Sunday, February 8, 2015

Hari Sabtu Hari Bertupperware yeah....

Biasalah Sabtu pertama setiap bulan memang aku ada assembly kat Tupperware Branch Klang. Semua directors dijemput hadir oleh Kim pada jam 2.00 petang. 

Selalu aku datang sorang2, kali ni angkut sekali anak2 dan suami hahaha. Kami keluar awal, pukul 9.45am dah bergerak. Sarapan kat Ikwan di Seremban 2. Pastu masuk Higway Plus ke arah Klang. Kami gerak awal2 sebab aku nak jumpa downlines aku yang tinggal di Meru, Klang. Downlines yang merangkap title director baru bulan ni. Kebetulan dia dah bersalin 2 minggu lepas. Dahsyat kan sarat2 pun pulun buat business tupperware T_T

Aku tak da lama2 singgah sebab aku dan anak2 tengah selsema, takut jangkit kat baby. Niler first time jumpa Siti Sara setelah 2 bulan ber'whatassap' je dalam online hehehe... Borak2 kejap, sambil pass barang2 Sara order masa dia dah bersalin. Sorry tak de gambar, lagipun orang kata tak elok letak gambar bayi yang baru lahir. 



Lepas tu kami singgah Klang Parade, makan dulu dan solat. Time tu dah pukul 1.00 tengahari. Aku memang nak belanja anak2 makan Chicken Rice Shop. CRS ni memang confirm anak2 makan sampai kenyang termasuk ibu dan ayah dia sekali hehehe. 


Order set Triple Feast, cukup makan 4 anak beranak hehehe. Qaireen dan Umar pun boleh abiskan sepinggan nasi!!

Assam fish, kerabu mangga dan ayang panggang... nyum nyum. Lepas makan, solat zuhur. Pukul 2.30 pm baru sampai stokis. Ramai jugak orang yang datang. Kim tengah demo flask dan Modular Mates!!

Organised. Itulah Tupperware

Modular mates ni tahan lama, dari zaman mak2 kita pakai lagi. Kedap udara. Kemas. Tersusun. 


Aku duk kejap jer, 40 minit pastu aku turun beli dan amik barang2 yang dah order kat Kim dari stokis. 


Itulak aktiviti aku setiap awal bulan bahahaha. Orang lain duk rehat2 best kat rumah, tapi aku demi nak cari sesuap nasi, keluar merata2 mengangkut nbarang bagai kerana business Tupperware. Semoga Allah sentiasa permudahkan jalan dan berkati rezeki hamba Mu ini... Amin... 







No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...