Tuesday, March 7, 2017

Makan nasi arab Damsyik

Jumaat lepas mak dan ayah aku datang dari Batu Pahat, sebab nak ke Banting hari Sabtu ni. Ada kenduri doa selamat, keluarga adik2 mak (family Mak teh dan Mak Wa) nak pergi buat umrah cuti sekolah ni. Mak ayah sampai betul2 beberapa minit selepas kami sampai dan punggah beg2 sekolah budak2 ni nak bwk masuk rumah hahaha, banyak betul beg!!

Aku tak sempat masak, jadi lepas magrib aku cadang kat husband kita bawa makan nasi arab Damsyik kat Senawang. Bukan kat Damsyik ye huhuhu. Restorant ni berdekatan dengan Staduim Paroi. Sampai sana parking kete penuh jugak, tapi ada juga tempat parking kosong. Orang pun ramai, kebetulan malam tu pasukan bola N. Sembilan ada game kat stadium Paroi. Penuh parking kat luar stadium dengan kereta penyokong. 

Kami pilih tempat duduk bersila, senang aku nak control Ilhan- sekarang ni dia sibuk nak jalan sana sini. 

Hah jalan dan tengok sana sini lampu dalam kedai. Kacau meja orang lain tengah makan T_T
Mujur dia tak keluar dari tempat makan bersila, main kat sekitar ibu dan ayah dia jer hehehe penakuit..

Order nasi arab kambing untuk set 3 orang makan. Memang banyak, ayah tambah beberapa kali. Lapar ler tu. Untuk anak2 aku order 1 set seorang makan tapi ayam bukan kambing. Air pulak amik 1 jug habatus sauda  :)

Pergh... lembut giler daging kambing dia. 

Aku order juga kebab kambing. Sorry. Gambar tak sempat snap, mana tak nyer nak sumbat makan lagi nak kejar anak lagi ngeh ngeh ngeh

Alhamdulilah... Licin bak hang. 

Ok, nilah bil dia. . . . berbaloi makan kat nasi Arab Damsyik 





No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...