Wednesday, August 26, 2015

Pendidikan yang formal vs tak formal

Dah jadi kebiasaan. Selalunya bila keluar sahaja iklan di website KPM, tak kira lah iklan untuk kenaikkan pangkat atau biasiswa melanjutkan pelajaran ramai staf akan tanya kat aku "Tak mohon ker kenaikan pangkat?" atau" Tak nak ker sambung belajar?" "Bukan dah cukup syarat kan?" Jumpa saudara mara pun begitu jugak T_T

Aku sekadar geleng kepala dan senyum sahaja. Kadang2 rimas juga. Mahu je jawab "Maaf tiada cita-cita atau impian ke arah itu......"

Ikutkan sampai hari ni kebanyakkan orang akan menilai tahap pendidikan dan pangkat seseorang itu, Kalau dia ada diploma, mungkin akan tanya bila nak sambung degree? Kalau ada degree, nanti ditanya bila nak sambung ke Master... dan seterusnya PhD. kalau dah ada PhD bila nak jawat pangkat besar? Aku pun berfikiran macam tu juga, kejayaan seseorang itu layak diukur pada pencapaian tertinggi dalam pendidikan mereka. Sebab itu 10 tahun dahulu aku adalah antara orang bersungguh2 untuk sambung belajar T_T

Tapi 10 tahun berlalu, baru aku sedar. Pendidikan adalah suatu perkara yang sangat umum, bukan sekadar sekeping kertas yang nak frame cantik dan digantung kat dinding. Nak tayang kat orang. Itu hanya sekadar 'fragment' kecil tentang pendidikan. Pendidikan bagi aku adalah mencakupi luas berkaitan rapat dalam pengalaman diri dari segi kematangan dalam personaliti, emosi, sosial, kejayaan, kegagalan dan pengurusan kewangan. Bukan sekadar untuk mendapatkan pengiktirafan daripada sesetengah pihak dalam bidang2 pengajian tertentu macam kejuruteraan dan sains...

Macam aku ni adalah seorang individu tidak akan sama seperti aku pada 10 tahun yang lalu. Sebab kita semua mendapat pendidikan secara tidak langsung melalui pengalaman dalam hidup kita. Bukan setakat melalui pendidikan formal di dalam kelas atau kuliah.

Pendidikan adalah lebih daripada itu... Bukan hanya mengingat dan menghafal sesuatu teori dan rumus dan tulis balik dalam kertas... Wooo aku sejujurnya tak sanggup nak hadap perkara tu lagi...


Masa aku Form 5 (1998), dalam kelas Add Math. Cikgu Chua tengah mengajar penyelesaian untuk algebra dan persamaan serentak... Berjela2 dia tulis kat papan hitam. Penuh semua papan hitam. Bila dah dapat jawapan, aku pulak rasa sesak nafas. Rasa lemas macam duduk dalam gua je belajar subjek ni T_T

Pening siot dah ler kelas tambahan waktu petang.. Tetiba ada soramg mamat kelas sebelah, (aku ingat nama dia Hairul) angkat tangan!!! "Cikgu, dah macam tulisan cina.!!"  BAHAHAHAHA satu kelas gelak terbahak2 termasuk ler aku hahaha!! Bengang pendidik dibuatnyer kan....  Ingat member kelas aku mengomel "Kita nak belajar rumus panjang2 ni buat apa?? Bukan boleh guna pun kalu beli barang kat kedai?"

"I do not have enough formal education"

The truth of the matter is…
"Street wise and common sense education is more important than formal education when it
comes to building your financial freedom."

-KC Lau-


P/s: Kalau cara akulah sekarang untuk sambung belajar pastikan aku wajib kira ROI dia!! "Rate of Investment." Berapakah kadar keluaran wang dan masa yang perlu dilaburkan. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk meraih keuntungan pelaburan tersebut. Kalau duit keluar beribu2 ada sampai berhutang tabung pendidikan tapi pulangan dia tidak menepati target dan sasaran keuntungan, baik lupakan sahaja. Laburlah duit itu untuk masa depan anak2 kita sahaja. Itulah jalan paling terbaik dan mantap!! Demi masa depan generasi kita.

Cara aku, ikut akulah kan... Tiada kena mengena orang lain...

Sijil dan gambar konvokesyen
 yang dah terperuk bertahun2 dalam beg di stor ni ropanyer!! Dah tukar kaler kuning kusam T_T



No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...