Hari last day kat Cherating, bangun pagi2 pergi sarapan dulu kat hotel. Lepas tu salin baju nak mandi laut dan kolam. Mandi lah anak2 puas2 termasuk aku dan husband sebab sebelum pukul 10 pagi nak checkout. Kami nak kejar masa untuk pergi ke Kuala Gandah pulak.
Mmmm.. Sedapnya air laut yek, masin sungguh!!
Ilhan tak takut dah mandi air laut, sebelumnya first day dia takut bila tengok ombak datang ke arah dia.
Aksi Umar mandi laut, dia suka tengok ombak datang dan langgar dia hahaha!!
Say peace yoh...!!
Splashhh!!
Qaireen pun sama, suka kena pukul dengan ombak.
Tapi dia cakap mandi laut tak boleh terjun macam mandi dalam kolam hehehe
Cantiknya pantai Cherating, sayangnyer nak tinggalkan tempat ni T_T
Budak2 ni pun suka pergi tempat ni. Happy sangat2!! Lepas tu mandi dalam kolam pulak, tu pun tak lama sebab kulit dah kecut dah kui kui kui...
Balik bilik hotel, mandi dan kemas beg. Jam 10.30 pagi kitorang check out. Nak kejar masa. Jadi makan tengahari kat Kuantan. Destinasti dia apalagi Ikan Patin Masak Tempoyak, AGAIN!! Aku google cari yang paling hampir ialah Akob Patin House 3, cawangan yang paling dekat dengan kami on da way nak balik ke highway LPT.
Ikan patin masak tempoyak di Akob patin House 3.
Kali ni memang cukup umphh!! Sebab dapat isi dia, panas2 baru masak lagi. Maklumler baru je pukul 11.30 pagi kan..
Bismillah, makan tengahari siap2 di Kuantan sebelum ke Kuala GAndah. Husband cakap sedap betoi kat branch restaurant ni masak, tak terlalu pedas kalau compare kedai yang hari first kitorang singgah makan.
Ilhan baru je bangun tidur, mamai jer kena suap makan nasi.
Jejalan di Kuantan, nak pergi Kula Cakes tapi kedai tak bukak lagi. Pekerja dia cakap pukul1 tengahari baru bukak. Aisey lambat sebab kita nak kejar masa. Takpe lah takde rezeki nak rasa mango cheese cake dia yg femes tu..
Masuk je LPT semua anak tidur kekenyangan. Tak sedar langsung sepanjang jalan sebab penat mandi laut dan kolam.
Jam 2.30 petang ada persembahan gajah kat Santuari Gajah Kuala Gandah. Tak tau sempat ke tak sampai sana. Anak2 tanya persembahan apa, ayah dia cakap boleh tengok gajah kayuh basikal. Macam kartun disney eh.
Sampai je Lanchang exit kami keluar ke arah Kuala Gandah. Masa ni aku kejutkan anak2. Dah nak sampai padahal adalah dalam 10km nak sampai Santuari Gajah tu.
Sampai2 je semua berebut nak pergi toilet. Dalam toilet terdengar pulak gajah bertempik, mak aii rasa bergegar dinding toilet. Umar terus keluar tak jadi nak buang air ahaha. Muka dia cuaaakk, sama macam kat Mini Zoo Kemaman semalam..
.
Gajah duduk berhimpit2. Kalau tengok mana ada parit pun pisahkan gajah dengan pelawat.. cuma dawai pagar elektrik yang halus tu je.
Amik gambar lepas tu husband ajak lari jauh2. Dia tak percaya kot2 gajah naik minyak dirempuh dawai elektrik tak pasal2 je naya. 😅😅😅
Tengok gajah yang remaja (juvana). Boleh beri makanan seperti tebu dan kacang. Makanan boleh dibeli di gerai situ.
Beria2 aku panggil gajah padahal tak tau nak panggil macamana ahaha.
Kalau nak panggil gajah ni kena panggil nama dia.
Gajah yang pertama ni nama dia Langsat. Umur sembilan tahun. Yang gajah lain nama dia Selendang, Siput dan Lepa. Nama ni diberikan berdasarkan tempat lokasi dijumpai atau diselamatkan.
Hah baru Langsat nak makan tebu kami bagi.
Tapi pandai juga Langsat ni pilih nak ada isi je tak nak yang keras atau empulur saja. Pandai juga dia siat kulit tebu tu sebelum dikunyah hehehe.
Sekali amik dua tiga ruas, tamak eh haha.
Tapi bagusnya belalai gajah ni. Macam tangan pulak, boleh kaut lebih dari 1 ruas. Siap si Langsat ni bagi isyarat nak mintak tebu lagi.
Kadang2 tengah makan dia pergi ke tengah sambil menari2.
Macam berjoget. Berayun kiri ke kanan.
Aku tanya kat staf santuari kenapa gajah buat gaya camtu. Staf cakap dia nak sejukkan badan, rupanya gajah ni tak berpeluh!! Jadi dia kena goyangkan badan hilangkan panas dan stress yoh! Aku ingatkan gajah menari sebab dia happy ahaha :)
Umar haram nak sentuh tebu dan gajah!! Dia perhati dari jauh jeeee 😂😂😂
Sepatutnya lepas pertunjukan gajah, gajah2 dibawa ke anak sungai kat situ untuk dimandikan. Tapi hari tak boleh dibuat aktiviti tu sebab sungai naik air dah beberapa hari ni asyik hujan. Jadi tiada aktiviti memandikan gajah dan anaknya.
Betul cakap Mat Dan, tak perlu pergi jauh2. Dalam Malaysia ni pun dah cukup macam2 ada. Malaysia Truly Asia ye dok :)
Visit Terengganu 2017 theme.
Hai kak. Kita nak gi jalan2 kat kuantan. Terjumpa pulak blog akk..
ReplyDeletehopefully dpt membantu melancarkan perjalanan adik di kuantan :)
Delete