Showing posts with label Inspire Chef. Show all posts
Showing posts with label Inspire Chef. Show all posts

Wednesday, May 13, 2015

Periuk Tupperware ku...

Masa Tupperware Brands Malaysia keluarkan Inspire Cookware a.k.a Tupperchef tahun 2011, mak aku terus beli 1 set. 

1. Wok 38cm 
2. Fryer 26cm
3. Saucepan 2.0L
4. Casserole pot 3.7L
5. Stock pot 7.0L 


Aku pun hairan, kenapa mak beli periuk2 ni? Anak2 mak semua dah besar, dah berhijrah..tak de orang kat rumah kecuali ayah dan adik.. Jadi nak masak pun jarang2...
Kata mak dia teringin nak ada periuk tu smile emoticon

Dan mak pun berkata - anak2 ko kecik lagi, belilah 1 set. Nanti diorang membesar makan masakan guna periuk tu, berbaloiii.... 

Gulp.. mahal mak oiii tongue emoticon Tapi fikir2 balik akhirnya aku beli juga tahun 2012 T_T 

Sebab harga dia memang kebabom, aku pun 'belasah' guna periuk2 ni abis-abisan. ‪#‎3tahun‬ masak macam2 untuk keluarga pakai periuk2 ni. 

Masak guna Sauce pan Tupperchef


Masak guna Fryer Tupperchef

Masak rendang daging 10kg guna Wok Tupperchef


Masak sup tulang guna Stock pot Tupperchef
Dan masak tomyam guna Casserole Tupperchef


Alah membeli menang pakai wei.... ‪Guna abis-abisan!! 

Saturday, April 25, 2015

Hadiah Achiever Dari Tupperware


 Lama tak update, sebab sibuk dengan minggu exam di politeknik. Hari Jumaat lepas aku amik cuti dengan husband sebab ada urusan di Klang dan KL. Kebetulan nak amik stok Tupperware yang dah back order di branch sana. Aku sepatutnya kena hadir masa Recognation day untuk terima hadiah achiever 10K sales bulan yang lalu dan lahirkan 1 director bawah aku. Tapi apakan daya, mak buyong ni tak larat nak datang jauh2 dari seremban huhuhu T_T


Disebabkan kena bawak gift dari tupperware, MPV ni penuh sgt. Jadi sendat pulak. Terpaksa husband susun2 elok bagi nampak cermin belakang. 

Nilah gift Tupperware Brand Malaysia bagi kat aku. 1set Tuper Chef Inspire Cookware yang nilai hampir RM3k.... dan berapa set freezer mates. 

Seat depan pulak penuh barang2 order Tupperware yg lain. Sebab tu aku kena amik cuti untuk ke sini, kalau tak confirm anak2 tak muat nak celah duduk huhuhu..


Bila amik anak2 balik dari sekolah diorang pulak teruja tengok kotak banyak2 hehehe. Dulu masa jadi ahli, aku berangan2 juga nakmada semua set periuk tupperware, nk gantikan periuk cap helang yang aku dah pakai lama time aku bujang mula2 kerja dulu tahun 2002... dari kerja jadi student balik pastu sambung balik kerja. 

Tahun 2012 barulah dpt kumpul duit beli set2 periuk tupperware. Tak tau lah aku tak teruja dengan produk lain macam vantage ker. Aku pun tak tau nak guna apa hadiah periuk2 ni, maybe aku let go dengan harga promosi ngeh ngeh ngeh. Pasal kat rumah memang aku dah ada semua set ni untuk memasak...kegunaan sendiri. Dah pakai dekat 3 tahun, aku kata memang bagus :)

Thanks kepada semua downlines aku. Dan terima kasih juga pada leader dan Tupperware Brands Malaysia. Alhamdulilah macam2 dapat dari Tupperware selain jana side income :)

Friday, October 10, 2014

Buat Chilli Pasta Skillet

Aku baca dekat blog I Wash You Dry, cara masakan dinner yang mudah, cepat dan berkhasiat. Rasa macam bagus idea dia untuk ibu yang bekerja. Nak siapkan makan malam dengan segera tapi mesti berkhasiat, ada protien, kadbohidrat, sayuran. Satu masakan complete semua.

Jadi tak perlu susah payah nak masak macam2 lauk. Aku dah cuba masak, lasagna, pizza dan roti sandwich. Memang anak2 suka, oklah. Aku senang hati kalu anak2 makan.

Kali ni cuba nak masak Pasta chilli skillet. Guna macroni pulak. Selalunya mee atau spagheti.

Tomati, capasium, cendawan butang, lobak merah dan sos tomato pasta, aku pakai Prego.

Bawang holland sebiji, garlic 3 biji.
Aku guna Tubo Chopper Tupperware. Cincang dalam 5saat. Pantas!!

Aku guna Inspire Fryer pan Tupperware.
Panaskan minyak zaitun.
Tumis bawang holland dan garlic yang dah cincang sampai warna keemasan.


masukkan daging cincang. Goreng sehingga garing. 
Masukkan sayur2an dalam pan.


Dan makaroni- aku rendam dulu makaroni sekejap nak bagi lembut.
Kemudian letaklah garam dan sedikit gula. Ikut lah rasa korang.

Tutup dan biarkan dalam 8minit dengan api perlahan.
Itu bagusnya pakai fryer pan, masakan ni jadi berkhasiat, sebab kita tak guna air yg banyak. Air datang dari sayur2an bila ada convection dalam pan tersebut.
Jadi masak makanan berkhasiat. 

Inspire Chef from Tupperware. Bagus periuk2 dia. 


Oppss saya letak sedikit serbuk lada, nak bagi rasa spices sikit. 
Boleh ganti lada hitam atau lada suluh.

Ok, dah sebati. Ada sesetengah orang mungkin tak suka makaroni kenyal. Boleh gambah secawan aIr bagi lembut lagi. 

Tabur cheddar cheese atas pasta. Tutup pan dan biar dalam 5 minit.

Ini Cheddar cheese yang dah diparut.


Ok, dah siap. Boleh makan. 

Selamat mencuba!!



Friday, May 9, 2014

PARTI TUPPERWARE DI KUCHING, SARAWAK

Salam Sejahtera pembaca blog semua,

Minggu depan saya dan team Mega Aces akan terbang ke Kuching untuk bersama-sama mengadakan Parti Tupperware di dua lokasi.

Tarikh : 12 MEI 2014
Lokasi : Taman Yen Yen, Matang Jaya
Jam : 1.00 tengahari.


Tarikh : 14 Mei 2014
Lokasi : Kolej Komuniti Kuching

Jam : 9.00 pagi



JOM WARGA KUCHING!! KITA DATANG BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH SMS ATAU WHATASSAP KAMI!!

HASNY 
012 7597929

FADZLINA 
017 9019153





Hari Projek Akhir Pelajar PNS dan PoliPD || 2026

Hari Khamis, 24 September 2026, berlangsung Hari Innomex 2026 JKM di Politeknik Nilai. Aku sebagai Supervisor untuk group student projek sen...