Sunday, January 25, 2015

Aktiviti hujung minggu- tanam pokok lagi....Vol 2


Biasanya aku dah bajet belanja RM50 sebulan untuk tanaman pokok atau sayuran di laman rumah. Semua belanja termasuklah peralatan berkebun, beli tanah, pasu, anak pokok, baja atau benih.

Petang semalam pergi ke Nilai Landscape (baca kat sini pasal tempat tu), 
kami borong lagi pasu bunga 6 bijik!!

Petang tu lepas solat asar, operasi tanam dalam pasu bunga pulak.



Amik sabut kelapa, letakkan sedikit di dasar pasu tadi.


Macam ni hah..


Lepas tu tuang tanah hitam campur baja...
Agak2 dah suku penuh, keluarkan anak pokok yag dah semai ke dalam pasu...



Lepas tu tuang tanah sampai tinggal suku kosong atas pasu. Jangan penuh2 takut nanti masa siram tanah terpercik keluar. Letakkan sabut kelapa atas permukaan tanah pasu, supaya tanah tak cepat kering. Sentiasa lembab....


Banyak pokok nak dialihkan, polibeg tak dapat tampung tumbesaran akak pokok dah hehehe



Sekarang musim kering, hujan jarang seminggu sekali je kadang. Kena siram 2 kali sehari kalau tak layu pokok huhuhu.

 
    

No comments:

Post a Comment

Ramadhan 1445 Tahun 2024