Tuesday, January 6, 2015

Berdikari....



Anak aku yang sulong dah masuk 6 tahun dah tahun ni, bulan ni... lagi beberapa hari lagi hari jadi dia. Tapi makan kadang2 tak fokus, makan sekejap tinggal. Pastu makan balik. Jadi bersepah2 pulak. Aku tegur dia.

Aku: Makan betul2! Nape kejap makan, kejap tinggal. Nanti sejuk nasi tu..

Qaireen; Ibu tolong suapkan lah!

Aku: Eh Qaireen dah 6 tahun dah!!
         Nanti kat Pasti, makan sendiri tau.
         Mana ada masa mualimah nak suapkan Qaireen.
         Dah besar, kena pandai BERDIKARI... pok pek pok pek :-/

Qaireen : Ibu, berapa harga kari tu??

Aku: Blurrr...
         Kari apa bendanyer??!

Qaireen ; Yang ibu cakap tadi, berapa harga kari tu??

AKU : BERDIKARI lah! Bukan kari! B.E.R.D.I.K.A.R.I......  T_T
   


No comments:

Post a Comment

Cuti Sekolah: Balik Kampung dan Cameron Highlands.

Sesi sekolah tamat dan mula cuti pada bulan Januari. Masa ni ada perayaan sempena Tahun Baru Cina jadi kami ambil cuti seminggu untuk balik ...