Cuti minggu nak buat sarapan makan roti garlic dan sup krim cendawan. Ada buat sup guna instant sahaja. Tapi kalau buat sendiri boleh jek.... Bahan2 dia pun senang nak cari. Macam tertera kat gambar bawah tu.
Sup krim cendawan
Cendawan butang atau shitake ( mana2 boleh cuma shitake bau kuat sikit)
Susu segar/ whipping cream/ cooking cream (kebetulan yang ada dlm fridge aku)
1 biji Bawang besar (hiris)
3 ulas Bawang putih (hiris)
Lada sulah
Lada hitam
Garam Buluh
Butter
Pati ayam/ stok ayam
Cincang cendawan tapi jangan sampai hancur.
Nak senang guna Turbo Chopper Tupperware
perghh... jimat elektrik je,
tarik2 tali sap sap siap!!
Buat juga untuk bawang besar dan bawang putih.
Panaskan 2 sudu besar dalam periuk
Tumis bawang besar dan bawang putih.
Api jangan besar ok!
Masukkan cendawan dah cincang.
Masukkan lada hitam dan sulah.
Pati ayam.
Sukatan ikut korang nak pedas tahap macamana yek
dah garing sikit, masukkan susu/ cream dalam periuk.
Tak nak pekat tambah 2 cawan air.
Ni cendawan, jadi kalau tambah air, cendawan akan resap air tu.
Kemudian tambag garam buluh a.k.a Bamboo Salt
Dah 2 tahun aku masak guna garam ni.
Tak mau pakai garam putih dah sebab tak bagus untuk kesihatan.
Korang boleh sebabnya baca kat sini !!
Ok dah agak2 rasa dia cukup dan pekat korang boleh angkat dan hidangkan. Nak pekat lagi tmbahlah tepung gandum atau jagung 1 sudu besar.
Butter Garlic
Amik 5 ulas garlic. Cincang halus2 aku guna turbo chopper
Pastu panaskan butter dalam 5 sudu besar. tumis garlic dalam butter dengan api perlahan.
kalau butter unsalted- boleh tambah garam sikit.
Dah agak2 naik bau, letak dalam Tupperware.
Sejukkan.
Tada,
dah sejuk boleh ler sapu kat atas roti pakai butter garlic ni.
Jimat dan lagi ekonomi.
DO IT YOURSELF!!
Semua mudah, tak de alasan korang malas nak masak T_T
Sekian, selamat mencuba!!
Au Revoir :)
No comments:
Post a Comment