Tuesday, January 3, 2017

No Debt Free Scream, Just Say Alhamdulilah...:)



A very inspired video for all of us....


Tahun 2017, Alhamdulilah diberikan peluang Allah Taala untuk bernafas lagi di bumi bertuah ini. Bersama keluarga tercinta. Dan permulaan yang baik bagi tahun ni. Ini disebabkan aku dah berjaya melunaskan semua hutang bermula dari tahun 2014. Alhamdulilah.. Alhamdulilah... Alhamdulilah T_T. 

Langkah kedua dah berjaya dilakukan. Masih ada baki lagi langkah2 lain nak kena buat. Ini adalah tujuh langkah (7 baby steps from Dave Ramsey) yang kita boleh rujuk di sini (https://www.daveramsey.com/baby-steps)

Aku peminat Dave Ramsey ahahaha! Kalau diikutkan dari rancangan Dave, dia ada segmen dipanggil DEBT FREE SCREAM!! Tapi sebagai seorang muslim cukup sekadar doa kesyukuran yang aku mampu panjatkan bila terkeluar dari belenggu apa2 hutang pun. Antara hutang yang aku berjaya selesaikan dari 2014 hingga 2016 ialah personal loan, credit card dan car payment. Total semua adalah hampir RM67 000 dalam masa 24 bulan!! Itu hutang..., bayangkan jika anda dapat simpan jumlah tersebut dalam masa 24 bulan, alangkah T_T

Radio program Dave Ramsey, boleh subcribe di www.daveramsey.com

Kaedah yang aku gunakan untuk hapuskan hutang adalah kaedah Snowball (kaedah yang popular daripada Dave Ramsey). Sedikit demi sedikit lama2 bukit terhakis hehehe boleh ye guna perumpamaan macam ni? Ok, apa itu kaedah snowball?? Kalau tak tau boleh klik pada link di bawah ini untuk memahami kaedah tersebut. (http://www.daveramsey.com/blog/how-the-debt-snowball-method-works)

Dan inilah juga matlamat yang aku cuba realisasikan bila aku tulis impian dalam seminar Cik Rohaniah Noor pada tiga tahun dahulu - menyelesaikan hutang2 jahat. Aku pernah cerita perihal seminar ni dalam blog aku dahulu, banyak perkongsian yang bagus dalam seminar beliau. Terima kasih banyak2 atas ilmu yang dicurahkan. Semoga Allah membalas kebaikan Cik Rohaniah Noor yang telah diberikan kepada kami.

Throwback Seminar Wang pada tahun 2013 di Cyberjaya. Cik Rohaniah yang ceria berkongsi ilmu tentang kewangan. 

Brainstorm.
Dengan husband kami buat perancangan dari masa ke semasa. Husband pun asyik tadah telinga jer dengar impian aku nak family kami bebas dari hutang muahahaha 

Untuk merealisasikan matlamat tu, kami perlukan perancangan yang baik dan mantap. Jadi di sinilah bermula pengorbanan untuk merealisasikan apa yang diimpikan. Banyak yang dikorbankan hehehe banyak yang kami telah terminate servis termasuk langganan Astro, bertukar plan telekomunikasi yang murah dan kecikkan bajet (so tiny budget!!). Kurangkan berjalan sana sini, jimatkan pengunaan petrol. No fast food, jangan makan di restaurant yang trending ker (sebab makanan bukan untuk dicuba). Catitkan semua perbelanjaan dan mengasingkan duit di dalam sampul. Paling best aku dan husband akan mengadakan mesyuarat bajet kewangan dan kadang2 kami boleh bergaduh kecil dibuatnyer ahaha!



Antara hutang yang berjaya dipadamkan sebelum ini. 

Hasilnya sedikit demi sedikit hutang jahat dipadamkan dan simpanan berjaya ditambahkan. Sehingga setelah membuat pelbagai pelaburan dan berusaha membuat pendapatan tambahan, tetiba aku rasa tertanya2. Muncul satu persoalan, adakah perlu ditangguhkan dulu segala pelaburan untuk melangsaikan hutang yang ada. Atau diteruskan untuk melabur di samping itu menyelesaikan hutang seperti mengikut waktu yang ditetapkan. Pay off debt or invest???

Panduan Cash Flow dari Tuan Suzardi Maulan. 

Tengok orang, ada orang tak kisah hutang dalam balance sheet dia. Bayar bulan2 pun no problem!! Janji tiap2 mampu bayar. Hati dia tenang walaupun berhutang kan... Dan boleh guna simpanan yang ada untuk melabur.

Ada jenis orang pulak nak cash flow positif setiap bulan, langsai hutang rasa tenang jer fikiran. Tapi kena usaha menyimpan semulalah. Aku?  Aku rasa termasuk golongan kedua tu ahaha selagi tak selesai hutang, jiwa tak tenang kan.

Last hutang dah tutup sebelum masuk tahun baru 2017...T_T

You put risk in your life when you borrowed the money......Dave Ramsey.

Akhirnya bermula tahun 2017 ini, keluarga kami bebas dari hutang jahat. No student loan, credit card payment, car payment or personal loan. Husband asyik je cakap "we debt free"!! Tak nak jerit ker??? Wah, kita ni bukan omputih. Tapi masih ada lagi baby step yang kena fokus iaitu selesaikan hutang rumah (mortgage payment) dalam sepantas yang mungkin. 

Lebih dari itu aku rasa sungguh tenang. Sebab target tercapai lebih2 lagi anak dah mula memasuki alam persekolahan. Tiada lagi terkejar2 nak buat side income nak tambah pendapatan. Tak perlu tunggu umur dah 50an atau 60an untuk menarrik nafas lega. Jadi fokus kami sekarang adalah pendidikan, pembelajaran, saving dan perbelanjaan mereka di hari2 mendatang.

Kalau boleh amalkan membaca doa ini. Ini yang aku amalkan (baca setiap pagi ayat al- mathurat dan doa ini) setiap kali perjalanan ke tempat kerja. 


Rajin2 ikut dan follow orang yang bijak dalam perancangan kewangan seperti Dave Ramsey, Tuan Suzardi Maulan dan Tuan Zaidi Ismail. Mereka ini banyak membantu kita dalam merancang bajet dan kewangan. Rancanglah kewangan kita dan tuliskan untuk tiga tahun. lima tahun, 10 tahun dan 20 tahun yang akan mendatang. Dan automatik kita akan berusaha untuk merealisasikan matlamat tersebut. 

InshaAllah hutang setinggi gunung dapat dihapuskan jika kita sabar, istiqamah merancang dan komited menyelesaikan masalah tersebut. Apa yang kita mahukan hanyalah ketenangan dan kedamaian hidup kan. It's all about financial peace  :)



"No matter what"
A very inspired video for all of us....





No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...