Showing posts with label directors Tupperware. Show all posts
Showing posts with label directors Tupperware. Show all posts

Saturday, April 25, 2015

Hadiah Achiever Dari Tupperware


 Lama tak update, sebab sibuk dengan minggu exam di politeknik. Hari Jumaat lepas aku amik cuti dengan husband sebab ada urusan di Klang dan KL. Kebetulan nak amik stok Tupperware yang dah back order di branch sana. Aku sepatutnya kena hadir masa Recognation day untuk terima hadiah achiever 10K sales bulan yang lalu dan lahirkan 1 director bawah aku. Tapi apakan daya, mak buyong ni tak larat nak datang jauh2 dari seremban huhuhu T_T


Disebabkan kena bawak gift dari tupperware, MPV ni penuh sgt. Jadi sendat pulak. Terpaksa husband susun2 elok bagi nampak cermin belakang. 

Nilah gift Tupperware Brand Malaysia bagi kat aku. 1set Tuper Chef Inspire Cookware yang nilai hampir RM3k.... dan berapa set freezer mates. 

Seat depan pulak penuh barang2 order Tupperware yg lain. Sebab tu aku kena amik cuti untuk ke sini, kalau tak confirm anak2 tak muat nak celah duduk huhuhu..


Bila amik anak2 balik dari sekolah diorang pulak teruja tengok kotak banyak2 hehehe. Dulu masa jadi ahli, aku berangan2 juga nakmada semua set periuk tupperware, nk gantikan periuk cap helang yang aku dah pakai lama time aku bujang mula2 kerja dulu tahun 2002... dari kerja jadi student balik pastu sambung balik kerja. 

Tahun 2012 barulah dpt kumpul duit beli set2 periuk tupperware. Tak tau lah aku tak teruja dengan produk lain macam vantage ker. Aku pun tak tau nak guna apa hadiah periuk2 ni, maybe aku let go dengan harga promosi ngeh ngeh ngeh. Pasal kat rumah memang aku dah ada semua set ni untuk memasak...kegunaan sendiri. Dah pakai dekat 3 tahun, aku kata memang bagus :)

Thanks kepada semua downlines aku. Dan terima kasih juga pada leader dan Tupperware Brands Malaysia. Alhamdulilah macam2 dapat dari Tupperware selain jana side income :)

Sunday, February 1, 2015

Promote up New Director Tupperware

Alhamdulilah berakhir 31 Januari 2015, lahirlah seorang Director baru dalam team Tupperware aku, Siti Sara Abdul Rahim. Beliau mula join daftar jadi ahli Tupperware 1 Disember 2014. Beberapa hari kemudian terus register untuk cabaran rank up jadi Director Tupperware. Jadi director bermakna, komisyen dan bonus lebih besar dan luas :)

Bulan Februari, downline aku Sara dengan rank baru :)
Memang pantas, kira dalam dua bulan jadi ahli dah terus jadi Director, hebat!!

Komisyen yang dapat.. ketika Director in Challange

Aku belum bekesempatan berjumpa sara, sekadar coaching melalui whatassap... Tu pasal team Tupperware Mega Aces pelik camne aku boleh rekruit downlines tanpa pernah jumpa. YUP, SEMUANYA MELALUI ONLINE je sekarang... Hah jadi tiada mustahil, dalam online pun jadilah ahli dan terus sahut cabaran untuk jadi Director. Tahniah untuk Siti Sara. Usaha anda tidak jemu membuahkan hasil. Walaupun sarat mengandung anak sulung dan bersalin pada minggu terakhir cabaran, Sara tetap berusaha untuk mencapai ke garisan penamat. Allahu Akhbar!!.

Komisyen diraih pada bulan lepas, simpan untuk tabung pendidikan baby 


Jadi pada sesiap nak join Tupperware dan nak tau macamana nak jana side income, saya boleh ajar dan tunjukkan macamana. Yang penting usaha untuk belajar dan tidak jemu2 mencari ilmu.

Be my protege 

Hasny
012 7597929 
013 6036630

Monday, January 19, 2015

Directors Celebration Lunch #Tupperware

Hari Ahad lepas, bertempat di Grand Dorsett Subang Hotel, ada lunch celebration dan recognation untuk semua Directors Tupperware dari Mega Aces Team.

Bila berjumpa, apalagi masing2 share cerita pasal business, strategi dan idea yang mereka ada. 

Barisan meja group bawah Wai Lan, our leader/ upline.

Gift dari Wai Lan untuk anak2, cucu2 dan cicit dia hehehe!


Sebelum mula program, kita jamu selera dulu. Isi perut kenyang2 sebab ada game lepas ni.

Dessert.

Amik gambar je kerja aku, nak makan kenyang lagi sebab dah makan awal kat rumah T_T
Tapi takpe kitorang duk je makan situ sampai pukul 4 petang!!
makan ler berapa banyak korang nak makan yek :P

Our director team, dengan leader Wai Lan 

Team Janet. Possing dengan our SED, Tee Kim Choo. 

Dah namanya Tupperware, recognation pun dapat Tupperware hehe itu pon dah seronok!!

Ada celebrate untuk directors birthday bulan Januari. Kira aku dah sambut awal ler gitu haha

Kemain possing.

Team Ang Kay Leng, pioner directors Mega Aces. 

Jom kita membesarkan badan bahaha!!!

Dapat juga recognation, dan personal gift dari kim- jubah dari Egypt untuk hadiah harijadi aku (advance birthday punyer :P)


Aku syukur sangat dapat leader macam Kim, memang nampak sungguh bersemangat dlm business dan leadership pada Kim. Kim sentiasa pimpin anak2 directors dia. Walaupun berlainan bangsa, dia tak lokek ilmu, dan sentiasa kept in touch dengan kami. 


main game kat luar hotel. 

Dengar jangan tak dengar. 

Macam ni nak main dia!!




Kecoh, bila main game.

Penutup majlis.

Bergambar beramai2!!
Kecoh wei...

Havoc sungguh directors!!

Sempena 10 tahun team Mega Aces dalam Tupperware Malaysia.
Top Five in Malaysia!
Second place in Centre Region Malaysia!!

Tupperware everywhere,
Everywhere Tupperware,
We are the best.
Go for the best,
YES YES YES!!


Sesiapa berminat untuk menjadi ahli dan mencari side income
jom jadi ahli bawah team kami. 

InshaAllah saya bantu anda!

Your Friendly Consultant


Hasny

012 7597929
013 6036630





Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...