Ni citer lama hehehe lepas dah tarikh 31 Januari 2015. Kebetulan mak dan ayah masih ada di rumah aku aritu. Dan abang aku datang 1 family hari jumaat. Sempat lagi kami pasang citer hindustan Amir Khan. Filem PK hehehe pengarah dia dulu juga director filem 3 Idiots . Husband siap pakai LCD projektor pulak tu. Aku dah masuk tidur awal, sebab masih lagi deman. Diorang tengok citer tu abis dalam pukul 2 pagi!! Pergh...
Citer lain dari filem hindustan lain..
Besok pukul 11, semua bergerak ke rumah saudara kat Senawang. Pagi tu dia ada buat kenduri tahlil dan doa selamat kat rumah dia.
Pukul 200 petang balik ke rumah, pasal family mak cik dan pakcik aku nak datang rumah. Diorang tak pernah sampai lagi ke rumah.
Singgah kat Domino Pizza di Seremban 2
Aku tak sempat nak prepare apa2 pun, memandangkan badan pun tak berapa sihat rasa malas nak masak2 hahaha. Sudahnya beli kek, dan bungkus Pizza Domino. Lagipun masing2 pun kenyang lagi makan kat kenduri tadi.
Jemput2 makan.
Macam pelik je tengok orang2 tua makan pizza kan hehe.
Lepas solat zuhur, pakcik2 aku dan sepupu makan dulu. Makcik2 lain dan sepupu perempuan pula solat zuhur.
Iniler kek sambut 3 orang sekaligus. Aku dan ank aku, Qaireen kebetulan hari tu 31 Januari. Dan juga abang aku, Hardy. Dia lahir 19 Januari.
Umar makan kek jer... Qaireen tak sempat snap gambar. Banyak juga dia makan pizza. Sedap katanya..
Sebenarnya Qaireen dah sambut awal hari lahir dia hari Jumaat 30 hb kat Pasti Al Fateh. Sambut beramai2 dengan anak2 Pasti yang lahir bulan Januari.
Dah rasmi dulu makan kek tu rupanya dia :)
Semoga anak ibu ni menjadi anak yang sentiasa sihat, solehah, baik hati dan bijak di masa hadapan. Amin....
No comments:
Post a Comment