Semalam abang aku, Ady whatsapp ajak aku datang ke majlis penyerahan kunci rumah dia kat Rantau, nogori semilan ni. Wah VVIP yang bagi tu. Projek kerajaaan kan jadi nak tunggu buat majlislah, nak pass kunci secara rasmi time tu. PPA1M adalah program Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia.
KAd jemputan dan aturcara majlis. Amboi Menteri Besor yang bagi kunci tuh hehe.
Aku pun janji nak datang memandangkan mak dan ayah aku tak dapat hadir. Ajak husband pergi, yelah bukan ada kerjo banyak pun. Larik sekejap jer.. Aku gerak jam 10 pagi ni, lambat sikit sebab ada interview budak baru balik dari latihan industri. Jarak Port Dickson ke Rantau pun tak jauh mana pun...
Sampai2 mak aii parking penuh sepanjang jalan. Terpaksa selit2 parking dan jalan jauh, adeh...
Tengah2 menapak nak ke khemah tu tetiba aku terdengar MC sebut nama abang aku??
Aikk?! Rupa2 nyer tengah berlangsung sesi penyerahan kunci menteri besor kepada penjawat awam yang beli rumah di sini. Adeh tak sompet den nak amik gambor Ady dengan Menteri besor hah!! >_<
Ni hah banner dia gantung sepanjang jalan ke sini. Kawasan Rantau ni ADUN dia tentulah Tok Mat, Menteri Besor Nogeri Semilan.
Hah tu ada lagi 4 biji banglo yang belum terjual. Kot2 korang nak jadi orang Rantau ni boleh lah beli.
Harga rumah tu bukan bawah PPA1M yek. Rumah2 yang bawah PPA1M semua jenis rumah Semi D sahaja. Ni pun dah lama abis dah... Korang nak banglo yang tu contact je terus dengan developer. Rumah dah siap pun tinggal nak masuk duduk jer...
Papan tanda taman dah siap pasang. Baru aku perasan kawasan ni bawah Majlis Perbandaran Nilai eh? Sama lah macam Sendayan, besar juga jajahan MPN ni hua hua hua!!
Banting majlis...
Aku sibuk snap gambar sana sini, tau2 husband aku dah hilang terus laju jalan masuk khemah. Panas dah...
Sesi bergambar beramai2 anatara VVIP dan penerima kunci PPA1M.
We are looking GOOD!!
Blur sangat gambar aku, Ady pun duduk kat hujung2. Semua muka happy sebab dapat kunci rumah baru kan :)
Lepas tu terdengar MC bagitau "maka dengan ini dengan rasmi mereka menjadi penduduk Rantau dan bakal mengundi untuk DUN RANTAU..." hahaha pancing undi ni wah kakakah . Hmmm samalah kami juga, Sendayan pun bawah DUN RANTAU.
Ramai juga yang datang. Ada bawa keluarga untuk meraikan bersama2 dalam majlis ni.
Hah tu dia, bakal2 orang Rantau! Kakak ipar aku, Kak Lela dan anak2 sedara kami, Afiq dan Adam.
Leka betul budak2 main rubrik. Aku reti buat rubrik practical task dan report pelajar jer hehehe.
Jom kita tinjau kawasan rumah pulak!
Masa ni MB Tok Mat potong riben dan masuk melawat dalam rumah.
Deretan rumah yang dah siap, dan of course dah ada pemiliknyer lah kan. Cantik2 rumah kat sini tau!!
Ni hah rumah SemiD di bawah program PPA1M kan. Cantek kan!! Huntong nyer jadi penjawat awam kan... Ceh korang jangan mengata2 orang gomen yek.
Sebenarnya dalam perumahan ni ada beberapa unit rumah sahaja yang dijadikan bawah program PPA1M. Jadi ada unit rumah dijual harga asal developer. Yang bawah PPA1M kena isi borang dan melalui prosedur mereka. Nasib baik jika ada rezeki nama terpilih beruntung lah. Alhamdulilah. Syukur memang rezeki abang aku kat sini. So nanti jiran2 ko semua bakal orang pencen gomen yer ady hehehe.
Jalan pun dah diturap dengan cantik. Pokok pun dah tanam. Nampak kemas dan cantik. Masa aku datang tahun lepas, jalan belum diturap lagi.
Semua staf PPA1M, polis dan penduduk taman berkumpul kat depan taman.
YB Hamdan sedang meninjau kawasan >_<
Yang aku kagum sebab rumah dia moden dan kemas, meter air dan elektrik diletakkan dalam box . Jadi takde tertenggek kat luar pagar rumah. Meter elektrik pun kat dalam box pagar. Takde sangkut depan dinding rumah, macam rumah kami T_T
Jom jalan2 tengok rumah Ady.
YB check kawasan rumah, jadi pengawai inspector surveyor ye bang...
Rumah Ady, dia dah cuci rumah ni 2 minggu lepas.
Tinjau dalam rumah pulak. Ni rumah yang MB rasmikan tadi.
Luar tepi rumah.
Permandangan tepi rumah dari ruang tengah.
Tinggi siling dia, ayah yang selalu cakap macam tu hehehe.
Ruang dapur. Memang kemas susunan tiles dan rekabentuk rumah.
Belakang rumah, ada lagi space kosong. Nak perbesaq kan dapur pun boleh lagi nah...
Dari dapur ke depan rumah.
Dua orang ni borak2 jer kat luar. Malas dah nak masuk.
Abang dengan adik ipar dia kui kui kui. Umur sama jer..
Hebat Ady belum pindah dah buat open house besar-besaran, siap jemput VVIP lagi ko!! hahaha!!
Dah jom2 makan.
Anak sedara kami ni dah hitam berdentum main panas. Diorang ni aktif main bolasepak, wakil sekolah lagi. Tak tau lah dah pindah sekolah ni masih follow game bola ke tak... Sekolah kehilangan besar bakat budak2 ni..
Muka sedih jer kena pindah sekolah. Takpe aku pun camtu juga, mula2 pindah memang sedih. Lama2 tak sedih dah. Lupa terus hahaha!!
Sign borang dan terima resit2 pembayaran.
Bil bayaran jamuan ker? Rupanya bayaran deposit air dan api aritu tu. Ceh tertipu aku.
Nah rasa gulai lemok daging salai. Lepas ni kau hadap jelah makanan macam ni bila dah pindah nogeri semilan ni.
Sesi melahap. Lepas abis makan aku dan husband pun gerak nak amik anak2 balik sekolah. Apa2 pun selamat menjadi penduduk Rantau ye Hardy and Family :)
Lepas ni dekatlah mak dan ayah nak datang ke rumah anak2 mereka di nogori semilan ni :)
*Update 21 April 2017. Gambar dah keluar kat paper tu...