Saturday, February 28, 2015

Bandar Sendayan gempar!!?

Korang jangan salah sangka pulak, ni bukan gambo MH17 yg ditembak kat sempadan Ukaraine tuh, ni gambo lokasi kat Bandar Seri Sendayan deh..

Hari Jumaat semalam, lepas solat Jumaat aku dan husband kerja separuh hari, amik emergency leave!! Huii kecoh dalam group whatassap pasai Pusat Kualiti Alam dekat BSS terbakar. Yang problem besarnya yg terbakar tu gudang simpan sisa2 toksin weiiii T_T

Jadi korang bayangkan ler asap berkepul2 keluar ke langit tu sebenarnya beracun dan ada toksin hua hua hua... start terbakar pukul 1 tengahari. Pukul 3 baru kami tau, berdesup bawak kereta. Dekat sampai dengan bukit sendayan hah tu dia!! Asap berkepul2 ke angkasa huhuhu

Macam letusan gunung berapi pulak!!

Semakin dekat dan menghampiri lokasi.

Mualimah Pasti anak2 aku bagitau memang nampak asap berkepul2 dari sekolah. Pesan dia sapa2 parent boleh datang amik anak cepat. Diorang tutup semua tingkap dan pintu takut asap masuk ke dalam. 


 Berlumba2 time tu pasukan bomba dan team hazard termasuk DOSH datang ke sana.


Gambar ni aku amik dari group whatassap, tak kuasa aku nak datang dekat2 sana nak capture gambo heiiiiiii... abis gudang tu terbakor!!

Bomba yang tangkap gambo ni.

 Dulu Group taman aku jadikan perkara ini satu isu sebab Pusat Kualiti Alam ni dekat dengan kawasan penduduk taman dan kampung2 area situ. Memang apa yang dirisaukan benar2 terjadi, cuak!! Staf kami yg stay di Kg Sendayan terus bawak anak bini check in di Senawang.

Yang gambar ni betul2 di jalan nak masuk taman aku. Nampaknya semakin reda. Angin bertiup bawa asap tu ke arah bandar seremban dan seremban 2. Aku pikir kat bandar sendayan selubung dgn asap dah confirm angkut barang dan anak2, husband ajak balik le JoHor. Tapi Alhamdulilah, langit di sendayan cerah. 

So kitorang pun dudk berkurung jela dalam rumah, tak keluar ke mana2. Malam tu keluar kat berita, pagi tadi pun berita keluar lagi. Pihak bomba kata tiada perkara yg berbahaya perlu dirisaukan huhuhu. Dirang dan pihak Pusat Kualiti Alam dah buat SOP yang perlu untuk tangani bemda ni. Tak tau lah betul ke tak. Tapi petang ni alhamdulilah dah reda. So scary...

Next time kalau jadi lagi tak tau ler camne agaknya. Ngerinya... harap lepas diorang tingkatkan SOP keselamatan dan pengumpulan sisa2 toksin. Atau diorg pindah lokasi lagi jauh dari sini pon lagi bagus!! 

No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...