Sunday, February 12, 2017

Drama di pagi hari sekolah ||Part 2

Ok, dah seminggu kisah pertama berlalu. Aku tak update apa2 dalam blog. Pagi ni pergi ke sekolah macam biasa. Sembahyang subuh tadi aku berdoa minta Allah permudahkan anak2 aku ke sekolah. Lembutkan hati Umar Shafiy supaya tak buat drama lagi depan sekolah.

Pagi ni sampai je depan sekolah Umar bagi alasan jari dia sakit sebab tercucuk selumbar. Husband bagi tau "balik nanti kita keluarkan guna penyepit. Sekarang tak boleh sebab penyetip tak de dalam kereta". Tu pun dia masih teragak2 nak keluar kereta. Aku tunggu je kat luar kereta sambil pegang beg dia.

Bila dia turun cepat2 aku tutup pintu kereta (tak nak dia lompat masuk balik dalam kereta) dan pakaikan beg sekolah. Tetiba2 dia cakap" Ibu teman Umar masuk sekolah". Ok, aku pun pimpin tangan dia masuk ke pintu pagar sekolah. Lepas masuk pagar tu dia cakap "teman Umar masuk kelas..." pulak.. Sampai tapak perhimpunan, dia nak masuk kelas. Padahal pagi ni ada perhimpunan, sempat pulak aku berdiri nyanyi sama2 lagu sekolah dia dan lagu Negaraku T_T.

Sampai masuk kelas dia, aku letak beg kat meja dia. Terus Umar menangis, suruh aku janji amik dia pukul 1 tengahari nanti. Lahhh tak kisah kamu balik pukul berapa pun, ibu dan ayah akan tunggu punya. Tapi dia berkeras hati nak aku janji amik dia pukul 1.00 bukan 1.30 tengahari. Padahal hari ni dalam jadual dia memang lewat sikit jam 1.30, baru abis kelas. Ok2!! Ibu janji, nanti ibu tunggu kat bawah pukul 1 nanti (memang aku dah terpacak kat bawah bangunan sekolah jam 1 petang pun!! hehehe) "Tak, nak ibu datang kelas amik Umar pukul 1 nanti!" Aiseyman...

"Alamak nanti cikgu kamu halau ibu macam halau kucing, syohh syohhh!!" Sempat pulak aku melawak kat dia. Tapi takde respon pun. Mengalir saja airmata budak ni.Tergaru2 kepla aku ni. Dah beberapa kali aku kesat airmata dan pujuk dia.  Dalam bebrapa minit dia dah tenang, aku melambai2 kat Umar. Turun nak cepat nanti tak sempat aku pergi kelas jam 8.00 pagi ni huhuhu. Oo hari Isnin memang gayanya kami kena hadap drama ni tiap2 minggu ler jawabnya..

No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...