai graduan tak dapat kerja malahan lulusan dari luar negara sekalipun termasuk cousin aku dan abg atau kakak member2 aku yang baru balik belajar over the sea gitew...). Itu yang ditulis perihal ex-student poli, belum kira lagi..pelajar IPT lain

According to Dr Wan Shah Razali, sekarang Malaysia sudah dalam musim luruh-fasa nak masuk musim sejuk. Bab ni aku memang setuju sebab bila aku banding time bekerja 2002 hinggalah tahun ini 2014 jauh beza. Harga minyak, barangan, makanan semua naik, KITA DIHAMBAT INFLASI. Bank Negara pun dah naikkan OPR. . Kuasa pembeli jadi terhad. Harga rumah pun dah tak masuk akal- yang UNDERCON lah, macam 450ft harga dah dekat setengah juta (gila?). 😲😲Jadi maka aku berpesan2 kepada student2 aku di politeknik mereka besar kemungkinan akan menghadapi 'musim sejuk' ketika bergraduasi. Jadi, bersiap sedia terutama yang ada mengambil PTPTN (dah start masuk CCRIS tahun depan).

Aku bagi nasihat dalam kelas - kalau diorang mula malas2 tak belajar terutama dah masuk tahun kedua dan ketiga. Mostly 100% student dalam kelas aku confirm amik PTPTN. Mereka ini dikategorikan golongan FINANCIAL IDIOT (hei bukan aku kata, KC Lau yang labelkan begitu). Sebab orang nak mohon pinjaman pun sekurang2nya mereka mesti ada pendapatan -bukti slip ke penyata gaji atau akaun perniagaan atau company dan apa2 yang sewaktu dengannya.  BARULAH mereka layak memohon pinjaman. Tapi pelajar yang tiada pekerjaan, usia yg muda dah boleh mohon meminjam. Lepas tu kalau anda gagal dalam pengajian, anda tak balik dengan diploma tapi bawa balik HUTANG. Sepatutnya anda bekerja dengan diploma itu untuk bayar hutang semula. Sekarang nak kerja hebat tapi diploma tak dapat. Abis nak bayar apa dengan hutang tu??

Jadi nak tak nak sebagai backup - kita kena tahu berniaga.... tak kira ada kelulusan atau tidak.

Disebabkan masa itu aku diarahkan mengajar ENTREPRENEURSHIP (mak aii hebatnya subjek ini...) aku pun ajarlah apa yang aku tau sikit2 pasal ilmu berniaga yang aku ceburi secara tidak langsung. Bukan berlandaskan buku dan nota, hanya pengalaman aku sahaja. Lagipun aku lulusan kejuruteraan, bukan perniagaan. Subjek ni aku ajar dua minggu memang teori tak boleh jalan, kena buat secara praktikal. Jadi aku berikan modal seorang pelajar sebanyak RM1.00, dalam kelas tu 40 orang jadi total RM40.

So terpulang, "saya berikan seringgit ni sebagai modal permulaan kamu berniaga. Kamu boleh buat sorang2 (milikan tunggal) atau nak JV dengan rakan2 lain. Buat company, join modal bersama. Had paling ramai 5 orang (jadi ada RM5.00 saatu kumpulan)".

Tapi syarat kalau berkumpulan mesti buat CO syarikat. Siapa yang jadi pengurus, pemasaran, bendahari, setiausaha atau apa2 AJK lah.."Hujung semester ni saya nak tengok berapa keuntungan kamu dapat jana dari duit RM1."

Aku tak lepaskan pelajar begitu, setiap 3 minggu ada presentation untuk aku lihat dan pantau dari segi produk, pemasaran dan target pelanggan. Oo mesti orang hairan macamana nak berniaga modal ciput camtu. Student tanya bolehkan mereka mengeluarkan dana sendiri. Aku kata "boleh"... Yela kadang2 kita perlu tambahan dana yang kita minta daripada keluarga sendiri atau pihak luar seperti bank untuk penambahan modal perniagaan. Tapi aku letakkan syarat jika dana luar mesti pulangan sekali ganda dari modal yang ditambah. Aku akan tengok akaun kewangan syarikat mereka. Wah 1 semester nak ajar semua ni, kat pelajar kejuruteraan pulak tu. Minat berniaga, aku pun tak nampak muka2 mereka tu hehe. Muka kelat kena paksa.😴😴

Diorang berniaga apa, jual ler macam2 ikut modal kecik tu jadi buat dadih, aiskrim malaysia, ada yang buat coconut shake. Siap ke selangor nak cari bekalan kelapa muda. Bagus. Jual kat pantai PD. Ada buat home delivery, jual kat area asrama. Aku pun ada order kat student ni, hantar ke opis. Alhamdulilah bila dah hujung2 sem baru nampak semangat mereka nak berjual barang. Tiada lagi istilah malu2. Sebab aku nak report dan bukti gambar. Jika tiada diorang tak lulus.

Memang lucu bila lihat slaid presentation gambar mereka mengira duit jualan untuk tutup akaun sebelum hantar report. Buat seperti kipas dan menciumnya. Hah baru korang tau bukan senang nk menjual. Nak close deal dengan pelanggan. Dan bila aku tanya apa perasaan mereka, memang mencabar tetapi seronok. Pengalaman nak pujuk, merayu orang membeli barang. Ko sanggup merayu tak?😥 Hehe, so boleh praktikkan berniaga lepas ni.

Dan aku dengar ada pelajar yang teruskan masa buat LI dan cuti sem yang panjang. Baguslah kalau dapat kerja makan gaji pun, berniagalah buat sampingan. Asalkan komited buat kedua2nya,apa salahnya. Yang untung kamu juga boleh backup financial di masa depan. Boleh buat untuk belanja kahwin, beli rumah atau tabung pendidikan anak2- takkan nak suruh anak meminjam pulak untuk sambung belajar.

Hmm yang paling rimas diorang selalu tanya "Puan berniaga apa?" Ooo aku jawab, mana ada aku kan ditugaskan untuk mengajar. JADI SAYA AJAR JELAH APA YANG SAYA TAU...😜😜😜 diorang tak percaya deh, tak puas hati, Hari2 bila abis je kelas mesti sibuk tanya aku bisness apa. Siap nk gi opis aku nk tgk barang apa aku jual?! Sibok betul! Apa2 pun biarlah jadi RAHSIA.

Ceh, terang2 kat blog ni nampak jelas aku jual apa.

P/s: ini hanya berdasarkan pengalaman dan pendapat aku dapat sebagai seorang insan kerdil di bumi Allah.

Au revoir.....



No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...