Disebabkan anak2 memang minat tengok pokok dan bunga jadi aktiviti Pesta Floria memang dah jadi aktiviti wajib kami datang setiap tahun 😂😂 Tiket aku beli online sebab dapat early bird proice, ala jimat Rm 1.00 setiap tiket kalau beli awal2. Kami pergi selepas balik kampung dari Perak. Kira hari Khamis 2 Jun 2016. Penat makan durian pun belum abis lagi ahaha!!
Pintu masuk, Umar dah exicited. Huh baru masuk memang excited, tapi lepas penuh dengan drama dia ahaha. Nak masuk masalah sikit sebab tetiba aku punya handphone tak holeh display kod bar dia. Nasib iphone husband ada huhu 😅😅
Say peace to all Malaysia. Kitorang sampai dalam 12 tengahari. Plan nak datang awal dlm 9 pagi, tapi plan ke laut jadinya. Biasalah ada anak2 kecik kan ahaha. So memang panas terik dei...
Sebab panas terik kitorang cadang duduk dalam art gallery lelama sikit sampai solat zuhur. Sebab kat dalam tu ada aircond kan 😁😁 kesian kat Ilhan nak jalan2 time panas terik. Kebetulan dalam tu ada aktiviti mencanting batik jadi kitorang bayar dalam RM5 (Rm5, RM10 dan Rm20 tu ikut saiz nak besar mana). Korang tengok aku kena tutup telinga Umar pasal dia takut dengar bunyi speaker dalam khemah tu huhuhu. Macam2ler budak ni..
Dah masuk Zuhur, kami pun terus solat kat musollah situ. Kebetulan ada trunk KFC dan Pizza Hut dekat situ. Qaireen mintak pizza sebab teringin nak makan. Kami dah makan sebelum pergi jadi aku amik 1 set regular jela buat alas perut. Jom kita makan ler kat bawah pokok macam berkelah ahaha😆😆
Tahun ni tema dia bunga kekwa. Jadi penuh merata2 bunga tu kuning keemasan. Aku pulak jadi geram rasa nak angkut je semua bunga2 tu bawak balik!!
Dalam pukul 4 petang baru jadi redup, lama juga kami duduk kat bangku nak tunggu cuaca redup sikit. Baru best nk jalan sebab tak panas sangat. Kat sini kerja aku amik gambo jela.
"Best nyer kalau gula2 Qaireen ni jadi betul, boleh Qaireen makan". Hm yg seronok budak jela kami just duduk kat bangku dengan Ilhan sambil tengok diorang lari ke sana sini.
Ni salah satu taman tema dari wakil negeri Johor. Syok tengok replika kuda dan motor dia tuh !!
Tok Aba kopitiam. Tok aba cuti, pergi shooting kot.
Ada pulak taman salji kat sini. Umar boleh pulak buat2 sejuk mengigil 😂😂😂. Tetiba salji turun??! Oo buih sabun rupanya 😄😄
Umar, Boleh pulak main sorok2 kat sini. Leka tengok bayang sendiri dalam cermin tu. Dekat pukul lima petang baru kami abis pusing semua. Fuuuh, letih beb.
Ni memang perangkap betullah, nk lalu balik bnyak pula jual pokok2 bunga terutama pokok orkid ler. Aku tengok banyak betul makcik2 pakcik2 borong orkid!! Apalagi Umar meleleh airmata suruh ibu ayah dia beli orkid 😤😤😤
Mintak tak agak2 rm30 sepokok, huh mahal2. Beli rm8-rm10 dah lah. Nanti balik rumah kita jaga elok2 hahaha kopak poket husband macam ni. Nasib baik umar dengar kata. Nak wat camner, janji anak2 happy udah ler yek. Jangan kata ibu ayah tak payung ahahs😂😂😂. Ok dah settle kitorang pun teruslah balik ke seremban. Itulah antara aktiviti cuti sekolah budak2 ni. Hm adalah 3 hari lagi nak masuk ramadhan.
No comments:
Post a Comment