Aku puasa hari Jumaat tu, tetiba tekak teringin nak makan sate. Ntahlah. Dulu nak makan tapi pendam je. Tapi kali ni rasa nak makan, makan jelah kan sebab jiwa dah lapang ahahaha!!
Lepas magrib baru pergi ke sana. Jadi takde lah terkejar2 sebab sampai pun orang tak ramai lagi. Memang banyak family datang bawak anak2 makan kat sini. Sebab selain satay dia ada masakan bergoreng. Aku order 15 cucuk sate ayam, 15 cucuk sate daging lembu. Tambah order nasi goreng kampung, nasi goreng ikan masin dan 2 mangkuk bihun sup untuk anak2.

Budak2 ni dok perati kedai atas bawah :)
Sementara tunggu, Qaireen dan Umar dok tengok sekeliling kedai ni. Kenapa kedai ni macam kat rumah kampung?? ahahaha deko kedai ni macam rumah kampung, dinding berpapan siap ada gantung barang2 antik macam jam dinding, gambar2 lama dan lampu zaman dolu2. Serious aku duduk situ rasa macam duduk kat rumah atuk aku kat Simpang 5, Batu Pahat tu hahaha!.
Sebab macam rumah kampung jadi dia macam gelap dan suram sikit. Tapi pelanggan tetap ramai terutama yang berkeluarga.
Yeah dah sampai. MashaAllah sate dia memang nampak mengancam.
Zoom sikit!!
Rasa dia ok, perapan dia agak manis bagi aku. Tapi kuah dia ok. Semua ni aku dan suami yang dok perabihkan. Anak2 makan sebatang dua jer, sebab sibuk menghabiskan bihun sup mereka. Makanan diorang pun boleh tahan, berbaloi dengan harga. Secucuk ayam RM0.80 dan daging RM0.90. Tengah2 makan Umar pulak tumpahkan jus oren, tersimbah kat seluar husband. Fuuuh kecoh hahaha. Cepat2 makan dan balik.
Lokasi Satay Rk Seremban terletak di
Taman ASK, Jalan Sungai Ujong, Seremban.
Kedai di hujung bangunan bersebelahan dengan CityLink
No comments:
Post a Comment