Saturday, April 25, 2015

Hadiah Achiever Dari Tupperware


 Lama tak update, sebab sibuk dengan minggu exam di politeknik. Hari Jumaat lepas aku amik cuti dengan husband sebab ada urusan di Klang dan KL. Kebetulan nak amik stok Tupperware yang dah back order di branch sana. Aku sepatutnya kena hadir masa Recognation day untuk terima hadiah achiever 10K sales bulan yang lalu dan lahirkan 1 director bawah aku. Tapi apakan daya, mak buyong ni tak larat nak datang jauh2 dari seremban huhuhu T_T


Disebabkan kena bawak gift dari tupperware, MPV ni penuh sgt. Jadi sendat pulak. Terpaksa husband susun2 elok bagi nampak cermin belakang. 

Nilah gift Tupperware Brand Malaysia bagi kat aku. 1set Tuper Chef Inspire Cookware yang nilai hampir RM3k.... dan berapa set freezer mates. 

Seat depan pulak penuh barang2 order Tupperware yg lain. Sebab tu aku kena amik cuti untuk ke sini, kalau tak confirm anak2 tak muat nak celah duduk huhuhu..


Bila amik anak2 balik dari sekolah diorang pulak teruja tengok kotak banyak2 hehehe. Dulu masa jadi ahli, aku berangan2 juga nakmada semua set periuk tupperware, nk gantikan periuk cap helang yang aku dah pakai lama time aku bujang mula2 kerja dulu tahun 2002... dari kerja jadi student balik pastu sambung balik kerja. 

Tahun 2012 barulah dpt kumpul duit beli set2 periuk tupperware. Tak tau lah aku tak teruja dengan produk lain macam vantage ker. Aku pun tak tau nak guna apa hadiah periuk2 ni, maybe aku let go dengan harga promosi ngeh ngeh ngeh. Pasal kat rumah memang aku dah ada semua set ni untuk memasak...kegunaan sendiri. Dah pakai dekat 3 tahun, aku kata memang bagus :)

Thanks kepada semua downlines aku. Dan terima kasih juga pada leader dan Tupperware Brands Malaysia. Alhamdulilah macam2 dapat dari Tupperware selain jana side income :)

No comments:

Post a Comment

Ramadhan 1445 Tahun 2024