Thursday, February 16, 2017

Aktiviti hujung minggu.

Mula tahun ni aku nak jadikan aktiviti riadah di City Park sebagai rutin setiap pagi hujung minggu. Maknanya tetiap pagi Sabtu budak2 mesti bangun mandi awal pagi dan siap pakaian sukan dan kasut untuk jogging kat area City Park S2. Selalunya jam 8.30 pagi baru ler sampai sini huhuhu.

Hehe si kecik ni moody sebab pagi2 bangun mandi nak teman ibu dan ayah exercise kat taman ni.

Aku jogging dulu husband tengok anak2, lepas tu giliran husband pulak. Sementara husband berjogging, aku jalan2 pusing kelililng tasik dengan anak2. 

Ada decoration cantik kat tasik ni, sempena Tahun Baru Cina kot...

Kemain lagi budak2 ni nak berpossing. 

 
Ilhan ni pulak mengada2 tak nak jalan, nak berdukung jer. Letak bawah je, nangiss uwaaaa. Ngantuk agaknyer, tu yang malas nak jalan. 

Last2 abang dia dukung juga, nak ajak tengok ikan dalam tasik. Ikan keli, besar gila confirm kenyang sokmo asyik2 pengunjung campak roti je bila datang sini. Besar sangat aku tengok pun geli hahaha!!

Qaireen siap tertonggeng2 lagi nak tengok ikan bawah jambatan, aiii. Kemain tanglung bergantungan atas jambatan, cantik betul!!

Selesai jer aktiviti jogging, kami cuba pulak main alatan senaman kat situ. Kadang2 teman Qaireen dan Umar main kat playground. Biasanya jam 10.00 pagi baru gerak balik sebab hari dah tambah panas dah. 






No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...