Dah hampir genap sebulan, baru cukur rambut. Dulu kami cukur rambut Umar dalam 2 minggu, mak aii!!Mengamuk dia kemain lagi!! Qaireen pula kepala dia dicukur oleh doktor, sebab kena tahan wad lebih 2 mggu selepas dilahirkan.
Alhamdulilah, ketika Ilhan dicukur gak mudah sikit. Diam je sebab tidor.. atuk yang tolong pegangkan. Aku tolong pegang kamera, amik gambor ;)
Alhamdulilah, ketika Ilhan dicukur gak mudah sikit. Diam je sebab tidor.. atuk yang tolong pegangkan. Aku tolong pegang kamera, amik gambor ;)
Nasib baik Ilhan lena tidur, senang sikit nak cukur rambut dia.
Kawan ayah, En Din yg ada bukak kedai gunting rambut di Jlan Sultanah, Batu Pahat. Dulu Umar pun dia yang tolong cukur jugak.
Rambut yang sedang disodok sebelum dicukur bersih.
Bila rambut dah clear, baru cukur bersih.
Aiseh, dah bangun dah dia. Mulalah nak cari susu. Terpaksa tipu jap sumbat puting susu.
Ok, dah siap!!
Adakah saya nampak hensem setelah kepala ni dibotakkan ?!!
Hehehe...
Rambut yang dah dicukur, ditimbang beratnya.
Anggaran 2.24g bersamaan RM369.00 (harga emas semasa).
No comments:
Post a Comment