Thursday, January 1, 2015

Dah masuk tahun 2015!

Hmm entry pertama di tahun 2015... Eh dah nak masuk hari ke dua tahun 2015!! Wargh tak sangka dah masuk tahun baru! Begitu pantas jek masa berlalu!!


Kalau cerita azam baru aku aim target untuk 2015. Banyak mentor yang ajar aku kalau target dah ada mesti ditulis. Supaya jelas dan berkesan untuk kita usaha perancangan dan planning untuk dapatkan impaknya!



Target yang pertama, 
TUPPERWARE
aku nak lahirkan lebih dari seorang director Tupperware dalam team aku. Harap2 aku bertemu jodoh lagi dengan insan lain pilihan Allah untuk sama2 berjuang jihad perniagaan dan meningkatkan ekonomi keluarga. InshaAllah aku akan bantu sedaya upaya yang terbaik untuk downlines2 ku. 


Yang kedua
HAI O Marketing
Naikkan rank husband untuk menjadi Sales Manager! Yang ni dalam Business Hai O Marketing. Sikit je lagi, InshaAllah akan tercapai.


Yang ketiga,
Kewangan 
Membuat agihan kewangan yang konsisten terhadap semua perbelanjaan rumah dan business. begitu juga simpanan pastikan cash flow sentiasa baik dan konsisten. Catat segala perbelanjaan dengan disiplin dan atur kewangan dengan sebaik2nya. Hasny, sila kawal nafsu ketika berbelanja yek, agar tidak terbabas dari bajet sepatutnya terutama bab beli pokok bunga hahaha!! Be consistent, stick to the our plan, hokey!!

Yang keempat.
Pembelajaran
Memastikan Qaireen dapat membaca dengan lancar dan baik Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan mengaji Muqaddam 



Alhamdulilah, Qaireen dah pandai mengeja.

Umar pulak, tahun ni harap2 boleh pandai mengeja dan membaca sukukata dengan lancar. 




Yang kelima, 
Tambahkan lagi ilmu dan skill memasak aku ni hah!! hahaha nak belajar masak dan bakery dengan lebih banyak lagi. Harap2 ada peluang nak pergi kelas masakan bakery kalau ada offer di mana2 tempat kan kan kan!!

Sudah ku rembat mixer ni daripada rumah mak huhuhu, mesti nak guna semaksimun yang boleh mixer dan oven di rumah tu... 


Hah tulah dia target aku yang banyak aku fikirkan sentiasa bila masa lapang aku ni he he he 
Harap sentiasa dipermudahkan jalan dan tercapai hendaknya.. Amin,.



No comments:

Post a Comment

Ramadhan 1445 Tahun 2024