Friday, November 6, 2015

Bila berpantang...

Untungnya aku sebab berpantang kali ni mak memang sihat lagi. Boleh jaga aku dan Ilhan. Mak pun dah setahun lebih bersara jadi dia ada banyak masa di rumah. Kalau tempoh hari aku berpantang di rumah sendiri sebelum balik ke Johor, ramai yang terkejut (nurse dan tukang urut) bila tau umur emak dah nk masuk 62 tahun. Tapi wajah mak tidak gambarkan usia dia yang sebnar hahaha.

Jadi sihat dan bertenaga di usia emas, tak payah cari jauh2 tanya emak sendiri pun dah cukup. Hah apa rahsianya.. jawap emak pantang betul2 bila beranak ko! Antaranya yang diamalkan bertangas, mandi wap, bertungku dan minum air kunyit dan manjakani huhuhu T_T

Hari kedua, tukang urut Kak Ita dari Seremban 2 datang rumah. Aku amik 3 hari berturut urut dengan dia. Siap buatkan tangas dan bertungku. Bayaran dia Rm110 per hari.

Balik johor, mak pergi rumah jiran kat depan. Cari daun mcm2 jenis, daun mengkudu, inai, serai wangi, pandan, sireh... masakkan air dan direbuskan semua daun2 tu. Kemudian dituang dalam baldi, dan ditutup badan aku dengan kain gebar yang tebal. Bersaunalah jawabnyer. Berpeluh2 berjurai2 huhu nak pitam pun iye. Mak ckp kena buang lemak2 dan toksin dalam badan. Lepas setengah jam baru lulur badan guna NR lulur herbanika. Sental daki bagi bersih. Boleh amalkan selama seminggu atau dua minggu.

Daun herba rebuskan untuk sauna dan mandian. Wangi bau dia. 
Sumber dari www.bondamiza.com


Dah mandi kena bertangas pulak, mak rebus manjakani yg dah ditumbuk2. Duduknletak bangku yang berlubang atas rebusan itu, nak bg luka baik cepat.

Lepas mandi minum air kunyit atau rebusan biji manjakani.

Kalau arini minum air kunyit, besok air rebusan manjakani. Selang seli. Bagus minum air kunyit dan rebusan manjakani nak baikkan luka dalaman dengan cepat. Kalau kita 'dap' luka dengan ubat kuning hospital bekalkan, itu sebenarnya campuran dari kunyit juga. Sebab itu warna dia kuning pekat melekat kat jari kita kan. Jadi kunyit ni bnyak khasiat dia. Mak masak lauk singgang pun letak kunyit banyak2. 

Kalu minum pati ikan haruan pun boleh. Masa aku bersalin operation anak kedua, aku minum pati ikan haruan Poney pagi dan petang selama 3 hari sepanjang aku berada di wad. Hari ketujuh, nurse cakap luka aku dah kering dan baik dan dia bukak jahitan tu tanpa ada masalah. Tapi kesan dia , anak kena kuning naik mendadak. Jadi aku stop dulu minum lepas hari ke empat. 

Panaskan batu sungai. 

Alas batu sungai dengan daun mengkudu atau sireh. 

Bertungku memang jadi amalan wajib, nak buang darah beku dan kecutkan rahim. Bertungku dua kali sehari, lepas mandi pagi dan petang. Panaskan guna api kecil selama 10-20 minit bergantung saiz batu. Alas daun sebelum lapik dengan kain supaya kain tak terbakar. Lagipun wap yang dihasilkan dari daun tu memang bagus ketika bertungku. Baby pun kena bertungku juga, nak bagi muscle2 dia lega dan selesa. Baby kalau tak bertungku akan sentiasa meragam, kesian dia. Nanti ibu pun tak cukup rehat kalau anak asyik menangis setiap masa. 

Tidur lena, selepas mandi dan bertungku. Susukan sehingga kenyang sebelum dan selepas mandi. 

Kat Johor. Kunjungan nenek2 saudara yang datang melawat tengok cucu sedara yang baru..

Alhamdulilah, sepanjang aku lepas bersalin Ilhan dia tak pernah meragam. Dan tak kena jaundis! Nurse yang datang melawat check cakap tak ada kuning, anak ok dan tak deman. Sebab aku tau lepas bersalin sahaja terus susukan anak kerap yang mungkin. Walaupun belum ada susu lagi (kalau aku hari kedua atau ketiga baru susu keluar banyak) takpe janji susukan aje. Jangan bagi baby tidur lama2, kejutkan dia dan susukan sampai kenyang. Setkan masa setiap 4 jam untuk susuan. Lagipun bila susuan kerap dapat elakkan bengkak susu, rasa nak deman wooo kalau kena bengkak susu ni T_T

Itulah serba sedikit cerita berpantang aku.. Buat masa ni aku  dah start makan jamu. Tak makn awal2 sebab takut anak kena kuning, lagipun jamu bagi badan panas. Baby pun asyik berak je, takut nanti melecet punggung dia. Tunggu dua minggu baru aku mula makan. 

Ok, kbai!





1 comment:

  1. Boleh sharekan x contact no tukang urut di seremban tu? Ni email saya syamin14@icloud.com
    Terima kasih

    ReplyDelete

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...