Tuesday, November 18, 2014

Pembelian Online E-Commerce Hai O Marketing

Rasanya akulah orang yang amat2 lega bila Hai O Marketing dah buat pembelian dan pengeposan secara ONLINE. Baru dilancarkan pada September 2014 lepas, aku baru nak pakai kemudahan tersebut pada minggu ni.

Mula2 klik kat ikon tu pada lawan web Hai O marketing. Masukkan no ID pastu password. Yang ni korang kena daftar dulu kalau nak access kemudahan tu.


Aku beli hari Isnin lepas. Kebetulan officemate aku nak barang. So aku try E-Commerce Hai O Marketing ni. Beli tak banyak pun just PB Natural Wash. "Log in" sebagai distributer pastu cari produk tu. Add to cart. Bayar. Guna Online banking (cimbclicks atau m2u) atau kredit kad pun boleh!!

Pastu update alamt kita dan alamt nak diposkan. Aku letak jela alamat opis, kalu letak rumah pun bukan ada orang nak amik nanti. Lepas tu company Hai O pun update kat email aku, status pembelian dan penghantaran barang...

Company dok update je status barang aku tu :)


Tup2 arini, tadi ada orang call tengahari ni. Rupa2nya orang City Link. Nak bagi barang tapi pejabat admin tutup. Yelah, ko datang waktu lunch hour, confirm diorang kunci pintu tu. Aku mintak dia datang kat opis aku heheh banyak songeh aku ni. Malas nak pergi ke depan. Akhirnya van tu mai datang opis hehehe. Mintak aku sain dan amik amik kotak barang tu. Aku punyalah excited lupa nak amik gambar mamat yang hantar tu keh keh keh!!

Bukan main besar kotak diorang bg. 
Sumbat bnyk kertas untuk jadi pelapik. Bagus2!!

Perghhhh hantar sampai depan opis tu! Hahaha bahagianya aku lepas ni. Tak payah nak keluar berambat ke stokis balik kerja tak pun hujung minggu. Untuk orang yang kerja macam aku ni mestilah happy ada kemudahan Hai O bagi macam ni. Mudah je kan! kan ! kan!


No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...