Tuesday, January 31, 2017

Balik Johor sempena cuti CNY

Selamat tahun baru Cina 2017. Sebab anak2 cuti sekolah kami pun amik cuti jugak sama macam budak2 cuti sekolah kan... Jadi plan balik Batu Pahat jer. Kebetulan lama tak balik dah. Sebelum sampai Johor, kitorang exit kat Ayer Keroh Melaka, saja nak singgah kat Dataran Pahlawan. Nak shopping baju dan seluar Qaireen.

Amik gambar kat dalam Mahkota Parade, Melaka sementara tunggu ayah abis solat. 

Heheheh budak ni ceria jer, excited tengok lampu tanglug dalam mall ni. Sampai Batu pahat dengan waktu magrib.

Pagi2 pergi sarapan kat pasar Batu Pahat, cari mee rebus!!


Ilhan main saja bila ada kat rumah Atuk Wan. Mujur semua laman bersimen, jadi berkaki ayan jer Ilhan main keliling rumah. 

Budak ni asyik usik je pasu2 orkid Wan, diayun2 macam buaian. 

Hah, jangan dipetik bunga orkid tu. Huhuhu mahal tu. 

Amik gambar dengan sepupu. Setakat ni adalah lima cucu keluarga En Jalil dan Rubiah hehehe. Cuma Qaireen je pompuan yang lain semua boyz lah...

Huh payah nak amik gambar, tak boleh duduk diam hehehe!!

Besok tengahari makan kat Restorant Batu Pahat Beriani Power, pergh.... Terletak kat Taman Soga Batu Pahat. Ni ayah nak payung, belanja makan. Memandangkan cuti umum kena call pagi tu dulu untuk tempah tempat duduk, confirm mesti ramai orang dan tempat penuh punya. 

Sampai je tak reti duduk diam, Ilhan siap panjat berdiri atas meja lagi. 

Hah dapat juga baby chair. Seperti yang dijangka memang ramai giler manusia. Dah macam restorant nasi ganja pulak, penuh manusia!!

Air minuman dah sampai. Air sirap bandung, terbaik dari ladang!! 

Pak Su tengah tunggu Hardy bawa mak dan ayah datang. Kami datang dua buah kereta, aku bawak budak2 ni dulu sebab pukul 12 tengahari dah kena datang kedai,  meja dah reserved untuk kami jam 12 tengahari. 

 Penuh dah orang, maklumlah tengahari waktu orang makan. Ramai juga orang dari kawasan Batu Pahat nak makan beriani kat sini. Beriani Gam kan!!
Tunggu punya tunggu akhirnya sampai dah beriani gam kambing dan ayam. Umar dah boring tunggu hehehe. Ok baca doa makan yek!

Sesudah makan, licin nasi beriani huhuhu!! Kenyang dah Adam tu



No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...