Sunday, March 5, 2017

Ilhan dah jadi toddler.

Apa itu toodler ?? A young child who is just beginning to walk.... Ilhan dah memang pandai jalan pun, bukan setakat berjalan. Berlari dah... Jadi masa awal bulan Mac ni aku amik dia di taska, cikgu yang jaga dia bagitau "Akak start  besok tak payah lagi bawak bubur yek. Ilhan dah turun ye..."

Turun? Apa tu? Hahaha aku pun blur sekejap.. "Ilhan dah tak duduk kat bahagian baby dah, kira dia dah campur dengan budak2 kecik yang lain. Kiranya semua aktiviti dan makanan kanak2 dia kena join sekali. Jadi arini dia menangis je sebab tak biasa dengan aktiviti toodler..." Macam tulah penerangan dia... Oo tetiba je aku rasa sedih jap kui kui, anak aku ni dah jadi toodler, bukan baby lagi dah. Dah besar dah Ilhan. Ibu tak de lagi nak masak bubur untuk kamu huhuhu T_T.

Patutnya suka lah sebab tak payah susah2 nak masak bubur setiap malam kan. Tapi ntahlah jiwa ibu ni macam rasa anak makan tak kenyag je kalau tak makan bubur nasi tu hehehe. Sekarang ni semua benda Ilhan bantai makan. Mihun, nasi, biskut ker apa asal boleh makan dia akan berselera makan. Badan Ilhan pun dah berat dan semangat.

Makan pisang goreng. 

Dalam perjalanan balik rumah mesti ada bekalan makanan, kalau tak nanti Ilhan bising kat belakang sebab boring dan lapar. Dia nak mengunyah sepanjang jalan balik ke rumah kui kui kui...






No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...